Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday, 27 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H & ULANGTAHUN BLOG YANG KE 3

Sumber gambar: Blog SOP NAMA SAYA

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Walaupun agak terlewat dari orang lain, Naz tetap ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua teman yang sudi bersahabat dan berkunjung ke blog Naz yang tak seberapa ni. Mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap sekiranya ada di sepanjang persahabatan kita. 
Semoga Aidilfitri kali ini lebih mengeratkan lagi persahabatan yang terjalin antara kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Maaf zahir dan batin.

Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya dah masuk 3 tahun rupanya usia blog Naz ni. Memang tak teringat langsung dalam sibuk berhari raya. 25 Ogos 2012 hari tu melengkapkan usia blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN ini menjejak usia tiga tahun. Alahamdulillah masih lagi beernyawa blog ini walaupun kadang-kadang tu macam suam-suam kuku..heheheee..

Di kesempatan ini juga, Naz mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang masih sudi menjenguk-jenguk blog Naz yang masih banyak lagi kekurangannya ini. Teringat tujuan asal berblog ini dan masih lagi tujuan utama adalah untuk memasukkan resepi-resepi cubaan Naz untuk rujukan sendiri dan anak-anak satu masa nanti. Tak sangka pula atas landasan berblogging ini, dapat menambah sahabat dari seluruh pelosok negeri. Terima kasih atas segalanya.
Semiga semua perkara yang baik-baik itu terus berkekalan hendaknya. Insyallahh...

Sunday, 26 August 2012

KEK COKLAT KUKUS (Hanieliza): GARDEN THEME


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semua orang masih lagi dalam mood raya ye? Di kesempatan ini, Naz mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433 H kepada semua rakan taulan yang ada di luar sana. Maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap disepanjang perkenalan kita. Agak lewat ucapan ini Naz coretkan di sini. Maklumlah..tuan blog ni lama bercuti dari mengupdate blog..heheheeee...

Kek coklat kukus kak Hanieliza ni memang sudah lama dalam simpanan koleksi resepi-resepi  kek Naz. Sebelum ada blog dulu pun Naz pernah mencubanya beberapa kali kek ini. Ia juga merupakan salah satu kek coklat yang amat Naz gemari. Lembap dan lembut saja teksturnya. 

Permukaan kek tidak merekah sewaktu proses mengukus.

Kek ni dibuat untuk majlis makan-makan di rumah MIL. Kesedapan kek coklat kukus kak Hanieliza ni memang diakui oleh semua orang yang merasa kek ni di rumah MIL Naz tu. Siap ada yang terus minta resepi lagi. 


Naz kongsikan resepi kek coklat kukus kak Hanieliza ini di sini pula. Nasib baiklah kak Hanieliza tak tutup fotopagesnya walaupun telah ada blog yang baru. Senang Naz nak rujuk balik resepi-resepi kak Liza yang banyak dalam simpanan Naz yang diambil dari laman fotopagesnya tu.

KEK COKLAT KUKUS (Hanieliza)


Bahan A (ayak bersama):
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat

Bahan B:
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C (kacau rata):
4 biji telur
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:

  1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
  2. Masukkan semua bahan yang diayakkan ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yang telah diayakkan.
  4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
  5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
  6. Sejukkan dan hiaslah ikut kreativiti anda sendiri.
NOTA NAZ:
  • Naz tutup loyang kek dengan aluminium foil semasa mengukus untuk mengelakkan wap air jatuh ke atas kek. Bahagian dalam aluminium foil itu Naz sapukan sedikit majerin untuk mengelakkan kek melekat padanya sekiranya bersentuhan sewaktu mengukus.


Kek coklat kukus Hanieliza ni, Naz hiaskan dengan krim mentega resepi dari umi e di myresipi. Rasanya resepi krim mentega dari umie e ini, Anna Qawina pun pernah cuba dan syorkan pada Naz. Jadi Naz cuba google resepi krim mentega umi e ini di internet dan berjumpa juga akhirnya (asalnya cari-cari di blog Anna, tapi tak ingat post yang mana Anna gunakan resepi ni).

Memang krim mentega ini sedap dan sesuai sangat untuk melepa dan menghias sebiji kek yang besar. Kebanyakan resepi krim mentega menggunakan krimwell sebagai salah satu bahannya tetapi ada sesetengah orang tidak berapa suka dengan rasa krimwell ni. Oleh itu pada sesiapa yang mungkin kurang gemar dengan rasa krim mentega yang ada krimwell, bolehlah mencuba resepi krim mentega dari umi e ini. Insyallah tak mengecewakan.

RESEPI KRIM MENTEGA (umi e)

Bahan-bahan :
  • 250 gm butter
  • 150 gm shortening
  • 250 gm gula icing (ayak)
  • 2 tbsp susu segar ATAU susu cair (optional)

Cara-cara :
  1. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu.
  2. Setelah cream kembang, putih dan gebu masukkan susu segar ATAU susu cair sedikit demi sedikit hingga mendapat konsistensi krim mentega yang diingini. 
  3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata dan hiasalh kek anda mengikut kreativiti masing-masing.
NOTA NAZ:
  • Dalam cuaca yang panas, mungkin tidak perlu mencampurkan susu ke dalam adunan krim mentega kerana adunan telah sedang elok konsistensinya. Naz tak letak pun susu di dalam adunan.
  • Krim mentega ini menepati citarasa Naz dan pasti akan digunakan lagi di lain masa. 
Terima kasih umi e atas perkongsian resepi yang sedap ini.

SELAMAT MENCUBA!

Sunday, 12 August 2012

COFFEE SNOW ALMOND

 

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Salah satu biskut yang agak terkenal beberapa tahun kebelakangan ni bila tiba menjelangnya Aidilfitri. Ada beberapa versi resepi biskut snow almond ni. Kali ini, Naz mencuba resepi snow almond dari majalah Saji yang diketengahkan oleh umifeeza di laman myresipi.

Sedikit kelainan pada rasa snow almond ini dimana ada rasa kopi di dalam biskutnya. Naz kongsikan di sini pula resepi ini.

COFFEE SNOW ALMOND
RECIPE FROM: Majalah Saji '07
SOURCE: Ummifeeza(myresipi), Noorsha(1001 cerita 1001 rasa)
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com

BAHAN A:
  • 200gm butter
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu kecil esen kopi
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh serbuk nescafe segera (yang ni Naz tambah)
BAHAN B:
  • 220gm tepung gandum
  • 70gm tepung ubi
  • 50gm nestum - dikisar 
  • 40gm badam kisar 
  • 1 sudu besar coffeemate  
HIASAN:
  • Coklat masakan - dicairkan
  • white breadcrumb 

Cara-cara:
  1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi, serbuk nescafe dan kuning telur. Gaulkan rata.
  2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
  3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
  4. Bakar pada suhu 175 C selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
  5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
  6. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.

Bahagian dalam biskut yang rapuh.

NOTA NAZ:
  • Bila dah tambah serbuk nescafe tu, rasa biskut ni jadi lebih umpphhhh....
SELAMAT MENCUBA!

BISKUT SAMPAN NESTUM (chikadakbiru)

 

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah...berhasil juga Naz mambuat biskut sampan ni yang telah membuatkan Naz termimpi-mimpi akannya sejak kali pertama makan biskut ni dulu....ceh..ceh..cehhhh...hihihiiii...Teruk benar bunyinya. 

Terjumpa beberapa versi resepi biskut sampan ni dari internet dan Naz ambil keputusan untuk mencuba resepi yang ni dulu sebab bahan-bahan intinya tak complicated sangat. Ada nestum lak dalam tu. Wahhhh...biskut Aidilfitri Naz tahun ni kebanyakannya menggunakan nestum di dalam resepi..heheheee... Yelah, beli sebungkus kecil nestum pun, memang banyak dapatnya. Selalunya, memang jenuh gak nak menghabiskan nestum tu sebelum tarikh luputnya. Jadi Naz memang saja cari resepi-resepi biskut yang menggunakan nestum di dalam resepi. 

Resepi biskut sampan nestum ni Naz jumpa di blog chikadakbiru. Setelah belek-belek resepi biskut ni dan membuat beberapa pertanyaan kepada tuan empunya resepi, akhirnya inilah hasil biskut sampanku yang pertama. Cuma kalau nak diikutkan untuk membuat biskut ni, perlu ada petti tin yang berbentuk sampan tu tapi bila tengok harga....mak aiiiiii... boleh tahan jugak. Lagi pun Naz terfikir kalau beli untuk buat setahun sekali je biskut ni, macam tak berbaloi pula. Tapi tak taulah kan, kalau tiba-tiba nak buat bisnes jual biskut sampan ni nanti, Naz rembat jugalah petti tin tu..hehehee...**ada juga niat di situ untuk memiliki petti tin sampan tu nampaknya...heheheeee**

Jadi Naz gunakan acuan penerap biskut seperti di bawah ni untuk membuat bentuk sampan tu. 


Cuma oleh kerana biskut tu tak terletak di dalam petty tin semasa dibakar, biskut sampan Naz jadi tembam-tembam selepas masak...hhihihiiii... Adunan tu mengembang semasa dibakar. Cuba tengok gambar di bawah ni.

1. Adunan yang telah diterap bentuk sampan. Comel je..
2 Dah diisi dengan inti.
3. Telah dihias dengan ceri. Masih comel lagi..
4. Selepas dibakar...waaaaaaa...dah kembang-kembang....


Okey tak Dina?? Taklah secantik tuan empunya resepi. Kak Naz kongsikan di sini pula ye resepi yang memang terbukti kesedapannya ni. Resepi di bawah ni, adalah 1/2 daripada resepi asal dan cara penulisan resepi, telah dioleh sedikit untuk pemahaman sendiri  di lain masa. Untuk resepi asal, boleh klik pada link yang Naz sertakan di bawah.

BISKUT SAMPAN NESTUM

Bahan-bahan

250 gram mentega - pd suhu bilik
140 gram gula perang
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil essen vanilla

Bahan Kulit
40 gm tepung jagung
2 1/4 cawan rata tepung rose @ tpg gandum

Bahan Inti nestum
1/2 cawan nestum ( yang ni bole letak lebih ) tp makesure tidak terlalu pekat
3 sudu besar tepung jagung

Hiasan
Ceri hijau - belah 4
Ceri Merah - belah 4
Badam (dipanggang sederhana garing) - belah 2

Cara-cara

1. Pukul mentega bersama gula perang sehingga kembang. (gula perlu hancur, jika tidak..susah nak bawa keluar dr acuan).
2. Kemudian masukkan telur, pukul sikit lagi. Tambahkan sedikit esen vanila dan kacau.
3. Ambil 1/3 dari adunan untuk INTI. Baki adunan untuk bahagian KULITnya.
4. Untuk bahagian KULIT, masukkan tepung jagung, kacau guna senduk. kemudian masukkan sikit2 sikit tepung gandum..adun sehingga tidak melekat tangan. 
5. Kemudian utk bahagian INTI (yg 1/3 adunan tadi tu), masukkan tepung jagung dan nestum..Kacau sehingga sebati...adunan akan lembik sikit..tp jangan risau..memang mcm tuh..
6. Kemudian...amik acuan sampan(kalau takde...guna acuan tart pun bole)..letak adunan kulit tadi...bentukkan adunan agar sikit berlurah.
7. Ambil sudu kecil atau pisau ,ratakan bahagian inti nestum td dalam lurah biskut kita td...buh lebih sikit pun takpa...nanti cantik naik bila di bakar.
8. Sebelum bakar...kite deco la biskut kite td..letak laa ceri, badam..hias ikut kreativiti..sblm tuh kita panaskan suhu oven terlebih dahulu dgn suhu 170 - 180 darjah..bakar selama 20-25 minit menggunakan api bawah sajaa..sudah siapp...(Naz bakar guna api atas dan bawah untuk 10 minit terakhir).

NOTA NAZ: Memang mantoppppp biskut sampan ni.. Rasanya macam kena buat satu adunan lagi jer sebab dah nak abis dalam balang kuih tu dikerjakan Naz dan anakanda Husna setiap malam...heheheee...

SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 9 August 2012

BISKUT AISKRIM NESTUM


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Cookies ni dah berkenan nak dibuat sejak tahun lepas lagi tapi tak cukup masa nak buat masa tu. Jadi untuk  persiapan Syawal kali ini, Naz beri keutamaan dulu untuk membuat cookies yang belum pernah dibuat lagi sebelum ini contohnya seperti biskut aiskrim ni.

Ada macam-macam resepi biskut aiskrim di internet yang Naz jumpa. Di belakang kertas pembalut pencetak aiskrim pun memang telah ada resepi biskut aiskrim. Tapi Naz ambil keputusan mencuba resepi yang Naz jumpa dari MyResipi ni sebab nak gunakan nestum yang memang ada di dalam stok.


Tapi selepas mengadun dan menguli adunan, apabila nak menerap adunan dengan pencetak aiskrim tu, ada sikit masalah pada Naz. Nestum yang dalam bentuk serpihan dan kepingan-kepingan di dalam adunan tu, menyebabkan biskut yang Naz terap ni jadi merekah-rekah. Untuk itu, Naz rasa kalau nak buat lagi sekali di lain masa, Naz perlu kisar halus dulu nestum yang digunakan di dalam resepi untuk memudahkan kerja-kerja menerap adunan dan mempercepatkan lagi siap kerja Naz ni....


Jadi Naz kongsikan di sini pula resepi biskut aiskrim ni ye. Sedap juga biskut ni. Lebih-lebih lagi bila ada salutan coklat di bahagian hujung tu kan.

BISKUT AISKRIM NESTUM

Bahan-bahan:
  • 200 gm tepung gandum
  • 70 gm tepung kastad
  • 160 gm nestum (Next time, Naz perlu kisar nestum ni)
  • 75 gm gula halus
  • 180 gm butter
  • 1 biji telur
  • 1/2 tsp serbuk penaik
Bahan hiasan:
  • 250 gm coklat masakan (Cairkan secara double boiler)
  • Gula manik atau apa-apa hiasan yang sesuai

Cara-cara:
  1. Ayak tepung gandum, tepung kastad dan serbuk penaik. Kemudian satukan dengan nestum.
  2. Dalam satu mangkuk lain, putar butter dan gula hingga gebu dan warna menjadi pucat.
  3. Masukkan telur dan pukul rata.
  4. Masukkan bahan ayak dan uli hingga menjadi doh. 
  5. Canai dan terap dengan acuan bentuk aiskrim.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160 C sehingga biskut masak. Sejukkan di atas redai.
  7. Celupkan hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan dan taburkan gula hiasan di atasnya.
  8. Setelah coklat mengeras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara. 

NOTA:
  • Naz bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan dengan warna asal. Satu bahagian Naz titiskan pewarna merah dan uli rata. Satu bahagian lagi Naz titiskan pewarna hijau dan diuli rata.
  • Peringatan untuk diri sendiri: Next time, nestum tu perlu dikisar untuk memudahkan kerja-kerja menerap biskut. Susah bagi Naz nak terap biskut ni bila nestum tu dalam serpihan-serpihan yang besar. Asyik retak jer bila diterap..huhuhuuuu
SELAMAT MENCUBA!

IRISH COOKIES

 

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Irish cookies ni merupakan biskut yg tak pernah tinggal Naz membuatnya setiap kali hari raya semenjak mencubanya buat pertama kali. Campuran rasa nescafe dan nestum tu memang ummphhhh... 

Resepi pun memang dah ada di dalam blog ni. Cuma setiap kali membuatnya, Naz akan cuba mempelbagaikan penggunaan butter di dalam resepi. Kadang-kadang Naz gunakan sepenuhnya jumlah butter seperti di dalam resepi. Kadang-kadang Naz mencampurkan penggunaan butter dengan majerin di dalam resepi. Untuk kali ini, Naz menggunakan sepenuhnya majerin menggantikan butter di dalam resepi.  Hasilnya, untuk setiap biskut yang menggunakan majerin, akan menjadi lebih rangup selepas dibakar.

Untuk hiasannya pula, tidak perlu terlalu terikat kepada resepi. Boleh dipelbagaikan seperti menyapu kuning telur di atas biskut sebelum dibakar atau menambah dengan taburan manik hiasan atau pun boleh juga dipaipkan coklat masakan mengikut corak yang diingini. Boleh klik di SINI atau di SINI untuk melihat hasil sebelum ini. Naz akan tuliskan juga seklai lagi resepi biskut ni. Alaaa..bukan susah pun kan. Copy dan paste jer..heheheee...


BISKUT IRISH (IRISH COOKIES)

Bahan-bahan A :
  • 180 gm butter (Naz gantikan penggunaan butter dengan majerin)
  • 20 gm vege shortening (lelemak sayuran)
  • 130 gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 tsp serbuk nescafe classic
  • 1 tsp asen kopi/ asen vanilla/ kopi emulco
Bahan-bahan B :
  • 200 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung ubi
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 40 gm nestum atau cornflakes yang dikisar halus 
Bahan Hiasan:
  • Kuning telur untuk sapuan + sugar ball @ chocolate rice
  • Atau boleh guna coklat masakan yang dicairkan dan dilorek di atas biskut selepas biskut masak

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun. Pukul hingga sebati dan berkrim.
  2. Masukkan bahan B. Uli hingga menjadi doh. Canai dan terap menggunakan acuan pilihan anda.
  3. Sapukan kuning telur dan taburkan dengan sugar ball. 
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C  - 175 C selama 25 minit atau hingga biskut masak sepenuhnya.
  5. Sejukkan dulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

NOTA NAZ:
  • Kalau buat biskut ni, Naz suka mencampurkan penggunaan butter dengan majerin kerana akan menghasilkan biskut yang lebih rangup. 
  • Untuk hiasan biskut kali ini, Naz tidak menyapu kuning telur di atas biskut sebaliknya cuma menaburkan manik hiasan warna-warni sebelum membakar biskut.


SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 8 August 2012

BISKUT COKLAT URAI


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semua dah sibuk buat biskut raya ye? Bahang untuk menyambut Syawal semakin terasa sekarang ni kan. Makin dekat semakin sibuklah semua orang ye. Naz ni bahang nak menyambut Syawal memang dah terasa cuma bahang nak megupdate blog je yang kurang..hehehee...

Ok memang nak kurangkan membebel panjang-panjang. Jadi terus saja cerita tentang biskut ni ye. 

Biskut coklat urai ni, Naz ambil resepinya dari blog  Qasey Honey. Biskut ni penuh dengan rasa coklatnya. Kalau yang coklat-coklat ni, memang anak-anak suka.


Resepi asal biskut adalah dari majalah Rasa dan dikongsikan oleh Qasey Honey di blog beliau. Naz copy dan paste dari blog Qasey Honey. Terima kasih Qaseh. Akak kongsikan di sini pula ye.

BISKUT COKLAT URAI (Anggaran 40 – 50 biji)
RECIPE BY: Chef Jamaliah Ahmad (Majalah Rasa (Selera Syawal) Ogos 2011)

Bahan-bahan:
  • 250gm mentega
  • 140gm gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 480gm tepung gandum + tepung red rose (Naz cuma guna tepung gandum saja)
  • 50gm serbuk badam
  • 50gm serbuk koko 
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit coklat urai – untuk hiasan

Caranya:
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  2. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla.
  3. Masukkan serbuk badam, serbuk koko dan juga tepung (untuk tepung dimasukkan sedikit demi sedikit). Pukul lagi hingga menjadi adunan yang lembut. (Naz cuma uli dengan tangan hingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Tepung tu Naz tak gunakan semua. Cukup sekadar adunan telah menjadi doh yang boleh diterap).
  4. Uli adunan dan kemudian terapkan dengan acuan.
  5. Taburkan dengan corak urai di atasnya dan bakar pada suhu 175C selama 20 minit.
Info Chef: Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan biskut ke dalamnya.


SELAMAT MENCUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...