ASSALLAMUKALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Bersua kembali pada hari yang diharapkan terus ceria dan indah ini. Semalam buat kuih bingka. Hehehe..first time buat bingka ni tau! Memang Naz tak pernah buat apa jenis bingka pun sebelum ni. Niat asal tu nak mencari-cari apa-apa resepi yang menggunakan nestum sebab nak menghabiskan stok nestum di rumah ni. Terjumpa resepi dari blog HaSue. Belek-belek resepi dari blog HaSue dan juga resepi asalnya dari DatinLulu, Naz ambil keputusan untuk buat yang versi ada pandan sebab tertarik dengan warnanya.
Baru keluar dari oven. Bijirin-bijirin nestum yang di atas tu, memang rangup masa ni.
Naz kongsikan di sini pula resepi ini. Untuk merujuk resepi asal, silalah klik pada link yang Naz sertakan di bawah yer.
BINGKA NESTUM PANDAN CRUNCHY
OLEH : Naz @ovenkecil.blogspot.com
Rujuk dari : HaSue: I Love My Life
Resepi asal : DatinLulu @myresipi.com
Bahan-bahan :
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 1/2 cawan susu sejat/cair
- 2 biji telur gred A
- 1/3 cawan gula pasir
- 1/3 cawan susu pekat manis
- 1/2 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu kecil garam halus
- 1 sudu besar butter - dicairkan (Naz guna majerin)
- 1/2 sudu teh pes pandan (Naz guna 1 sudu teh)
- 1/2 sudu teh esen vanilla (optional)
- 3/4 cawan nestum original
*Nestum secukupnya untuk ditabur di atas adunan
*1 sudu besar butter atau sedikit minyak masak untuk melengser loyag
Cara-cara :
- Panaskan oven pada suhu 180 C. Blend/ kisar semua bahan hingga sebati.
- Sediakan loyang. Masukkan 1 sudu besar butter dan panaskan atas api yang kecil ATAU boleh juga lengser loyang dengan sedikit minyak masak sahaja.
- Tuang masuk adunan yang telah dikisar tadi ke dalam loyang. Taburkan bijirin nestum di atasnya.
- Bakar 45-50 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan dulu sebelum dipotong.
NOTA NAZ :
- Sedap kuih bingka ni. Yang paling Naz tak sangka anakanda Haris pun kata sedap dan sukakan bingka ni. Sebelum ni memang tak pernah buat kuih bingka sebab rasanya anak-anak macam tak suka sangat.
- Bahagian atas yang ditaburi dengan bijirin nestum memang rangup sekiranya dimakan ketika suam selepas keluar dari oven. Sekiranya dibiarkan lama pada suhu bilik, ianya akan kurang rangup.
SELAMAT MENCUBA!