Hihihihiiii...mesti pening kan baca ucapan atas kek tu. Syawal pun dah nak sampai ke penghujung, tiba-tiba lak ada ucapan selamat menyambut Ramadan. Ini kek yang tak sempat dibuat entrynya sebelum bulan puasa hari tu. Kek durian ni asalnya Naz buat untuk memenuhi permintaan dan juga tempahan seorang rakan fb, Adilla sempena menyambut bulan Ramadan yang lalu. Memang sebelum ni Naz tak pernah mencuba membuat kek span yang dilapisi dengan krim durian di bahagian tengahnya. So this is an opportunity for me to try making this fabulous cake.
Cari-cari resepi, jumpalah beberapa jenis kek durian. Tapi akhirnya Naz buat keputusan untuk mencuba resepi kek durian dari dapur cyber kakak doktor ni. Kek yang di atas tu, tempahan dari Adilla. Cukup lama dah tempahan tu, baru sekarang nak update ke dalam blog..hehehee.. Tempahannya pada minggu terakhir sebelum Ramadan.
Terima kasih Adilla atas tempahan. Sila abaikan tulisan tangan Naz yang teruk itu ye. Masih perlu diperbaiki lagi. Memang lebih mudah menulis di atas kertas sebenarnya...heheheeee...
Haaa... kek ini pula adalah kek durian yang Naz buat untuk makan-makan sendiri di rumah. Deco pun cincai-cincai je. Tapi rasa kek memang marvelous. Terima kasih kak Ina berkongsi resepi. Naz simpan lak resepi ni di sini. Minta dihalalkan ye!
RECIPE BY: Inahar's cooking time
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
Kek Span Vanilla
Bahan-bahan:
- 150 gm tepung superfine (Naz guna tepung gandum)
- 150 gm gula kastor
- 5 biji telur A
- 1 sudu besar ovalette
- 80 ml jus oren (Naz ikut kak Ina ganti susu segar)
- 80 ml minyak / mentega cair
- 1 sudu teh serbuk penaik
- Sedikit pewarna kuning - optional
Cara-cara:
- Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun).
- Perlahankan kelajuan dan masukkan jus dan sedikit pewarna kuning. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama seminit atau sehingga aduan kek benar-benar ringan.
- Tuangkan minyak/ mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
- Sediakan tin pembakar bulat atau segi empat berukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
- Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
- Bila sejuk boleh hias ikut suka.
Resipi durian cream filling
Bahan-bahan:
- 250 gm whipped/fresh cream
- 200 gm isi durian (Naz guna 300 gm isi durian)
- 1/2 tsp gelatin (Naz guna 1 tsp halal gelatin)
- 2 tbsp air
- 2 tbsp gula kastor (ni Naz tambah sendiri-adjustlah kalau durian dah cukup manis tak perlu)
Cara-cara:
- Pukul whipping cream sampai bertanduk.
- Kemudian campurkan isi durian yang telah dilenyek.
- Gelatin dicampur air dan dipanaskan dlm microwave sebentar. Kacau hingga larut. (Naz campurkan gelatan dengan air panas dan kacau hingga larut. Gula pun Naz masukkan dan larutkan bersama).
- Akhir sekali campurkan larutan gelatin tadi ke dlm krim durian. Kacau rata dan ketepikan.
Untuk hiasan
- 300 gm whipped/fresh cream- dipukul kental
Cara menyusun kek:
- Kek span dipotong 3 lapis kemudian lapiskan dgn durian filling di setiap lapisan kek.
- Sapu whipped/fresh cream yg telah dipukul kental di keseluruhan kek tadi dan hias ikut suka.
- Sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang sejam sebelum di hidang.
SELAMAT MENCUBA!
14 comments:
Salam kak naz.. hehe.. tu la, tun pun kompius jap nengok selamat menyambut ramadhan tu. hihi...
hebat2.. mat saleh xleh makan kek ni, nnti pengsan. hihi
Assalam Naz, sedapnya kek ada perisa surian ni, cantik sangat dh deco naz tu, kalo akk tak tau jd mcm mana
salam k naz..cantek n smooth deco akak..cun cun cun :)
perghh cunnye deco kek naz tuh..nk minta sure dh abiss kan..hehe! pepun thnx for trying out the recipe..i loiike!
Salamkak nazzzzzzz!!!! Tgk gmbr atas kita tak berapa nk mkn, SEKALIIII tgk gmbr yg di potong tuuuuu, fulamakkkkkk siyessss nk rasa itu jamjugak huhu... Kita mmg cair betul klu tgk kekyg dah di potong gitu dgn seleten krim dia tuuuu sedapppnyaaaaa!!! Dah lah kita ni antu durian :D kak naz kita 31 tahun kak ^ ^, da masuk usia separuh tua ehehe...
Tun, tergelak baca komen tun tang mat salleh tu ehehe...
assalam Naz...aduh...tergoda sungguh tgk kek ni? mana nk carik doyan ni?? huhuhu
halah lambat lah datang.kalo tau ada dutian cake memang melly datang rumah..deconya cantik,rasanya pasti enak..slurrp
slm Kak Nadz cyg...mmg pelik gak tgk ucapan atas kek yg ats skali tu..hehehe...
kek yg kt bwh tu pon cantik deconye...walaupon cincai2 yer..tp deconye mnarik n kemas...kalau x cincai cmne la yer rupanye tu..mesti lg cantik tu..
naz,deco cantik..syg nk potong klu dh lawa2 camtu..uiitss mcm nk rasa jer spotong naz:)
Assalamualaikum Naz Sayang :D
Cantiknya Kek Ni...Perasa durian pulak tu mmg Fav Kak Lin..
Kak Lin dah byk kali pergi ke blog Naz ni...oleh kerana line internet tak ok...asyik berpatah balik jer...sbb malas nak tunggu lama...hari ni dapatlah Kak Lin tinggalkan komen utk Naz...
Note: Terima kasih diatas teguran tarikh pembedahan Kak Sapura yg Kak Lin tersilap taip.. Terima kasih sayang! Muaaahhhh <3
aslmkum naz.. aduhai naz rajin nya mdeco2 kek.. kalau akk jadi kek cicah durian jer naz.. hahahaha
Aslmkum Naz.sebelum nak puji kek durian ni nampak yummy ,nak puji kek span Naz itu...elok jadinya..akk kalau buat kek span tak jadi elok gini.kemas dan cantik Naz deko kek...dahlah kek durian pasti yummy....
re; mmg seronok kalau dpt jiran2 yg baik dan mesrakan..
Alhamdulillah akak dah cuba resepi ni memang sedap adunan sedap lembut cair di mulut kena dgn tekak keluarga dan jiran kita brkongsi resepi terimakasih naz kerana berkongsi resepi step godak adunan tu yg penting 👍
Post a Comment