Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Saturday, February 20, 2010

DURIAN CUPCAKES



Resepi asal dari sis Rossya. Cuma dah diubah suai sikit untuk kesenangan Naz menyediakannya setelah diexperiment di dapur rumah ni.

Bagi penggemar makanan berasaskan durian, bolehlah mencuba resepi ini. Not bad.. Lembut dan gebu. Sewaktu membakar pulak, harum bau durian tu memenuhi ruang rumah..

DURIAN CUPCAKES
Bahan
: (dapat 36 biji cupcakes)
240 gm butter
240 gm isi durian
80 -100 ml fresh milk(bergantung kepada kelembutan @ kekerasan isi durian)
2 biji telur(dipukul dgn garfu)
250 gm tepung kek NONA }
1 tsp baking powder } ayak
1/2 tsp baking soda }
Secubit garam
150-200 gm castor sugar(sesuaikan ikut kemanisan durian)
Beberapa titis pewarna kuning

Cara :
1. Masukkan bahan ayak ke dalam mangkuk. Masukkan garam dan gula dan gaul rata.
2. Campurkan butter ke dalam adunan dan putar/pukul dengan mixer hingga adunan menjadi “crumbly” (macam breadcrumb).-->ADUNAN A. Dalam bekas lain, isi durian dan susu dicampur dan blend untuk mendapatkan puree yang halus(fine puree). Then masukkan puree durian ke dalam ADUNAN A. Masukkan juga telur dan kemudian blend hingga sebati. Masukkan pewarna kuning dan gaul dgn spatula.
4. Sudukan ke dalam paper cup yang telah diletakkan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 20 minit.

1 comment:

Totie@Tomy said...

first time tengok cup cakes durian..mesti sedap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...