Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Friday, 5 February 2010

TEMPAHAN SWISS ROLL



3 batang Swiss Roll Coklat ni dibuat untuk member-member yang request nak beli. Ingatkan nak buat lebih tapi aising mentega habis pulak stoknya bila dah buat gulungan yang ke 3. So yang boleh siap cuma 3 gulung jer. Next time pulak baru boleh buat. Resepi sama seperti yang pernah diletakkan ke dalam blog ini. Tapi tak apalah. Naz taip jer sekali lagi. Lagi pun copy & paste je. Gambar Swiss Roll yang dah kena potong tak adalah sebab ini tempahan orang..

SWISS ROLL COKLAT
Bahan-bahan
:
3 biji telur gred A @ B #
2 oz gula castor #
1/2 sudu teh baking powder #
1/2 sudu teh esen vanilla #
1/2 sudu besar ovallete #
1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung #
1/2 sudu besar susu tepung #
2 oz mentega cair
1 1/2 sudu besar serbuk koko
butter icing secukupnya

Kaedah penyediaan :
1) Masukkan semua bahan bertanda # ke dalam mangkuk mixer dan pukul dgn kelajuan maxima selama 7 – 10 minit or till fluffy.
2) Asingkan 1 1/2 sudu besar adunan putih dan masukkan ke dalam piping bag.
3) Masukkan serbuk koko ke dalam adunan putih di dalam mixer dan pukul selama 1 hingga 2 minit agar serbuk koko sebati.
4) Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata. Tuang adunan koko tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
5) Paipkan adunan putih tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang dan buatlah corak yang diingini.
6) Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
7) Keluarkan kek yang telah masak ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan. Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing. Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat. Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream.
- Potong dan hidangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...