Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday 20 May 2013

HOME MADE PANDAN KAYA

 Assallamualaikum dan salam sejahtera.

"Kulihat hijauuuuu......." Yup, hijau. Hijau daun pandan yer. Cantik je warnanya dan harum pula baunya. Home made pandan kaya ni Nadz saja-saja buat sebab nak cuba rasa kaya buatan sendiri. Biasa kalau nak makan kaya memang beli jer dari kedai yang ready made tu. Tapi kalau beli pun tak pernah Nadz beli yang perisa pandan. Selalu mesti beli yang satu lagi tu. 

Resepi pandan kaya ni Nadz ambil dari blog Sonia(Nasi Lemak Lover). Tertarik nak cuba resepi dan juga cara penyediaannya yang lain sedikit daripada kebanyakan resepi home made pandan kaya yang Nadz jumpa. Tau apa kelainannya???

Ha! Inilah kelainannya. Kaya ni dimasak secara 'double boiler'. Banyak kebaikannya tau! Selain daripada tak perlu sentiasa mengacau semasa kaya dimasak, kaya juga tidak akan hangit di bahagian dasar periuk. Yang lagi best, sambil-sambil masak tu, bolehlah buat kerja lain. Dan lagi satu, apabila kaya sudah mula likat, ianya tak akan meletup-letup atau terpercik pada tangan kita seperti kalau dimasak terus di atas api dapur. Kalau tak percaya, cubalah.

Okey, inilah rupa home made pandan kaya Nadz yang telah siap. Dengan resepi di bawah, dapatlah satu bekas plastik ni. Rasanya sedap, manisnya pun sedang-sedang elok je dan tengoklah rupa kaya tu. Licin je kan. Sukanya hati bila dah jadi. First time buat ni tau! Anak-anak pun suka dengan rasa kaya ni. Mereka cakap lebih sedap daripada yang biasa dibeli tu. Hihihiii....

HOME MADE PANDAN KAYA

Bahan-bahan :
  • 3 biji telur saiz A (lightly beaten)
  • 250 gm gula kastor
  • 350 ml santan (Nadz guna santan kotak 200ml + 150ml air daun pandan)
  • 8 helai daun pandan (daun ni dikisar untuk dapatkan 150ml air daun pandan di atas)
Cara-cara :
  • Bancuhan A - Kisar daun pandan dengan air dan tapis untuk dapatkan 150ml air daun pandan. Campurkan air daun pandan dengan santan.
  • Bancuhan B - Campurkan gula ke dalam larutan telur dan kacau perlahan dengan hand whisk hingga gula larut.
  1. Campurkan bancuhan A ke dalam bancuhan B dan kacau rata.
  2. Masukkan campuran ke dalam periuk(lebih elok guna periuk stainless steel). 
  3. Masak adunan secara double boiler dengan api sederhana. Sentiasa kacau adunan beberapa kali. 
  4. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam untuk mendapatkan kepekatan yang diingini. Sejukkan adunan pada suhu bilik sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.

NOTA DARI SONIA:
"Since my home grown organic pandan leaves size is very small, I increased the pandan leaves to 14pcs. At the beginning, the colour of kaya mixture is very pale in green, but the colour will turn darker and darker, you will get very nice jade green colour at the end. The volume of kaya will be reduced at least 1/3 from the initial kaya mixture".

"Disebabkan daun pandan saya bersaiz kecil, saya tambah penggunaan daun pandan kepada 14 helai. Pada  permulaan, warna adunan kaya adalah pucat tetapi warna hijau ini akan menjadi semakin gelap dan di akhir proses memasak ia akan menjadi warna hijau jade yang cantik. Jumlah kaya yang terhasil akan berkurangan sekurang-kurangnya 1/3 daripada adunan kaya asal".

NOTA NADZ :

  • Sedap rasa kaya pandan ni. Manisnya pun sedang-sedang elok saja. Anak-anak pun cakap lebih sedap daripada kaya yang biasa dibeli tu. Jadi pada yang nak mencuba, disarankan sangatlah resepi ni.
  • Proses memasak kaya ini secara 'double boiler', menyebabkan jangka masa memasak sediki lama berbanding memasak terus di atas api tetapi kebaikannya ialah, kaya tidak akan hangit dan tidak perlu sentiasa mengacau serta tidak perlu sentiasa menunggu di depan periuk hingga kaya masak sepenuhnya pada kelikatan yang diingini. Cuma perlu dikacau sekali-sekala.
  • Lagi satu kebaikan memasak secara double boiler ni, mengelakkan kaya yang hampir kering dari meletup-letup dan melompat-lompat keluar dari periuk. Sakit oooooo..kalau kena pada tangan kaya yang semakin likat dan panas tu...
  • Memasak menggunakan periuk 'stainless steal' lebih mempercepatkan proses memasak berbanding memasak menggunakan periuk kaca seperti Nadz di dalam gambar di atas(atas pengalaman).



SELAMAT MENCUBA!

14 comments:

Nazrah said...

Salam Nadz.. pokok pandan rumah kita dah nak habis di kebas orang.. nanti kalau rajin kita buat kaya sendiri kan... nampak cantik warnanya

EmbunRosaliza said...

Assalam nadz, buatan sendiri lagi terjamin kebersihannya kan, nampak sedap kaya pandan tu, mesti harum ni

Mamasya said...

Aslmkum Naz
kaya pandan..sedap mkn dg roti.
good teknik...masak secara double boiler tak penat kacau.

Chah said...

rajin akak buat seri kaya..aiii semua buat sendiri lagi kayaaa lah lepas ni..mulus je tekstur dia kak..dan yg penting air tgn kita, tanpa pewarna dan pengawet...:)

Unknown said...

mcm best je buat sendiri gini ye kak nadz..t zila nak try jugak la

cahayahidupku.blogspot.my said...

Terima kasih Nadz, share resepi, boleh akak cuba :D

zila norazila said...

Puas ati klu wt sndiri kn naz...nmpk cantik kilat jew .

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Naz, rumah kak Ros ada banyak daun pandan,boleh la Kak Ros cuba membuatnya.

Liza said...

salam nadz, nmpk cm senang je, nnt liza nk try jugak la, thnx ye nadz...

umi's cup cake said...

Assalamualaikum Nadz,
Wa...nampak sedap sangat dan cantik kejadian pandan kaya ni... umi rasa nak cuba jugak la..

Rohah said...

wat banyak mcm n i boleh wat stock kan..

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam Naz
kulihat hijau jg, cantikk
buat pau sedap ni Naz inti kaya

Anonymous said...

OMG!!!must try!!!nmpk cam sodap sgt...!!

Unknown said...

resepi ni utk brapa org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...