Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday, 6 September 2011

SNOW ALMOND


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ni sebenarnya entry yang tertangguh. Baru ada masa nak masukkan ke dalam blog. Resepi biskut Snow Almond yang dikira meletop dan mendapat sambutan. Resepi ini diambil dari blog kak Wan.


Sebenarnya, beberapa tahun lepas, Naz pernah copy resepi Biskut Snow Almond yang diambil dari blog maklang Azie. Resepi tu asalnya dari majalah Saji. Ada sedikit kelainan resepi tu berbanding resepi biskut Snow Almond dari blog kak Wan ni. Cuma tak berkesempatan lagi nak mencuba resepi yang diambil dari blog maklang Azie tu. 



BISKUT SNOW ALMOND
Sumber Resepi : Kak Wan
Sumber Rujukan : Kak Yatie

Bahan A 
  • 260 gm butter
  • 150 gm gula caster
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 50 gm serbuk badam
Bahan B
  • 300 gm tepung Red Rose (kalau takde ganti tepung gandum pun boleh)
  • 50 gm tepung kastard
  • 50 gm susu tepung
  • 40 gm tepung jagung
Bahan Hiasan
  • Coklat masakan - cairkan cara double boiler
  • Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut
Cara- Cara
  1. Pukul bahan A hingga berkrim
  2. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
  3. Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
  4. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
  5. Sejukkan biskut atas redai
  6. Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
  7. Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
  8. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!

9 comments:

tun_telani said...

memang sedap betul snow almond nihh ^^ tun mkn yg kak noorsha kasi tu je, x buat sendiri pun. hihi...
ps: plan asal nk balik kelantan sabtu lepas, pastu duk pk2 nk gi beraya umah kak naz gak. tp mama tepon ckp traffic jam dgn teruknya smp kereta x gerak2. terus cancel. huhu

kakwan said...

salam Naz, slmt hari raye ,, K1 pun dh try snow almond mklang,, resipi x sama tpi dua2 pun sedapp.. salam kenal Kakwan

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum naz..
tgk biskut nie.. mmg teringin nak buat gak nnt.. Insyaallah... mmg dah lama tergodaaa tp x sempat buat lg.. huhuu... nampak sgt sedap tu naz...

Unknown said...

Naz, biskut ni la yg cik abe kita puji2 sedap, akak kena buat ni....ambik resipi ye!

Rima Dania said...

dulu ada g kelas buat kuih...nama biskutnya pun snow jugak...tapi snow strawberry hehe

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum😊..nak tnya resepi snow almond ni xperlu letak telor ke?

Unknown said...

Assalamualaikum😊..nak tnya resepi snow almond ni xperlu letak telor ke?

Unknown said...

Assalamualaikum..nk tnya reseli snow almong ni xlerlu letak telor ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...