Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, November 19, 2012

DRAGON FRUIT PANNA COTTA

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga semua rakan-rakan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT hendaknya. Hari ni nak tayang dessert Panna Cotta yang kali pertama Naz buat. Resepinya memang dah lama sangat disimpan dan baru sekarang mencubanya. 

Resepi Naz rujuk dari blog kak Nor. Resepi asal datangnya dari blog Gert-My Kitchen Snippets. Bolehlah rujuk mana2 link untuk melihat resepi dan juga hasil dari blog mereka ini pada link di bawah ye. 

DRAGON FRUIT PANNA COTTA 
Resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Resipi asal : Gert@KitchenSnippets



Bahan-bahan:

  • 2 cawan susu segar/fresh milk
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 2 sudu kecil serbuk gelatin + 3 sudu besar air panas
  • 1/4 cawan gula @ secukup rasa
  • 1 sudu kecil esen vanila


Untuk puree dragon fruit:

  • 1 biji dragon fruit yang telah masak
  • 2 - 3 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil perahan limau/lemon (Naz tak letak)
  • 1 sudu kecil serbuk gelatin + 2 sudu besar air panas, kacau hingga larut (ni Naz tambah sendiri)

Cara-cara:

  1. Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan ia mengembang.
  2. Masak susu, whipping cream dan gula dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 kecil di tepi periuk.
  3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
  4. Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai.
  5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
  6. Sementara itu bolehlah disedikan puree dragon fruit.
  7. Blend dragon fruit hingga halus, kemudian masukkan gula dan perahan limau/lemon. Kemudian Naz gaul dgn larutan gelatin yang Naz tambah di dalam resepi.
  8. Kacau hingga sebati. Sejukkan dlm peti ais sebelum menghidang.
  9. Utk menghidang, tuangkan puree buah ke atas panna cotta tadi.
  10. Sedia utk dinikmati.

NOTA DARI KAK NOR:
  • utk membuat panna cotta ni mudah aje, cuma perlu ambil masa yg agak lama antara 5 - 6 jam utk panna cotta tu betul2 set/mengeras. kalau dituangkan puree buah sebelum ianya betul2 set, nanti akan tenggelam ke dalam panna cotta tu.
  • utk menikmati panna cotta ni di waktu petang, eloklah disediakan panna cotta ni di waktu pagi.
  • tekstur panna cotta tidak spt agar2 atau puding, ia lebih kepada dadih
SELAMAT MENCUBA! 

11 comments:

faa.rosli said...

gojess n sedap sgt nmpak..

JaSSNaNi said...

assalamualaikum naz...
meleleh tengok dragon fruit tu.. udah ler ni spesis buah yg nani suka.. :D fes ngandung.. ni lah buah pertama nani ngidam nak makan tau.. hehehe.. :)
panacota blom penah cuba.. smlm tengok dlm JJCM.. ikram makan panacota dari telor itik.. terliur plak.. nak save resepi naz ni.. kot2 rajin and ada bahan leh cuba.. thanksss shared sini..

Sue @ Nenie said...

Salam...uuuhhhhh..buat desert dipetang hari sedap ni....sejukkkk2 je meluncur kat tekak....

K.Nor said...

aishh naz.. menggoda jer dgn panna cotta.. ehh aritu buat versi kiwi fruit.. kejap jer licin 2 adunan hehe

mama sara nur said...

assalam naz
sejuk2 sedapnya...cantik kaler dragon fruit puple

ilahjy said...

salam naz..cantik rumah baru naz...nie...pana cota. lama dah tak buat, nak cikit hehe..

tun_telani said...

cantik kaler dragon fruit.. tun penah makan yg kaler putih je..

Qasey Honey said...

slm kak Nadz..
tliur la pula tgk dessert kt atas tu..
cantik betul kaler buah tu..rajin nti leh la cuba..

Melly Octaviana said...

Melly tak pernah makan nih, macam mana yah rasanya..tapi looks nice hor..

Nurnabilah Nordin said...

nampak sedap will try :) tq dor sharing

Rubby Supranto said...

Worth to try.. thanks naz..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...