ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani... Hiiii...lama lak cuti berblogging. Anak-anak dah mulakan cuti sekolah. Umminya pula dah mulakan cuti ..hehehe..
Kek kastad pandan ini Naz buat untuk makan-makan di rumah sebab anak-anak memang suka kek kastad ni. Dulu buatkan KEK LAPIS KASTAD KELADI. Memang berebut-rebut nak rasa. Yang si kecil Hani tu pun tak nak ketinggalan meminta bahagian untuk dirinya...So memang ternyatalah sedap kek kastad ni pada tekak orang di rumah Naz ni.
Kek ni Naz cuma salut bahagian tepinya dengan kelapa parut kering saja. Sebelum itu, Naz sapukan di keliling tepi kek tu dengan non-dairy whipping cream yang telah dipukul kental yang memang ada di dalam freezer rumah ni. Biar senang kelapa tu melekat nanti.
Untuk resepi, Naz masih menggunakan resepi dari page Jom Masak (facebook) sebab suka dengan rasa dan cara penyediaannya yang mudah tu. Kek ni rasanya sedang-sedang manis saja. Just nice pada Naz. Jadi terima kasih sekali lagi pada admin Jom Masak yang berkongsi resepi ini.
KEK KASTAD PANDAN
Recipe by; Page Jom Masak (facebook)
Tried by: Naz @ovenkecil.blogspot.com
KEK SPAN PANDAN
Bahan-bahan:
- 150 gm tepung gandum- ayak
- 1 tsp baking powder- ayak
- 5 biji telur gred B
- 100 gm gula kastor
- 1 tsp ovallete
- 50 ml susu segar/ susu cair
- 1 tsp esen vanilla
- Perisa pandan dan pewarna hijau
- 50 ml minyak masak
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
- Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
- Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
- Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
- Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
- Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.
KASTAD PANDAN
Bahan-bahan:
- 1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
- 1 cawan gula kastor
- 10 gm serbuk agar-agar
- 100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
- Secubit garam
- Perisa pandan dan pewarna hijau(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
- Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.
CARA MELAPIS KEK KASTAD
- Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
- Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
- Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
- Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.
- Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
- Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
- Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
- Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.
NOTA & TIPS NAZ:
- Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa melapis kek dengan kastad akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang, kemungkinan adunan kastad akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata kastad pada kek.
- Tapi, jangan khuatir... Kalau lihat kastad di dalam periuk tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan kacau kejap di atas api dapur. Nanti kastad tu akan cair semula. So bolehlah terus menyambung kerja-kerja melapis kek anda.
SELAMAT MENCUBA!
20 comments:
salam Naz,
amboi...dah 2 kali buat ye..kita dah imagine kek ni sedap, tapi tunggu Q insyaAllah...
best ni naz akak pun dah lama tak melapis ,naz bako keknya selapis selapis @ naz potong nampak kemas
Cantiknya rupa kek Naz ni,tq berkongsi resepi.
hmmm...terasa nyaman mata memandang....rajin k.naz ni tau
Assalam Naz.. Teringin jugak nk mencuba tp bilakahhh..
assalamualaikum naz... naz sihat? bizi ngan anak2 rupanya.. biasa la.. anak2 cuti sekolah.. sama je ngan nani ni.. tapi bizi2 pun anak2 kena la tinggal kat rumah.. mamanye kuar keje.. pulang petang.. kang mama belek anak2 balik.. ehehehe.. :)
nani print resepi ni.. nak wat kek pandan rasanya.. sbb kek ni leh simpan dlm peti ais lama sket kan.... sbb dia pun makan sejuk kan..
wating Q nak buat versi ni sbb selalu buat sapu ngan frseh cream & garnish/hiasangan kelapa..hai bila la angin R akan datang
selamat pg Naz
akak penah skali try he he sedap kan kek ni, rasa kastad tu buat emm yummy
pastu kek spannya pun lembut
cantiklah naz letak taburan kelapa kering tu
salam Naz
nampak ngancam kaler hijo tu pasni kena buat jugak ni mesti sedap akak suka hijauuuu menarikk
naz.. tahniahhhhh!!!..
dah ada 1000 follower tu.. :)
salam naz..ni la kek yg nk sgt k.atie buat tp blm ada seru nak buat2 lagi :)
Tumpang mkn kat sini jer..blh?
Kemas sggh potongan kek tu kak, wrnanya pun cntik :-)
salam sis .......... cantik banget.
GD belum sampai seru.. doakan yer...hahahah
hai kak..sedap kek tu..rasa mcm nk try je buat..fav kek ni..husband pun ska mkn..tp tkt x mnjdi syg nnt...kalau x letak ovallete tu x blh k?? sy x prnh buat kek...
Hai angel lling,
Sis, mula2 buat pun risau juga khuatir tak menjadi. Berapa lama study tentang kek ni sebelum cuba membuatnya. Tapi ok...Nasib baik jadi walaupun kali pertama cuba dulu. Trylah..
Ocallete tu untuk menggebukan kek span. Mmg kalau kek span ada letak ovallete.
wah...da lama cari resepi ni...husband suka sangat makan...asik suh cari je resepi kek ni..tapi mcm take time jek..hukhuk..
takpe...kita nak permudahkan..jeng jeng..nak try buat..doakan kita eh..pki pemanggang ajaib agak2 menjadi tak? mls tol nk kuarkan oven...hukhuk
Salam Kak
Cantik2 kek kastard yg Akak buat. Nampak sungguh menyelerakan.
Boleh kongsi resepi kek kastard bandung juga please?
Ingin sekali cuba. Nak order tapi saya menetap di Singapura.
Email saya (lady_norin@hotmail.com)
Terima kasih daun keladi. :)
Salam kak...
Cantiknya kek kastard ni..Menyelerakan... Pernah makan kek ni dulu kat rumah kawan memang sedap sangat...
Harap sgt menjadi resepi ni.
ada x versi kukus?
Post a Comment