Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday, 10 April 2012

NESTUM RAINBOW CAKE (KEK PELANGI NESTUM)


 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Sihat ke semua??? Harap-harap begitulah hendaknya. Tapi kalau tak sihat tu, jangan mengeluh tau! Sabar dan makan ubat cepat-cepat. Biar cepat sembuh sakitnya.

Ok, hari ni tuan dapur COSK nak kongsikan resepi kek yang menggunakan Nestum sebagai salah satu bahannya. Ini kes nak menghabiskan nestumlah ni. Hari tu baru jer buat Bingka Nestum Pandan Crunchy. Hari ni keluar pula Kek Pelangi Nestum dengan harapan cepatlah habis stok nestum di dapur tu tapi masih tak habis juga lagi ni. Ermm..nak kena cari resepi lain yang menggunakan nestum lagilah nampaknya selepas ni.


Oleh kerana tuan dapur COSK banyak lagi kerja rumah yang menanti, jadi dipercepatkanlah saja penulisan resepinya. Resepi di bawah, Naz oleh sedikit cara penyampaiannya. Untuk melihat yang asal, boleh klik pada link yang disertakan di bawah.


NESTUM RAINBOW CAKE (KEK PELANGI NESTUM)
RECIPE BY : Nestle

Bahan-bahan :
  • 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan serbuk badam
  • 1 1/2 cawan NESTUM Original (Naz kisar jadi halus)
  • 250 gm mentega atau marjerin (Naz guna mentega/butter)
  • 150 gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 200 gm susu pekat manis 
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 jenis pewarna makanan (Naz guna 4 pewarna..hehehe)

Cara Menyediakan :
  1. Ayak tepung. Masukkan serbuk badam dan NESTUM. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk pengadun, krim mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati setiap kali telur dimasukkan. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla. Pukul rata.
  3. Masukkan bahan kering dan kaup balik menggunakan spatula. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian dan warnakan dengan warna yang berbeza.
  4. Panaskan kukusan. Lengser loyang dengan minyak masak atau majerin dan alas dengan kertas kalis minyak.
  5. Sendukkan 1/2 adunan dengan warna pertama dan ratakan. Kukus 10 minit.
  6. Senduk pula 1/2 adunan dengan warna ke 2 dan ratakan. Kukus 5 minit. Buat begini berselang seli warna adunan dan kukus pada setiap lapisan selama 5 minit. Buat sehingga semua adunan digunakan.
  7. Untuk lapisan terakhir, kukus kek selama 15 minit.
  8. Setelah siap dikukus, biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dan dipotong.
Kalau rajin, buatlah banyak-banyak lapisan. Mesti cantik kek ni. Naz kukus sekali gus jer untuk setiap warna tu. Jadi setiap warna ada satu lapisan jer. Ni kes nak cepat siap..huhuhuhuu.. Next time ler buat banyak-banyak lapisan..hehehe..itupun kalau rajin..hahahaha...

Dari segi rasa, kek ni rsanya lebih kurang macam kek lapis asam kukus yang popular tu. Cuma pada tekak dan lidah Naz, kek ini macam terlebih rasa butternya. Mungkin boleh dikurangkan kuantiti butternya next time atau boleh ditambah sedikit lagi kuantiti tepung dan juga nestumnya. Apa-apa pun, ikut tekak masing-masinglah yer...


SELAMAT MENCUBA! 

24 comments:

zila norazila said...

salam naz
waduhhh mcm candy pun ada...suka tgok color2 tue..sedapnya mas..:)

tun_telani said...

hihi.. ha'ah.. betul ckp kak zila. nmpk mcm candy kelapa. mesti wangi bau dia kan, sbb kalau biskut nestum mmg bau wangi. kek nestum ni pun mesti wangi n sedap.

Sheila Shafeareen said...

Salam mungkin ada nestum biji tu yg npk cam candy kan ...pe pun perlu try ni rasa nestum yg senak budak2 pun suka...

Qasey Honey said...

cerianya kaler kek lapis ni...suka tgk terang2 kaler2nya tu...Qh simpan dlu yer resepi ni..tringin nk cuba..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Nadz cantik.....

Unknown said...

Nadz, nestum ni dlm rmh akk.....berkulat nk mengabiskan..akk sorang je yg suka, adoii.
Ye la...kecik2 tak dibagi nestum, dah tua2 baru ada peluang mkn...hehe...
Cantik la gmbr tu, mesti sedap kuihnya...

Amie said...

Assalamualaikum Naz,
selalu belim kek nestum, nak buat belum lagi tapi memang kena cuba juga sebab suka sangat makannya.

ijayuji said...

Salam kak nazz!! kita baru lepas makan, dtg sini nak mintak pencuci mulut, mcm rezeki kita pulak akak buat kek ni ya :D leh bwk balik 4 potong ehehe.. ok, leh jalan tak ni? tgh tunggu lampu isyarat tukar kaler ijau kikiki...

ogyep yummy mellow said...

Cantiknya Nadz... nak kena beli nestum la mcmni... tapi takut tak sempat nak bikin... nestum dah dikerjakan anak2 pulak..

Rohah said...

Salam Nadz,,
Kalau ada Nestum ni mesti sedapkan..bilalah daku nk mengekek..,

Anna Qawina said...

Aslmkm Kak Naz...amboi rajin benar dia mengekek skrg eh...

Nazrah said...

Lain macam jer bunyi ayat Anna Qawina..mengekek..kek kek (senyum tak perlu kata apa2)

Liza said...

salam kak naz...rajin akk melapis yer, Liza bab2 tu kureenggg sikit...hihihihi

Unknown said...

Assalam Kak Naz, cantik kek akak ni warna ceria gitu..sedapnya kalau bubuh nestun saya suka mkn nestum.saya kat sini tak ada jual nestum.selalu bawa dari Msia jer tapi sekrng stok dah abis.

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Best ni Naz...nampak macam coconut candy....nestum ada boleh tryla

Melly Octaviana said...

Naz..cantik loh warna cake nya,,hubby suka makan nestum butter cake, i think mesti coba ini juga buat hubby.. thanks for sharing.. ;)

ummiaisyah said...

fuh..lawo..bertingkat-tingkat kondo kak naz...kalo byk beno nestum tu..pos je k sini..anak2 sy pminat nestum..semua maleh nk kunyah.,,nk telan teruih je..hehee

HaSue said...

Cantik lapisannya..cun mcm akak jugak.hehe...
nestum x abis2 lg yer kak? akak buat biskut jelah...stok utk raya.hee

quinnie said...

wahh mesti moist kek ni kak sebab letak byk susu pekat...sedapnya..saya suka kek rasa cam gini...:)

Nuwairani said...

rasa macam dah tnggalkan komen...rupenye belom..nani nk try jugak la buat nanti...nk buat layer nipis2 je...huhuh...(ntah rajin ntah tidak tu)

dZana said...

aslmkum naz.. nmpk moist jer kek nestum ni.. meriah warnanya..

Penyulawa said...

dear naz, tq for the recipe. dah lama mencari sbb akak kehilangan jejak resipi ni. Dulu mmg akak dah buat, ambil dari penutup tin nestum. tp ntah mana silap, resipi tu lesap. feedback yg akak dpt, ada yg suka ada yg tidak kerana, kek ni makin lama semakin lembab dan sedikit oily.

carol said...

how many gram for nestum?

carol said...

how many gram for nestum?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...