Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 7 September 2011

BISKUT CORNFLAKES RANGUP


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Biskut Cornflakes Rangup yang memang sedap dan rangup seperti namanya. Terima kasih kepada kak Yatie(Sinar Kehidupanku) yang sudi berkongsi resepinya di blog. Memang sedap! Naz sebenarnya memang dah lama mencari resepi biskut cornflakes yang menggunakan tepung sebagai salah satu bahannya dan biskut tu pula rangup hasilnya selepas dibakar. Alhamdulillah.. Jumpa juga dengan resepi yang diidamkan. Naz kongsikan di sini pula resepi ni ye kak Yatie.


BISKUT CORNFLAKES RANGUP
Sumber Resepi : Kak Yatie

Bahan-bahan :
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes (diramas sikit)
  • 2 cawan tepung naik sendiri
Bahan-bahan lain :
  • mangkuk kertas secukupnya
  • ceri merah dan ceri hijau sebagai hiasan (dipotong kecil)

Cara-cara :
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan kuning telur dan pukul lagi. Kemudian masukkan asen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yang diramas tadi. Gaul sebati menggunkan senduk kayu saja.
  4. Sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit.
  6. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA!

11 comments:

Qhaifa Nur said...

salam ziarah

mmg rangup pun biskut ni...

dah follow jom follow qhaifanurin.blogspot.com

Sharifah Nadzarah said...

SALAM LEBARAN..SY PUN BUAT JUGAK..IKUT RESEPI KAK YATI..MMG SEDAPKAN??..RANGUP JER..PASTU NAK BUAT PUN SENANG..HEHEHE

Nazrah said...

Salam Lebaran Naz... kebetulan cornflake banyak nanti nak cuba gak..tak sempat buat sebelum raya ari tu...

EmbunRosaliza said...

Assalam naz...comel je biskut tu tambah berseri ngan ceri merah n hijau tu..nak kena cari conflakes gak ni, bahan lain dah ada

Chik Mimi said...

Selamat hari nraya maaf zahir batin Naz
akak pun sukeee ngan biskut ni cuma tak berkesempatan membuatnya lagi

Cik Ecah said...

corn flakes feverett....nmpk rangup kueh hei...hihi

Deliah's Deli said...

sedap..sy suka sgt nih!nak bt ni dr sblm puasa sampai dah raya x jadi2 lg. :)

Yatie said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Naz....akak dtng nak beraya ni, ada biskut raya lagi tak..hehehehe...kalau dah abes buatkan akak kek lapis ya....ngeeeee...

uwaaaa ceria dan menarik biskut cornflakes rangup yg Naz buat ni..tq sudi mencuba...mmng sedapkan...biskut kegemaran kami sekeluarga..

Juwita Jamaludin said...

salam kak naz.. wah menariknya biskut ni ramai yang buat ye... selamat hari raya

tun_telani said...

selamat hari raya kak naz (dh berapa kali ucap nih? hehe).. dh habis raya pun duk terliur jugak tgk biskut raya mcm2 ni. hihi..simpan resepi utk tahun depan la pulak =)

Yana Shaiful said...

Selamat Hari Raya Kak Naz..biskut ni mmg best kan..wajib kna bt klu raya.. kna bt byk2..cepat sgt abis hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...