Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday, 2 January 2014

AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Yuhuuuuu... Buat agar-agar aka puding pula kali ni. 

First time buat dulu masa bulan puasa tahun lepas. Yelah time tu kan resepi ni tengah meletup betul macam bunga api dan mercun yang meletup-letup di dada langit pada malam tahun baru hari tu..eh..ye ker??? I tak tengok pun kay.. Ni cakap je sebab biasanya memang macam tu kan... Oppssss..nak tambah lagi. Resepi ni juga pemes bila Dato' Ct Norhaliza pun mencubanya dan gambar puding tu di (muat naik..er ke muat turun ek?) di instagram beliau.. Maka pemeslah puding oreo ni dan berebut-rebutlah semua orang inginkan resepinya... Kalau tak percaya boleh baca di SINI.

Ni saja nak tunjuk lapisan kedua yang ada letak biskut oreo tu.. Terliur tak?? Kalau terliur, sila lap bibir anda sendiri..heheee..

Malaslah nak membebel panjang-panjang. Lagi pun ramai yang dah mencubanya dan rata-rata kata sedaplah, marvelouslah, menggiurkanlah, mengancamlah, tak boleh berhenti menyuap dan mengunyahlah, apa lagi ek...hahaaa... Jadi mari kita tengok resepi je terus. Resepi asal yang dicipta dan dikongsikan oleh AlongRoz dari Home Kreation-Kitchen Corner.

Ni gambar keratan rentas puding oreo lapis vico...Yerlah..betullah tu korang tak salah baca. Memang Nadz guna Vico sbb yang tu je yang ada di rumah ni..

AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO
Recipe by: AlongRoz

BAHAN2:

1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo (I used Vico)
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis


CARA-CARA:

  1. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn  ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
  4. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
  5. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  6.  Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.


TIPS UNTUK MELAPIS:

  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak melekat.
  • Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.


Peweiittt...cantik tak puding oreo mak jemah...heheheee...


SELAMAT MENCUBA!

3 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Memang menggoda Nadz terpaksa ambil tuala lap air liur... Perghh
kena Cuba jugak ni ;)

Sweet red cherry said...

salam..

memang cantik dan mengancam betul la agar-agar tu..lapisan pun nampak cantik..terliur..terliur..heheh..

Rohah said...

terliur la naz..dah lama teringinnya...oreo asyik jd chipsmore jerr..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...