Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 8 January 2014

AYAM MASAK MERAH TOMATO


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ayam masak merah yang memang menjadi kegemaran anak-anak di rumah ni. Boleh digandingkan dengan nasi putih atau pun nasi berperisa. Sedap juga dimakan bersama nasi impit. 

Nadz kalau buat ayam masak merah ni, sambal cilinya memang banyak. Kadang-kadang tenggelam ayam tu. Sebab anak-anak Nadz suka makan sambalnya tu; dengan syarat sambal tu tahap kepedasannya boleh diterima oleh lidah merekalah. 

Okey, mari kita lihat resepi yang simple ini.

AYAM MASAK MERAH TOMATO


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
1 labu bawang besar-dimayang
1 biji kentang
10 biji tomato cherry
2 sudu besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Sekikit air sekiranya perlu
Minyak 



Bahan kisar:

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 - 1 cawan cili kering kisar
2 biji buah tomato



Cara penyediaan:
  1. Ayam dipotong ikut suka, dibasuh dan ditoskan. Kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit.
  2. Kupas kulit kentang dab cuci. Kemudian potong kiub kentang tersebut. 
  3. Paaskan minyak, goreng kentang. Angkat dan toskan. Kemudian goreng pula ayam yang telah dikunyitkan. Angkat dan toskan.
  4. Tinggalkan baki minyak menggoreng tadi secukupnya untuk menumis. Tumis bahan tumis hingga garing atau naik minyak. Masukkan bawang besar dan sos tomato. Perasakan garam dan gulanya.
  5. Masukkan kentang goreng dan juga ayam goreng. Gaul sebati. Jika ingin sedikit basah, masukkan sedikit air. Biar hingga menggelegak. 
  6. Masukkan pula buah tomato cherry. Gaul rata.
  7. Tutup api apabila telah berpuas hati dengan rasanya. Sedia untuk dihidang.



SELAMAT MENCUBA!

4 comments:

izahdaut said...

kelaparannn tengok lauk kak naz.. sedap tu tomato golek2 :)

Evelyn Gemina said...

Assalam kak naz....selalu buat ayam masak merah guna readymix saja, best juga kalau made from scratch kan, pasti lagi sedap..tq 4 d recipe, muahhh.....

cinta said...

gambar tu sungguh menggiurkan..

Rohah said...

Gandingan ngan Nasi putih panas2...mantop sudah..nikmat tau..hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...