Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday, 30 January 2012

AYAM MASAK MERAH SERAI


Assallamualaikkum dan salam sejahtera.

Semoga semua pengunjung sihat sejahtera hendaknya. Lama betul tuan rumah COSK bercuti. Cuti sakan sampai tak sempat langsung buka blog apalagi nak update..hehehehe..

Ok, menu di bawah ni amat sesuai dimakan bersama nasi putih atau pun nasi yang berperisa. Naz memang suka rasa serai dalam masakan. Jadi ayam masak merah ni ada penggunaan serai dalam resepinya. 


AYAM MASAK MERAH SERAI

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (6 - 7 ketul) - dibersihkan dan gaul dengan garam dan kunyit
  • 2 biji kentang - dikupas dan dibelah 6
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 sudu besar puri tomato
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 labu bawang besar - dimayang bulat
  • 1/2 cawan kacang pis dari tin
  • 2 biji buah tomato - dibelah 4 atau 6
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak
  • 1 sudu besar majerin


Bahan-bahan kisar :
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 4-6 sudu besar cili kering kisar

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang hingga masak dan ketepikan.
  2. Goreng pula ayam yang telah dikunyitkan tadi hingga masak dan ketepikan.
  3. Tinggalkan sikit minyak bekas menggoreng di dalam kuali. Masukkan 1 sudu besar majerin dan biarkan cair.
  4. Tumis kulit kayu manis, buang lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan juga serai yang dititik hingga naik bau.
  5. Masukkan bahan-bahan kisar dan juga bawang besar yang telah dimayang. Biar hingga garing.
  6. Masukkan puri tomato, sos tomato dan sos cili. Gaul sebati. 
  7. Rasakan garam dan gulanya. Masukkan kentang goreng dan juga ayam goreng. Gaul sebati hingga ayam dan kentang disaluti sambal.
  8. Akhirnya masukkan buah tomato dan kacang pis. Biar dalam seminit dan bolehlah ditutup api dapur.
SELAMAT MENCUBA!

13 comments:

Melly Octaviana said...

hmm look yummy, mesti try juga nih. btw yesterday i made ur bistik ayam..so yummy..thanks yah for sharing the recipe.. ;)

tun_telani said...

salam kak naz ^^ aritu tun pergi KK 6hari =) kt seminggu jugak x berapdate blog tu. hehe.. lauk feveret tun, ayam masak merah ^^ tun pun kdg2 letak serai, sedap!

Unknown said...

Waalaikumusalam Kak Naz.. Ya buat masa nie masih lagi menjadi seorang pelajar.. hehe.. Ermm xde laa tinggal kat KB btl2 tapi kalau nak ikutkan dekat ngan Kubang Kerian lagi iaitu Kg. Pasir Hor...
:)

Mas said...

perh..sedapnya tengok ayam tu kak...
rasa macam nak makan nasi lagi jerk..he3

Ummi Alesya Sofea said...

fuhhhh...mmg bt perut ni rsr lapar secara tiba2.

EmbunRosaliza said...

Assalam Naz, anak2 mesti suka ayam kaler merah mcm ni, mesti laju mkn n bertambah2, menarik ayam merah serai tu naz, akk pun lama cuti2 n3 heheh, malas yg lebih

Liza said...

salam kak naz...resepi ni sama ngan resepi arwah ma buat ayam masak merah ni...sedap kan kak...

mawar merah said...

kegemaran anak2 akk ayam masak merah ni Naz.Terliur tgk..Rupa2nya kita sama ya Naz, apa pun pengalaman yg berharga kan. Klu nk ikut hati sebenarnya separuh semangatku dah terbang dibawa pergi. X pe kuatkan hati.Naz ada, leh kongsi perasaan.

Anna Qawina said...

kak..nak nasik..lauk 4 ketul tau..

Nuwairani said...

nampak macam ayam masak merah yang org selalu hidang masa kenduri kawen tu...tp nk buat macam tu x jadi la.. ini dh rupa iras2 ayam tu je...

cik cek said...

Naz....emmmm...amat menggoda menu ayam serai ni...:)

Unknown said...

assalam kak Naz..saya dtng pakai cermin mata hitam ni...ekekeke samalah kak saya pun lama tak bw dan update blog.cuti lama malas tul nk update..dapur pun cuti terus..hehe

sedapnya tgk ayam akak ni..lapar lak perut mlmx2 singgah sini kak..:)

quinnie said...

uiii sedapnya kak naz...saya ayam masak merah ni memang fav..berkali2 makan kalau masak lauk ni...hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...