Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday, 30 April 2012

APAM DOT DOT (Resepi Mamasya)


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

"Sekejap ada, tiba-tiba tiada..". Apa jawapannya????? Itulah apam dot dot.. Sekejap ada di atas meja, tiba-tiba dah hilang dari meja... Masuk ke perut ler..heheheh

Apam dot dot ni dibuat untuk anakanda Haris bawa ke sekolah untuk jamuan sewaktu kelas Fardhu Ain nya. Teruja untuk mencuba apam dot dot resepi daripada Mamasya ni sebab resepinya menggunakan ukuran cawan. Naz memang suka sangat dengan resepi yang menggunakan ukuran cawan metrik ni. Tak perlu nak keluarkan penimbang dari almari.


Untuk intinya, Naz menggunakan inti kacang merah dan juga jem sri kaya untuk sapuan roti tu. Sebelum memulakan projek, inti kacang merah ni, Naz bulat-bulatkan menjadi bebola-bebola kecil agar mudah digunakan nanti. Manakala untuk jem sri kaya yang digunakan, Naz masukkan ke dalam beg plastik dan akan digunting hujungnya bila tiba masa untuk digunakan. 

Inti kacang merah yang dijadikan bebola kecil..

Jem sri kaya siap untuk dipaipkan..
Kalau dilihat di dalam resepi, tepung yang digunakan ialah tepung naik sendiri(self raising flour). Tapi oleh kerana tepung ni tiada dalam simpanan, Naz gunakan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik untuk menggantikannya. Nisbah penggunaan tepung gandum kepada serbuk penaik ialah - 1 cawan tepung : 2 tsp serbuk penaik. Untuk sumber rujukan ini boleh klik di SINI.

 Apam dot dot dengan inti kacang merah..

 Apam dot dot dengan inti sri kaya..

Ermm.. memang kena dengan selera Naz, memang sedap apam resepi Mamasya ni. Dulu pernah buat resepi lain tapi rasanya Naz lebih suka tekstur apam dari resepi ni. Naz kongsikan di sini pula yer. Naz oleh sedikit cara penyampaian resepi ni di bawah. Untuk melihat hasil dan resepi asal dari Mamasya, boleh klik pada link yang Naz sertakan di bawah.

APAM DOT DOT (Mamasya)
RECIPE BY : Dapur Mamasya

Bahan-bahan :
  • 2 biji telur (Naz guna yang sejuk dari peti ais)
  • 1 cawan gula 
  • 1 tsp ovallete
  • 2 tsp esen vanilla
  • 1 cawan susu segar
  • 2 cawan tepung naik sendiri /self raising flour (Naz guna 2 cawan tepung gandum + 4 tsp baking powder,  SINI rujukannya) - ayak
  • Beberapa jenis pewarna kegemaran
  • Jem atau filling kesukaan 


Cara penyediaan :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Pukul telur, gula esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.
  3. Masukkan susu segar dan gaul sebati. (Naz gaul guna mixer jer).
  4. Masukkan tepung dan sebatikan. (Naz guna mixer juga utk sebatikan).
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna kegemaran. Masukkan ke dalam piping bag atau beg plastik biasa untuk memudahkan kerja-kerja mengisi adunan ke dalam cawan kertas.
  6. Letakkan cawan kertas ke dalam acuan yang bersesuaian seperti acuan lompang atau acuan tart.
  7. Paipkan adunan ke dalam cawan kertas separuh penuh. Masukkan inti atau filling dan kemudian pancitkan lagi adunan hingga penuh. Hiaskan dot-dot di permukaan adunan tadi mengikut kreativiti masing-masing.
  8. Kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana. Balut tutup kukusan untuk mengelakkan wap air dari jatuh ke atas apam. 
NOTA NAZ :
  • Waktu mengukus bergantung juga kepada saiz apam. Naz menggunakan cawan kertas yang paling kecil yang biasa orang guna untuk buat biskut raya macam cornflakes madu tu. Waktu mengukus cuma lebih kurang 5 minit sahaja.
  • Sedap apam resepi Mamasya ni. Lembut dan masih gebu walaupun telah sejuk. 
  • Pastikan mengukus menggunakan api sederhana. Api yang kuat akan menghasilkan apam yang mekar di permukaannya (apam yang merekah). Api yang terlalu kecil pula akan menyebabkan apam bantat.
Paipkan sehingga separuh cawan kertas, masukkan inti.

 Paipkan lagi adunan hingga penuh dan menutupi inti.
Kemudian buat dot dot di permukaan adunan tadi.

SELAMAT MENCUBA!

16 comments:

Nuwairani said...

comel2 apamnya...dah lama nani tak buat apam ni,

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Naz.. Yus kalau buat apam dot2 ni memang tak guna acuan paling kecik tu, tak sanggup.... hehehe. Bagus jugakan, bulat2kan siap2 inti kacang merah tu, memang salute dgn kerajinanmu itew..

Chik Mimi said...

comei apam tu Naz suka akak tengok,akak pun sekali je dulu try masa tu belum femes dgn dot2 lagi ,dulu2 kat forum kami panggil apam comel

ijayuji said...

Salam kak naz! nak inti kaya :D leceh lerr sbb kecik2 kalau kita tuang dlm bekas mapin jerr :D cepat abis ehehehe..

Rohah said...

banyaknye Nadz mengedot..
kirim2lah kat sini..

zila norazila said...

salam naz cyang..
wahhh color meriah..bak mai sepiring..teramatlh kita suka mkn apm dot2..tp teramatlh jgk kemalasan nk mengedot..he hheee..cantik la naz..mesti cumil2 jer kan..

Ina said...

dh lama nk mcuba tp msh x buat2...bl tgk kat cni ada apam dot dot...dtg blik smngt nk bt tp bl x tau lerrrr...hahaha...

ummiaisyah said...

rajinnya akak mengedot..sy ni tak berapa nk rajin buat cumil2 camni..skrang ni trend org jual apam dotdot kt stall tepi jalan tu...comel!!

Mama3Q said...

super comel dan cute!

tun_telani said...

tun sampai skrg xde kerajinan utk wat apam dot dot ni. hehe.. mmg duk pikir2 nk wat kecik2 tu.. last2 tuang dlm loyang je. hoho

Ain Fajar said...

salam naz..hhhmmm ain suka buat apam nie, ank2 suka..sll guna resepi k.hana..bgs jg la resepi nie gn cawan je..nk try la lps nie..sblm nie ain guna tpg naik sendir cmpr dgn tpg gndm..hasilnya sgt la gebu leh thn 3 hari..

Unknown said...

salam naz...dah malam nie..ada lg ke???hehe..dua2 intinya fav asz...

Mamasya said...

Salam Naz.akak baru balik dr jln2...bercuti.buka blog terus terbang ke blog Naz ni.tk cuba resepi apam....mmg mudah resepi ni sukat guna cwn dan mmg lembut.resepi asal dr Yah kwn FP tp dia dah tutup Fpnya.
Naz,tk juga wish bday utk hero2 akak.

Unknown said...

Assalam kak, comelnya tgk apam dot dot yg pelbagai warna ni.lama saya tak mengapam..:)

Anonymous said...

assalam, akak guna gula apa ye?

Nadz Nazharzan said...

To Anonymous,

Akak guna gula pasir biasa. Nak guna gula halus/kastor pun boleh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...