Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday, 20 May 2013

HOME MADE PANDAN KAYA

 Assallamualaikum dan salam sejahtera.

"Kulihat hijauuuuu......." Yup, hijau. Hijau daun pandan yer. Cantik je warnanya dan harum pula baunya. Home made pandan kaya ni Nadz saja-saja buat sebab nak cuba rasa kaya buatan sendiri. Biasa kalau nak makan kaya memang beli jer dari kedai yang ready made tu. Tapi kalau beli pun tak pernah Nadz beli yang perisa pandan. Selalu mesti beli yang satu lagi tu. 

Resepi pandan kaya ni Nadz ambil dari blog Sonia(Nasi Lemak Lover). Tertarik nak cuba resepi dan juga cara penyediaannya yang lain sedikit daripada kebanyakan resepi home made pandan kaya yang Nadz jumpa. Tau apa kelainannya???

Ha! Inilah kelainannya. Kaya ni dimasak secara 'double boiler'. Banyak kebaikannya tau! Selain daripada tak perlu sentiasa mengacau semasa kaya dimasak, kaya juga tidak akan hangit di bahagian dasar periuk. Yang lagi best, sambil-sambil masak tu, bolehlah buat kerja lain. Dan lagi satu, apabila kaya sudah mula likat, ianya tak akan meletup-letup atau terpercik pada tangan kita seperti kalau dimasak terus di atas api dapur. Kalau tak percaya, cubalah.

Okey, inilah rupa home made pandan kaya Nadz yang telah siap. Dengan resepi di bawah, dapatlah satu bekas plastik ni. Rasanya sedap, manisnya pun sedang-sedang elok je dan tengoklah rupa kaya tu. Licin je kan. Sukanya hati bila dah jadi. First time buat ni tau! Anak-anak pun suka dengan rasa kaya ni. Mereka cakap lebih sedap daripada yang biasa dibeli tu. Hihihiii....

HOME MADE PANDAN KAYA

Bahan-bahan :
  • 3 biji telur saiz A (lightly beaten)
  • 250 gm gula kastor
  • 350 ml santan (Nadz guna santan kotak 200ml + 150ml air daun pandan)
  • 8 helai daun pandan (daun ni dikisar untuk dapatkan 150ml air daun pandan di atas)
Cara-cara :
  • Bancuhan A - Kisar daun pandan dengan air dan tapis untuk dapatkan 150ml air daun pandan. Campurkan air daun pandan dengan santan.
  • Bancuhan B - Campurkan gula ke dalam larutan telur dan kacau perlahan dengan hand whisk hingga gula larut.
  1. Campurkan bancuhan A ke dalam bancuhan B dan kacau rata.
  2. Masukkan campuran ke dalam periuk(lebih elok guna periuk stainless steel). 
  3. Masak adunan secara double boiler dengan api sederhana. Sentiasa kacau adunan beberapa kali. 
  4. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam untuk mendapatkan kepekatan yang diingini. Sejukkan adunan pada suhu bilik sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.

NOTA DARI SONIA:
"Since my home grown organic pandan leaves size is very small, I increased the pandan leaves to 14pcs. At the beginning, the colour of kaya mixture is very pale in green, but the colour will turn darker and darker, you will get very nice jade green colour at the end. The volume of kaya will be reduced at least 1/3 from the initial kaya mixture".

"Disebabkan daun pandan saya bersaiz kecil, saya tambah penggunaan daun pandan kepada 14 helai. Pada  permulaan, warna adunan kaya adalah pucat tetapi warna hijau ini akan menjadi semakin gelap dan di akhir proses memasak ia akan menjadi warna hijau jade yang cantik. Jumlah kaya yang terhasil akan berkurangan sekurang-kurangnya 1/3 daripada adunan kaya asal".

NOTA NADZ :

  • Sedap rasa kaya pandan ni. Manisnya pun sedang-sedang elok saja. Anak-anak pun cakap lebih sedap daripada kaya yang biasa dibeli tu. Jadi pada yang nak mencuba, disarankan sangatlah resepi ni.
  • Proses memasak kaya ini secara 'double boiler', menyebabkan jangka masa memasak sediki lama berbanding memasak terus di atas api tetapi kebaikannya ialah, kaya tidak akan hangit dan tidak perlu sentiasa mengacau serta tidak perlu sentiasa menunggu di depan periuk hingga kaya masak sepenuhnya pada kelikatan yang diingini. Cuma perlu dikacau sekali-sekala.
  • Lagi satu kebaikan memasak secara double boiler ni, mengelakkan kaya yang hampir kering dari meletup-letup dan melompat-lompat keluar dari periuk. Sakit oooooo..kalau kena pada tangan kaya yang semakin likat dan panas tu...
  • Memasak menggunakan periuk 'stainless steal' lebih mempercepatkan proses memasak berbanding memasak menggunakan periuk kaca seperti Nadz di dalam gambar di atas(atas pengalaman).



SELAMAT MENCUBA!

Sunday, 19 May 2013

KEK LABU MANIS

 Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dengan tenang di muka bumi Allah SWT ini disamping dapat menambah lagi koleksi resepi ke dalam blog ini.

Kali ini nak kongsikan resepi Kek Labu Manis. Resepi asal datangnya dari En.Mat Gebu tapi Nadz copy resepi ni dari blog kak Yatie. Harap dihalalkan perkongsian ilmu ini ya.

Rasa kek ni memang lemak-lemak manis. Kebetulan masa terlihat kek yang ditayangkan oleh kak Yatie di laman fb tu, memang ada sebiji labu yang tergolek di dapur. Jadi terus je la bereksperimen membuat kek ni. 

Tengok kek ni, tinggi pula naiknya lepas dibakar. Nadz trim bahagian atas yang merekah-rekah tu. Anak-anak dok terkam bahagian kek yang ini pula sebab garing..hehehe..

Lepas masak, kek ni naik tinggi pula dalam loyang Nadz yang comel tu. Dapat banyak jugalah kek ni selepas dipotong-potong. Nadz ni memang suka sangat makan labu. Lebih-lebih lagi kalau dibuat masak lemak putih tu tapi semenjak mengandung ni, perut macam tak tahan dengan makanan yang berangin. Jadi Nadz cuma makan sepotong dua je kuih ni, tinggalkan sikit untuk anak-anak dan yang selebihnya diagih-agihkan kepada jiran. Takut nanti tak boleh tidur malam pula kalau perut meragam.


KEK LABU MANIS
Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot.com

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/4 camca teh garam
  • 450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
  • 2 1/2 cawan tepung gandum *
  • 1 camca teh soda bicarbinate*
  • 1/2 camca teh baking powder*
  • 1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
  2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut.
SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 16 May 2013

ROTI BOY (MEXICAN BUN)

 Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni ada mood untuk mengupdate blog. Bila ada mood dan ada kelapangan, barulah ada entry terbaru dari Nadz..hehehee..

Roti boy atau Mexican bun ini memanglah menjadi kegemaran Nadz dan anak-anak. Sedapppp... Ada rasa nescafe pada toppingnya tu yang membuatkan roti ini istimewa pada rasanya. Semasa membakar, amboiiiiii...harum semerbak bau nescafe tu memenuhi ruang dapur.

Resepi ini Nadz ambil dari laman My Resipi tulisan Diana yang telah diubah-suai oleh beliau dari laman Recipezaar. Berdasarkan komen-komen positif daripada rakan-rakan yang telah mencubanya, membuatkan Nadz tertarik hati ingin mencuba resepi ini. 

Topping yang meleleh-leleh di tepi-tepi roti tu, rangup oooo... Berebut-rebut anak-anak nakkan topping yang di tepi-tepi roti tu.


ROTI BOY (MEXICAN BUN)

Bahan-bahan (17 biji )-bergantung kepada saiz setiap roti yang anda bentukkan.

# Bahan untuk Inti #
  • 100 gram mentega bergaram, dilembutkan
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • 35 gram gula perang
# Bahan untuk Topping #
  • 100 gram mentega, dilembutkan
  • 80 gram gula aising, diayak
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • 3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air
  • secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi
  • 100 gram tepung serbaguna, diayak
# Bahan untuk Doh Manis #
  • 500 gram tepung roti, diayak
  • 20 gram tepung susu, diayak
  • 75 gram gula kaster
  • 1 sudu teh) garam
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
  • 60 gram mentega, dilembutkan

Cara-cara :
Cara untuk Intinya :
  1. Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. 
  2. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. 
  3. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. 
  4. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Topping : 
  1. Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. 
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit. 
  3. Masukkan esen kopi. 
  4. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. 
  5. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Doh Manis : 
  1. Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam di dalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. 
  2. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. 
  3. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. 
  4. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. 
  5. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.

Cara untuk membuat Roti Boy : 
  1. Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. 
  2. Letakkan inti di tangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). 
  3. Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. 
  4. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. 
  5. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. 
  6. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.
Inti di bahagian dalam roti. Bahagian luar yang rangup dan bahagian dalam roti yang lembut.Nyummm...

SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, 14 May 2013

APAM SALJU/ APAM TUKAZ/ APAM NASI

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk kita bertemu di arena blogging ini. Harapan dan doa Nadz agar semua sahabat handai sihat sejahtera hendaknya.

Apam dengan pelbagai nama ni memang amat mudah disediakan. InsyaAllah, sesiapa yang membuatnya pasti menjadi. Ada yang memanggilnya apam salju atau apam tukaz. Ada juga yang menggelarkannya apam nasi atau apam beras. Yang pasti semua nama tersebut merupakan apam yang sama.

Resepi apam ni Nadz ambil dari blog kak Yatie. Nadz simpan pula resepi ni di dalam blog Nadz ye kak Yatie. Terima kasih.

APAM SALJU/ APAM TUKAZ/ APAM NASI
Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahannya: 
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara: 

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Kalau nak makan tanpa kelapa parut pun boleh juga. Tengok, montel kan apam ni.... Dah macam tuan dia juga yang tengah montel dan tembam ni..hihiiii..

SELAMAT MENCUBA!

GULAI KUNING IKAN TONGKOL

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Gulai kuning ikan tongkol ni merupakan lauk yang biasa dimasak dan dipadankan dengan nasi dagang atau nasi berlauk di sini. Memang kalau di pagi hari tu, ramai peniaga yang berniaga nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, nasi lemak selain dari pelbagai jenis kuih-muih di tepi-tepi jalan di daerah Kelantan ni. 

Sebenarnya ada pelbagai versi juga resepi gulai kuning ikan tongkol ni. Tapi apa yang Nadz paparkan di sini adalah cara yang dianggap paling mudah untuk disediakan. Maknanya cara yang paling ringkas dan keperluan bahan-bahan pun tidaklah rumit.

Jom semak resepi ringkas ni.

GULAI KUNING IKAN TONGKOL
By : Nadz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan tongkol 
  • 2-3 keping asam gelugor
  • 2 cawan santan
  • 1 batang timun
  • Garam
Bahan kisar :
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3-4 biji cili merah - nak lebih pedas, tambah cili padi sikit
  • 1 inci kunyit hidup
Cara penyediaan :
  1. Ikan tongkol dibersihkan dan dipotong ikut suka.
  2. Masukkan ke dalam periuk bahan kisar bersama santan dan juga asam keping. Biar hingga menggelegak sambil dikacau-kacau agar tak pecah minyak.
  3. Masukkan ikan dan garam. Rasa masinnya. 
  4. Masukkan timun batang yang telah dihiris kecil. Tunggu seketika tapi jangan lama sangat. Nanti timun tu lembik sangat.
  5. Hidangkan bersama nasi panas.
NOTA NADZ: 
  • Kepekatan santan tu boleh disesuaikan ikut selera. Kalau ikut resepi asal, gulai ni bisanya pekat santannya tapi now days ramai juga yang menyediakannya dengan kadar kepekatan santan yang sederhana.
SELAMAT MENCUBA!

Monday, 13 May 2013

SNOW CHEESE CAKE

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap hari kita berharap agar hari tersebut menjadi hari yang lebih baik dari hari yang lepas. Betul tak? Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha menjadikan setiap hari baru kita lebih baik dari yang semalam. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" Surah Ar-Rad:11. Lepas kita berusaha barulah boleh kita berharap kan? Bukannya berharap tanpa sebarang usaha. Just a small reminder for my self and also my fellow friends.

Ok, cerita pasal kek yang terkenal ni. Rata-rata ramai yang dah membuatnya kan. Nadz ni kalau kek-kek yang ada keju ni memang lambatlah sikit nak mencubanya sebab Nadz bukan penggemar keju yang tegar. Tapi anakanda sulung Nadz, Haris memang suka sangat apa-apa juga makanan yang berasaskan keju. 

Kek ni Nadz cuba dan buat sempena birthday anakanda Haris (6 Mei) dan juga birthday anakanda Hani (10 Mei), Dalam minggu yang sama so, buat sebiji kek je lah untuk mereka. Haris yang minta nak cheese cake. So fikir punya fikir, Nadz trylah buat kek ni yang tak pernah lagi dibuat.

Lapisan kek warna pink tu, tak de perisa pun. Saja nak menambah seri pada kek..heheheee..

SNOW CHEESE CAKE
Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya) 
  • 100g gula halus
  • 100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
  • 60g tepung jagung (maizena)
  • 50g air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovalet
  • 75g mentega (dicairkan)

Untuk krim:
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250 gm)
  • 1/2 tin susu pekat manis 
 (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).

Tapi untuk krim ni, Nadz buat cara lain sebab cream cheese ada 1/2 kotak jer dalam peti(125 gm). Memang tak cukuplah nak salut seluruh kek kan. So alternatifnya seperti di bawah;
Krim cara Nadz :
  • 1/2 kotak cream cheese philadelphia (125 gm)
  • 125 ml non dairy whipping cream
  • Sedikit gula icing (agak-agak manis sendiri)
(Pukul whipping cream sampai kaku. Dalam bekas lain pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan whipping cream tadi dan juga gula aicing. Pukul sebati).

**Tapi, pada yang gemar rasa cheese, dicadangkan ikut krim resepi asal sebab krim cara Nadz ni kurang sikit rasa cheesenya. Tapi sesuailah untuk tekak Nadz yang tak berapa gemar cheese ni. Anak-anak Nadz suka krim versi Nadz ni. Yelah, whipping cream tu kan memang sedap. Siap licin bekas berisi krim tu dikerjakan..hahahaa...

Untuk Toping:
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara penyediaan:
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk.  Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
  8. Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
NOTA NADZ(just update on 14/05/2013):
  • Sekiranaya ada lebihan kek yang tidak habis dimakan, Nadz cadangkan simpan lebihan kek ke dalam bekas atau tupperware bertutup sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
  • Tujuan untuk mengelakkan parutan cheddar cheese dan bahagian kek yang terdedah kepada udara dari menjadi keras. Nanti bila nak makan balik dah tak sedap.
Nadz beli cheddar cheese kraft ni yang 160 gm je sebab itu je yang ada masa pergi kedai tapi cukup untuk menyalut keseluruhan kek. Ada baki cheddar cheese yang lebih pula yang tidak digunakan dan tidak diparut.

Parutkan halus-halus cheese tu agar kurang rasa muak bila makan nanti. Untuk bahagian atas kek, Nadz terus parutkan cheddar cheese tu di atas kek hingga menutupi permukaan kek. 

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, 11 May 2013

1 REJAB 1434 H & I'M ALREADY 20++ WEEKS PREGNANCY...ALHAMDULILLAH...


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, dah masuk 1 Rejab kita sekarang ye. Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan lagi amal ibadat kita dan muasabah diri kita sendiri untuk sesuatu yang terbaik dalam hidup ini. 

Di kesempatan ini juga, Nadz minta ampun dan maaf pada sahabat handai semua kerana telah lama tidak bersiaran di blog ini. Memang sengaja tidak bersiaran beberapa bulan sebelum ini sebab munculnya hormon-hormon baru dalam tubuh ni yang menyebabkan rasa kemalasan membelenggu diri..hihhiiii.. Bukan malas semata-mata tau! I diam-diam ubi yer...hehehe... InsyaAllah sekiranya diizinkanNya dan diberi kesihatan yang baik, akan beroperasilah semula blog ini seperti biasa. 

Sekarang dah masuk minggu ke 20++ kehamilan. Another 20 weeks to go. Dah separuh tempoh kehamilan Nadz lalui rupanya. Doakan yang baik-baik untuk Nadz dan bayi dalam kandungan ni ye. Bukan tak nak maklumkan pada kawan-kawan, cuma peristiwa kehilangan bayi ke 2 yang Nadz kandung dulu menyebabkan Nadz berdiam diri dulu untuk sementara waktu. Harap semua faham ye. 

Akhir kata, semoga setiap hari yang mendatang yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita, kita jadikan hari yang terbaik dan lebih baik daripada hari sebelumnya, insyaAllah.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...