Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Friday, 4 May 2012

PISANG SIRA GULA HANGUS



ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Salam di pagi Jumaat untuk semua. Semoga penghulu segala hari ini membawa penuh keberkatan kepada kita semua..Insyallah..

Resepi pisang sira lagi. Dua minggu lepas Naz ada masukkan entry pisang sira juga. Resepi yang sama cuba tang gulanya tu je yang berbeza sikit cara penggunaannya. Untuk resepi pisang sira yang terdahulu, air gulanya Naz cuma titiskan setitik pewarna kuning untuk mendapatkan warna dan untuk menambah seri. Pada resepi kali ini, gula tu Naz jadikan gula hangus dulu sebelum dicampurkan dengan air dan juga pisang untuk mendapatkan sedikit warna perang pada air gulanya.

Sedikit gula pasir dimasukkan ke dalam periuk.

Gula pasir tadi yang telah menjadi caramel atau gula hangus.

Potongan pisang bersama bunga cengkih dan bunga lawang dimasukkan ke dalam periuk.

Pisang sira yang telah siap dimasak^_^

Guna mana-mana cara pun boleh. Kalau nak senang tak perlu buat gula hangus. Masak air gula biasa jer. Kalau rajin bolehlah buat gula hangus dulu seperti resepi di bawah.


PISANG SIRA GULA HANGUS
BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan :
  • 5 biji pisang nangka
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 helai daun pandan


Cara menyediakannya :
  1. Masukkan 3-4 sudu besar gula (ambil daripada jumlah gula yang perlu digunakan di atas) ke dalam periuk. Di atas api perlahan, cairkan gula ini menjadi gula hangus. Apabila gula telah perang, masukkan air dan biar gula larut sepenuhnya. 
  2. Seterusnya masukkan baki gula dan daun pandan. Besarkan api dapur dan biar hingga menggelegak dan gula larut sepenuhnya.
  3. Sementara itu kupas kulit pisang dan belah pisang kepada dua bahagian memanjang.
  4. Kecilkan api dapur. Masukkan pisang bersama bunga cengkih dan bunga lawang.  
  5. Tutup periuk dengan tudungnya dan reneh sehingga pisang empuk (sekejap je tau! Lebih kurang 1-2 minit je). Tutup api. Boleh dihidang pada suhu bilik atau boleh disejukkan dahulu di dalam peti ais sebelum dinikmati.
Sebenarnya resepi pisang sira ni, tak ada yang standart. Ianya bergantung kepada citarasa masing-masing. Kalau suka makan pisang sira dengan air gulanya yang banyak, tambahkan lagi air dan juga gulanya. Kalau suka air gulanya sedikit likat, perlulah lebihkan gula..(*jangan jadikan kebiasaan tau! Nanti kena diabetes pula).

Kalau part bahan rempah tu, iaitu bunga cengkih dan bunga lawang, boleh adjust ikut selera masing-masing juga. Mungkin ada orang yang suka bau rempah-rempah ni. Ada juga yang lebih suka menikmati pisang sira yang plain jer tanpa bau dari bunga cengkih dan juga bunga lawang tu. Jadi adjustlah sama ada nak letak banyak atau sikit bunga-bunga tu atau tak nak letak langsung pun buleh. Apa-apa pun, tepuk dada, tanya selera. Ok bye!

SELAMAT MENCUBA!

3 comments:

Chik Mimi said...

dulu2 kalau mak akak buat ni tak pernah ghase nak makan ,sekarang ni bila dah berumo macam sedap la pulak hehehee

tun_telani said...

morning kak naz! buat gula hangus dulu baru sedap! ^^ biasa tun nunggu mama tun je buat nih. xpernah buat sendiri.

Nuridah said...

Assalamualaikum Naz cayang,

waduh pisang bersiram air gula...arwah mak kak Nur suka buat ini dulu....anak nya aja tk pernah...haha...sedap erk Naz...lagi sedap kalau kak Nur dpt sepinggan tu...waduh bertambah manis muka akak nanti...hehehe...berangan gitu!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...