Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Hohooo...keluar tiramisu pula...
(**Adehhh...cam ne lah dietku nak berjalan dengan tenang dan aman....hu..huu..huuuu**).
Actually resepi tiramisu dari Chef Arm ini dah lama sangat disimpan sejak awal tahun hari tu. Cuma time tu mood membaking tak ada sebab morning sickness yang menyebabkan tuan bahan sangatlahhhhh malas kay!
So kebetulan masa bawa anak-anak berjalan-jalan sempena cuti sekolah baru-baru ni, anakanda Husna minta belikan sepotong kek tiramisu yang dia ternampak di sebuah kedai bakery. Makkkk aiiiii... Sepotong kecik je pun dah RM5++. Yelah Nadz memang jarang sangat beli kek-kek dari kedai samada sebiji kek atau pun sepotong je. Tu yang terkojut den tengok harganya. Serious kecik je kay. Lebih kurang kalau makan untuk orang dewasa tu, 2 kali suap je dah licin. Tu kalau dimakan dengan sopan kay. Kalau dimakan dengan gelojoh, confirm sekali suap je dah licin...heheheee...
Jadi bila balik ke rumah, projekkanlah kek tiramisu resepi dari Chef Arm ni yang agak simple sebab anak-anak ni dah bising-bising asyik tanya je bila ummi nak buat tiramisu. Tak puas makanlah tu sebab beli pun sepotong kecil je ari tu. Dapatlah 7-8 bekas gelas macam dalam gambar tu. Itupun sebab Nadz gantikan penggunaan sponge finger di dalam resepi dengan biskut merie so lapisan biskut tu nipis je. Kalau guna sponge finger kan tebal, jadi mesti boleh dapat lagi banyak kek ni.
Anak-anak memang puas hati betullah dapat makan kek ni. Saja tanya anakanda Haris yang memang penggemar makanan berasakan cheese ni, mana lagi sedap? Kek hari tu ke atau tiramisu yang ummi buat ni. Haris jawap, "Kek hari tu sedap, tapi yang ummi buat ni laggggiiiiii sedapppp...". Hohooo...suka hati I tau! Terima kasih Chef Arm atas perkongsian resepinya. Nadz kongsikan di sini pula untuk sesiapa yang nak mencuba yer.
TIRAMISU.
Recipe by: Chef Arm (through facebook)
Tried by: Nadz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan : -
200g Krim Putar
250g Krim Keju
30ml Susu Segar
5 Sudu Besar Gula Halus
180ml Air ( Dicampur Dengan 1 Sudu Teh Serbuk Kopi Segera )
1 Sudu Besar Serbuk Koko
30g Parutan Coklat
20 Keping Biskut Span ( Khas Untuk Membuat Tiramisu )
(Yg ni I gantikan dengan biskut merie)
Sedikit Strawberi ( Untuk Hiasan )
Cara Penyediaannya : -
1. Pukul krim hingga kental dan ketepikan.
2. Putar krim keju hingga lembut.
3. masukkan susu dan gula serta putar lagi hingga adunan menjadi ringan.
4. Campurkan krim putar & krim keju dan dikacau rata.
5. Celup biskut di dalam kopi dan susun beberapa keping ke dalam mangkuk kaca.
6. Ratakan separuh campuran krim.
7. Ayak serbuk koko diatasnya
8. Celup biskut lagi di dalam air kopi, susun dan tutup dengan baki krim.
9. Akhir sekali ayak serbuk koko dan taburkan coklat.
10. Tutup dan biarkan di dalam peti sejuk selama 4 jam.
11. Hiaskan dengan buah strawberi dan siap untuk dihidangkan.
Ni gambar keratan rentas kek ni bila dah digali. Nampak tak lapisan biskut merie yang berselang seli dengan lapisan cream cheese nya??? Makan sejuk-sejuk memang nikmat oooo.... |
SELAMAT MENCUBA!
4 comments:
Telan air liur..opkos nak buat sblm pantang..harusss...
Biasa saya pon guna marie base utk tiramisu..sbb sekut span tu xde halal kan..hehe
salam kak..
memang telan air liur la tengok tiramisu tu..apalagi time lapar2 macam ni..
Salam kak nadz.. dh lama xbuat tiramisu. mmg buat sendiri baru berbaloi2 makan.. tp fikir byk2 kali jugak nk buat kan, takut baji seluar semua mengecik nnti. hihi
lama akak tak buat tiramisu ,boleh try version ni pulak
Post a Comment