Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Tuesday, March 29, 2011

KEK RAMPAI KELAPA


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Buat Kek Rampai Kelapa ni untuk minum petang. Resepi Naz ambil dari buku Kompilasi Hidangan Kek oleh Nor Aini Zakaria. Sedap rasa kek ni. Makan sambil minum secawan teh "O" lagi sedap..

Naz buat setengah adunan jer dan menggunakan loyang bulat 6.5 inci. Cantik kejadian kek ni dengan warna hijau dan merah kelapa tu..


KEK RAMPAI KELAPA
Sumber Resepi : Chef Nor Aini Zakaria

Bahan-bahan :
250 gm mentega
230 gm tepung kek *
1 tsp serbuk penaik *
(* diayak - A)
200 gm gula kastor
50 gm kelapa parut kering
50 gm air susu
4 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
Sedikit pewarna merah dan hijau


Cara membuat :

  1. Griskan acuan berukuran 8 inci. Lapik dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
  2. Kelapa parut kering dibahagi dua dan digaul dengan pewarna merah dan hijau. Biarkan ia kering sebentar.
  3. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang dan putih.
  4. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati. Masukkan asen vanilla.
  5. Kemudian masukkan bahan A sedikit-sedikit sambil dikacau berselang-seli dengan air susu.
  6. Masukkan pula kelapa parut dan gaul lagi hingga rata.
  7. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Bakar selama 1 jam.

RUJUKAN :

Nor Aini Zakaria (2010). Kek Rampai Kelapa. Kompilasai Hidangan Kek. Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.

SELAMAT MENCUBA!

8 comments:

Kak Rosaliza said...

assalam naz, apa kbr, wah menarik kek klapa ni.

Ctnaemah said...

as-salam naz..ma sy pernah buat kek gini time raya dulu2

ijan said...

Gebunya kek dia... ada pink hijau pulak tu.. very nice :)

HaSue said...

wah sedapnya kak..bak sepotong..! menarik je rupa kek akak nih..

Nieza said...

wahh menarik resepi dan kek ni....harus dicuba ni...btw tapau dulu sepotong nk rasa yer kak...hehe

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

boleh cuba gak ni..nanti cari ada kelapa kering tak..

Ayu said...

Assalam naz,
wah unik kek ni ya..mesti lemak2 gitu..bak sini sikit nak rasa sepotng..

LinRosly said...

Assalamualaikum Naz...

Nampak cantik...warna warni halus..boleh cuba...insya allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...