Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday, 1 March 2011

KUIH RENGAS aka KUIH KASTURI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Masak kacang hijau ni malam tadi untuk buat kuih rengas ni. Pagi ni gorengkan sikit untuk sarapan. 
Lebihannya Naz gorengkan separuh masak saja dan disimpan ke dalam freezer.
Okey, resepi seperti biasa...di bawah..


KUIH RENGAS aka KUIH KASTURI
Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan inti kacang hijau :
1 cawan kacang hijau (lebih kurang 200 gm)
1/2 - 3/4 cawan gula pasir (boleh sesuaikan ikut manis yg dikehendaki)
1 tsp garam
1/4 cawan kelapa parut muda
Air secukupnya untuk merebus kacang hijau

Bahan-bahan batter :
2 Tbsp tepung gandum
6 Tbsp tepung beras
1 tsp garam
1 tsp serbuk kunyit
2 tsp majerin atau mentega
Air secukupnya

Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara :

  1. Basuh kacang hijau dan rebus bersama air hingga lembut dan kembang. Bila dah lembut tu lenyek-lenyek sikit.
  2. Masukkan gula, garam dan kelapa parut. Masak hingga sebati dan adunan kering. Sejukkan.
  3. Bila telah sejuk, bulat-bulatkan adunan sebesar bola golf dan penyekkan sedikit agar leper. Jangan  bulat-bulatkan sebesar bola sepak pula eh! hik..hik..hik..
  4. Bancuh bahan-bahan batter hingga sebati.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali. Celupkan adunan kacang hijau tadi dan goreng hingga kekuningan dan garing. Angkat dan sejukkan. Boleh dinikmati.
NOTA :
  • Kelapa parut boleh diabaikan penggunaannya sekiranya tidak suka.
  • Kuih ni boleh dibuat banyak-banyak dan digoreng separuh masak saja. Kemudian simpankan ke dalam peti ais. Bila tiba masa untuk menikmatinya, gorengkan saja kuih ini hingga garing.
SELAMAT MENCUBA!

10 comments:

intan morsalin said...

pnah gak try kuih ni n guna resepi dr rai a.k.a sweetvanilla...( sori rai..akak lupa url blog rai )..alhmdulillah pcubaan ptama mnjdi...leh try resepi naz plak...

Umm Mymoonah said...

Yumm yumm, looks absolutely delicious.

HaSue said...

arghh..lama x mkn kuih nih..nampak sedap sgt tuh kak!nak seketui kakk

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

suamiku merupakan peminat kuih ini, baru tau ada nama lain Rengas... hehehe

Mas said...

akak..mas dan hubby suka kuih ni..
sedapnya..
lama dah tak buat....

estee_8980 said...

salam...
sedapnya kuih kasturi...
kalau dkt penang...
kitaorg panggil kuih kacang..
pernah try buat sekali dulu
jemput la singgah ke blog saya dan kalau sudi jadi la follower saya..saya masih baru dlm dunia blog.. estee8980.blogspot.com

Mamasya said...

Salam Naz

suka kuih rengas sbb suka inti kacang hijau tu tp belum pernah buat sendiri.
re; Naz, kg akak kat K.Lanas...kali akhir balik masa raya haji thn lepas. ni emel;mamasya22@yahoo.com , nanti add kat FB ya.

Unknown said...

Assalamualaikum Naz


Lama x makan kuih kasturi ni... buat utk sarapan pagi dan minum petang...mmg sesuai..

Ina said...

lama sggh x mkn kuih nih...terus rindu nk blk kg. hehehe...

Bahiah Saripuddin said...

sedapnyer..kuih kesukaan nie kak..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...