Lama sungguh tak masukkan entry ke blog ni. Masa cuti sekolah dulu, tak ada peluang nak mengadap lappy sebab kena mengalah dengan anak-anak. Bila anak-anak dah mula sekolah pula dah semakin kurang masa untuk lama-lama di depan komputer. Banyak sangat urusan yang perlukan perhatian sekarang ni. Jadual waktu semakin padat pula rasanya (cehh..cehhh..ceh..alasanlah tu..hehehehe..).
Walaupun begitu, memang rindu sangat nak berblogging. Rindu nak merapu dengan kawan-kawan di fb. Tapi tak berkesempatan lagi. Rindu nak menulis resepi di sini, rindu juga nak mengedit gambar-gambar masakan di dalam komputer, rindu nak jalan-jalan ke dapur cyber kawan-kawan. Yelah, kalau boleh semua perkara nak dibuat. Tapi apakan daya. Ada kekangan yang membatasi.
Okeylah, terus saja kepada resepi. Bistik ayam ni dibuat untuk santapan anak-anak dan hubby. Makan dengan nasi putih jer. Tapi memang sedap! Kuahnya Naz buat pekat-pekat. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi yang berperisa seperti nasi minyak, nasi beriyani atau pun mungkin nasi hujan panas.
Bahan-bahan perap :
- 1/2 ekor ayam (lebih kurang 5-6 ketul)
- 3-4 sudu besar sos lada hitam (apa-apa jenama pun tak pe) ATAU 2 sudu kecil lada hitam biji (ditumbuk)
- 2 sudu besar tepung gandum
** Ayam dibersihkan, dibasuh dan ditoskan hingga kering. Gaul ayam dengan tepung gandum dan sos lada hitam atau lada hitam biji yang ditumbuk. Perap di dalam peti sejuk selama 30 minit.
Bahan-bahan tumis :
- 4 ulas bawang merah - tumbuk
- 3 ulas bawang putih - tumbuk
- 1 inci halia - tumbuk
- 1 labu bawang besar - dimayang bulat
- 2 inci kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 2 biji buah pelaga
- 2 sudu besar majerin
Bahan-bahan lain :
- 2 biji kentang - dikupas dan dibelah 6
- 2 sudu kecil lada hitam biji - ditumbuk
- 2 biji cili hijau - dihiris
- 3 sudu besar puri tomato
- 2 sudu besar kicap masin
- 4 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos cili
- 1 cawan air (250 ml)
- 2 biji buah tomato - dibelah 4
- Sedikit kacang pis (optional)
- Sedikit daun sup untuk hiasan (optional)
- Garam dan gula secukup rasa
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng kentang hingga masak dan kekuningan. Ketepikan.
- Goreng pula ayam yang telah diperap tadi hingga 3/4 masak. Tak perlu garing. Angkat dan ketepikan.
- Kurangkan minyak menggoreng tadi sekadar cukup untuk menumis. Masukkan majerin dan biar hingga cair. Kemudian tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau dan garing.
- Masukkan lada hitam tumbuk, puri tomato, kicap masin, kacap manis dan sos cili. Kacau rata. Masukkan air.
- Masukkan ayam goreng dan kentang goreng tadi. Biar hingga kuah mendidih dan pekat seperti yang diingini. Kacau sesekali biar rata. Perasakan garam dan gulanya.
- Masukkan lada hijau hiris, buah tomato dan kacang pis. Biar seketika agar kacang pis dan buah tomato sedikit empuk.
- Tutup api dan hidangkan. Hiaskan dengan daun sup sekiranya suka.
SELAMAT MENCUBA!
14 comments:
salam kakak cantek..sedapnye bistik ayammm ni..suke suke suke..klo dpt 1/2 ekor yg k naz watkn laaagiii suke..hihihi
Assalamualaikum Naz,
sihat ke?? Rindunya ngan Naz,hilang timbul gitu...tapi tk apa ya bukan ilang terus...
wah sedapnya nampak ayam bistik tu...kak nur masuk list dulu ya...thks for sharing dik!!
salam kak naz ^^ finally mengapdate jugak =) mama pun pernah masak bistik ayam, tp versi lain.. kalau mama tun, isi ayam tu mama bebola kan. sedap! nmpk kak naz nyer versi pun sedap jugak ^^
Hai Naz,
sedap nampak ayam bistik tu,siap dengan nasinya sekali... ni dah siap bersila ni, dah cuci tangan pun...nak makan dah Naz!
kak naz.....
rasanya mas pernah buat sekali bistik ayam ni...
memang best...
terliur lagi nengok bistik ayam resepi akak ni....,
boleh cuba la nanti...
salam kak naz..tengok ayam bistik akak ni teringat telur bistik yg selalu duk jual kat kedai tomyam tu..hehehe..lamanya tak makan...huhuhu
assalam kak, sedapnya tgk lauk bistik ni kak...lum pernah msk gini lagi.harus dicuba ni:)
Sedap ni naz...membuka selera...:)
salam Naz,lapar lak k.atie dtg mlm2 bila tgk bistik ayam nie...
As'salam Naz
Alahhh..sedapnya bistik ayam ni, selalunya k.ct makan daging jer. Tup2 Naz bagi resipi ayam..memangan ditunggu dah ni. sesuai dengan selera anak2 bujang k.ct yang gemar sangat akan ayam.
k.ct nak cuba mesti sedap ni, terliur2 dah tekak akak pagi2 ni Naz..amik resipi ya. Terima kasih Naz comel...hehehe
kecik comel juga Naz ni ya..tengok kat blog Nor secubit garam..hehehe. Eh..betul kan Naz tu, takut salah orang pulak..hahaha
Assalamualaikum naz cayang..
sedapnya tgk ayam bistik tu naz.. lom perna lg cuba resipi nie.. nak cuba juga nanti...
masa duk kat negara singa dulu... selalu beli bistik daging kambing atau lembu..tak pernah pulak rasa bistik ayam
mesti sedap kan..ni kena cuba ni...
Hey K'Naz..Look yummy bistik ayam nya,makan dengan nasi hangat memang sedapp..
btw ..salam kenal dari melly. follower no.697
Salam ziarah...
Post a Comment