Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Tuesday, 9 February 2010

KEK PISANG LEMBUT


Kek pisang yang sedap dan lembut ini dibuat untuk minum petang di rumah. Kebetulan memang ada beberapa biji pisang emas yang dah terlalu masak. Anak-anak pun memang suka sangat dengan hasil kek ini. Siap buat mini cupcakes untuk bawak bekal ketika bermain di padang pada petang tu jugak.. Sebelum membakar, Naz taburkan sedikit coklat rice di atas adunan..

KEK PISANG LEMBUT
Bahan-bahan
:
125 gm butter
100 gm brown sugar/ gula pasir
2 biji telur
5 biji pisang emas(130 gm)-dilenyek
1 tsp asen vanilla
1 tsp ovalette
1 tsp susu tepung
Sedikit coklat rice untuk taburan

Bahan ayak :
140 gm tepung gandum
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp baking powder

Cara :
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu per satu dan gaul rata setiap kali dimasukkan.
3. Masukkan ovalette dan terus memukul.
4. Masukkan pisang lenyek dan asen vanilla. Gaul rata.
5. Masukkan bahan ayak beserta susu tepung dan kaup balik dengan spatula.
6. Sapu loyang dengan sedikit mentega dan tabur rata sedikit tepung gandum. Ketuk keluar lebihan tepung.
7. Masukkan adunan kek ke dalam loyang. Taburkkan coklat rice di permukaan adunan.
8. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 50 minit atau sehingga masak.

Mini cupcakes untuk bekalan ke padang permainan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...