Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday, 11 February 2010

KUIH KETAYAP


Suka buat kuih ni sebab anak-anak pun suka makan kuih ni. Selalu Naz menggunakan santan sebagai salah satu bahannya tetapi kali ini Naz cuba tukar kepada susu segar pulak. Sedap juga rasanya. Tiada perbezaan yang nyata. So ini resepinya..
KUIH KETAYAP
Bahan kulit
:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
Beberapa titis pewarna hijau
Secubit garam

Cara :
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar hingga sebati. Insyallah tak berketul-ketul...
2. Panaskan kuali non stick dan lengser sedikit minyak.
3. Ambil sesenduk adunan dan tuang ke dalam kuali. Ratakan supaya kulitnya tidak terlalu tebal.
4. Apabila masak, angkat dari kuali. Buat sehingga semua adunan habis digunakan.
5. Letak sedikit inti ke atas kepingan kulit kuih, dan gulung dengan kemas. Buat hingga selesai. Siap untuk dimakan..


INTI KELAPA
Bahan-bahan
:
3 cawan kelapa parut muda
3/4 cawan gula merah
Secubit garam
Gula pasir(tambahan sekiranya kurang manis)
1/2 cawan air
2 helai daun pandan(disimpul)

Cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam kuali dan masak di atas api sederhana sehingga sebati dan kelihatan kering sedikit. Bab kering ni ikut masing-masing punya kehendak ye sebab ada orang yang suka inti kebasahan sikit dan ada orang yang suka inti kering.. So ikut tekak masing-masing..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...