Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Sesungguhnya Nadz lebih menggemari kek-kek togel saja berbanding dengan kek-kek yang disalut sebarang jenis krim. Jadi Nadz cuba pula resepi kek marble ni untuk mengetahui tahap keenakannya serta menambah lagi koleksi kek marble.
Resepi Nadz perolehi daripada blog kak Azie yang dipanjang-panjangkan dari blog Liza dan blog kak Noor Masri.
KEK MARBLE LEMBUT NINA
Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan :
- 8 oz/ 227 gm mentega
- 6 oz/ 170 gm tepung gandum
- 6 oz/ 170 gm gula kaster
- 5 biji telur dari peti ais
- 3 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh asen vanilla
- 1 sudu besar ovalette
- 3-4 sudu besar serbuk koko
Cara-cara:
- Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
- Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
- Masukkan telur kuning sebiji -sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
- Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco/perisa pilihan anda.
- Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci secara berselang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick/ lidi sate.
- Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. (Nadz bakar pada suhu 175C, 45-50 minit).
NOTA NADZ:
Nadz menyediakan adunan kek ini tanpa mengasingkan putih telur dengan kuning telur seperti cara di atas. Nadz adun seperti berikut:
- Ayak tepung bersama baking powder. Putar mentega dan gula hingga kembang.
- Masukkan susu, ovalette dan asen vanilla. Adun sebati.
- Masukkan telur satu per satu sambil terus memutar.
- Akhir sekali perlahankan speed mixer dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan adun rata.
- Bahagi adunan kepada dua bahagian. Masukkan serbuk koko dalam salah satu adunan dan gaul sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dilapik dengan kertas baking secara berselang seli untuk mendapatkan corak marble.
- Bakar pada suhu 175°C -180°C selama 45-50 minit.
- Jika menggunakan cara ini, gunakan telur pada suhu bilik, bukan telur yang masih sejuk dari peti ais.
- Setelah mencuba, kek ini ternyata memang kena dengan selera Nadz. Lembut dan gebu serta moist. Jadi apa lagi, cubalah ye.
NOTA KAK NOOR MASRI:
- Kalau menggunakan mesin, jangan diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama kerana adunan mesti kembang dan rata.
SELAMAT MENCUBA!