Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday, 26 September 2011

PUDING ROTI MARBLE LAGI...


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Resepi ulang tayang je ni. Tapi gambar bukan gambar ulang tayang. Puding roti yang sedap ni, Naz buat lagi sekali untuk anakanda Haris bawa ke sekolah untuk jamuan hari raya di kelasnya. Haris cakap sedappp.. Bila balik rumah hari tu dari sekolah siap tanya, "Ada lagi ke ummi kuih tu?". Nasib baik masih ada lagi baki puding yang dia bawa ke sekolah tu. Memang Naz tinggalkan sikit untuk santapan orang di rumah ni.

Ok, resepi sama je dengan puding sebelum ni. Cuma kali ni, selain menggunakan serbuk koko pada salah satu bahagian adunan, Naz gunakan 2 jenis pewarna untuk 2 bahagian adunan lagi iaitu hijau dan oren.

PUDING ROTI MARBLE
Bahan-bahan :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam *(telur ayam tau! bukan telur itik atau lain-lain..hehehe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin (tak perlu dicairkan dulu sbb bila masuk dalam adunan, ia akan mencair sendiri)
  • 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo
  • 1 atau 2 pewarna kesukaan


Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. (Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.
SELAMAT MENCUBA!

19 comments:

Kak Sam said...

Almak 1st time negok memarble cam gitu. nak cuba jugak le 1 hari nanti.

Anna Qawina said...

dulu prnh buat skali kot..pastu somi tak suka ada rasa mentega tuh..kalo tak buoh mentega nampak tak kilat kata Kak Nor masa tanya beliau haritu..teringin nak buat lg, tp blend basah rosak.,..hihi

Mas said...

wahhhhhh..cantikk la gabungan warna puding roti tu kak naz.....
menawan hati...

tun_telani said...

wahh.. blender kak anna rosak?? ni mesti memasak dgn hebatnyer ni.. kak naz, tun penah try puding roti karamel, tp puding roti xpenah wat lagi. stok roti rumah ni mmg xtahan lama, kejap je habis.. hihi

Nazrah said...

masa open house kita ari tu..kita pun wat dua adunan ..jap lagi up load..memang sedap kan...

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak naz,sekbek kat sini xda tayang gader2,kalo x,lgi stres,huhu..cantik kale puding roti akak..

inahar ali said...

wah sedapnye naz..bak akak seloyang wat hadiah besday..hehe!!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

naz..cantik tu...siap dgn caranya lagi.

Yana Shaiful said...

Salam Kak Naz..cantik je marble klu akak bt..yana nak sepotong dua..bleh bt bebuka krg..sejuk je tekak ni hehee..

izahdaut said...

hehee..puding ni mmg sukar dilupakan

dari dapur nasya said...

rajinnya naz menggodek2 puding...xde lebih ke?...terliur plak bila tengok hasil kerja naz yang teliti..

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum naz...
cantiknyaaa puding roti tu naz... diana x perna lg cuba... ada masa nnt nak gak try nie.. nampak sedap n cantik... suka tgk...

Ummi said...

Assalamualaikum Naz....amboiiihhh cantiknya puding marble dia...wat rumah terbuka ke tuh? Bole la akak pi terjah....hehe...Kek karamel kat bawah tu pun cantik...akak x terbuat2 lgk taauu...susah x Naz? Mcm seriauuu nak buat...hehe

Anonymous said...

NK TANYA, MAJERIN TU DICAIRKAN KE TERLEBIH DAHULU..

TERIMA KASIH

cikmanggis said...

naik semangat nak masuk dapur pagi ni setelah lihat puding ni.Dah seminggu dapur ku blom berasap :)

Wattie said...

Assalamualaikum Naz,
Wahhh nampak cantik puding roti marble Naz. Akak pernah buat sekali dulu, memang sedap...

Nadz Nazharzan said...

To Anonymous,
Tak perlu cairkan dulu majerin tu sbb nanti dia akan mencair sendiri bila kita masukkan dlm adunan..

Ayu said...

cantik puding naz ni..kena betul warnanya tu..dulu pun akak pernah buat puding ni memang sedap ..

Mamasya said...

Assalammualaikum Naz & slmt berhujung minggu

Nampak ceria warna puding roti marble Naz. suka puding tambah yg sejuk2....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...