Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 9 May 2012

KEK LAPIS CHEESE PESONA : Birthday anakanda Haris dan Hani

 

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan peluang untuk meneruskan coretan resepi di dalam jurnal resepiku ini. Bersawang-sawang dah blog ni..hehehehe..

Ok, kek yang amat terkenal dan ramai yang telah mencubanya. Hasil idea kreatif dari Ryo, jejaka yang gemar dan pandai memasak. Tahniah Ryo! Adakah bakat ini turun temurun atau kerana mempunyai genetik yang sama dengan kekandanya Hasue yang teror juga dalam dunia masakan. hehehe.. 


Abang Haris dan adik Hani...

Kek ni Naz buat sempena hari lahir anakanda Mohd. Haris yang ke 11 tahun pada 6 Mei lepas dan hari lahir anakanda Maisarah Hani yang ke 2 tahun pada 10 Mei...esok daaaa.. (2 dalam 1 la kiranya ni). Walaupun Hani bukannya makan sangat pun kek ni. Yang banyak makan kek ni dah tentulah Haris yang always gemarkan apa-apa yang berasaskan keju. Naz pun makan juga kek ni tapi baru 2 potong jer tau! hehehe...Sebab sedap sangat, tu yang kontrol nafsu takut makan berlebihan mengalahkan birthday boy..hahahaha...


Ok, resepi tentulah diambil dari rumah tuan punya resepi asal. Oleh kerana ramai sangat yang dah membuatnya, jadi Naz terus je cari resepi ni dari blog Ryo. Cuma cara penulisannya Naz oleh sedikit untuk pemahaman dan rujukan Naz di lain masa. Minta halal ye Ryo!


KEK LAPIS CHEESE PESONA
RECIPE BY : Ryo Azhar
TRIED & TESTED BY : Nadz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan : (Loyang saiz 9"X9") Naz guna loyang 7'X7'

A :
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat, lebih kurang 600 gm (ryo guna jenama LEE) 
  • 500 ml susu segar, dipanaskan - suam aje yer
B :
  • 500 gm krim keju (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar - Naz guna non dairy whipping cream
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 Tbsp susu tepung - ni Naz tambah sendiri

Caranya :
  1. Bahan B: Satukan krim keju dan gula halus. Pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit. Jangan sampai adunan terlalu cair. Masukkan susu tepung.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati. Ketepikan.
  4. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper. Naz guna aluminium foil.
  5. Panaskan susu segar (bahan A) seketika. Padam api.
  6. Ambil sekeping biskut dan celup ke dalam susu (suam-suam panas). Terus susun ke dalam bekas. (celup 1 saat je tau!)
  7. Kemudian sapukan adunan keju di atasnya. Ratakan.
  8. Ulang langkah melapis biskut dan menyapu lapisan cheese hingga habis semua adunan cheese digunakan. Lapisan cheese perlu di atas sekali sebagai lapisan terakhir.
  9. Kisar baki biskut dan taburkan dengan cara menapis serbuk biskut itu di atas lapisan cheese. (Kalau pakai jenama LEE, boleh ramaskan dalam penapis tu, jadi serbuklah ia). Naz kisar beberapa keping biskut bersama 1 tsp serbuk nescafe. Kemudian tapis rata ke atas lapisan cheese.
  10. Tekan-tekan sikit permukaan kek. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 6 jam sebelum dipotong dan dinikmati.

 NOTA NAZ : Two tumbs up!!

SELAMAT MENCUBA!

14 comments:

Anonymous said...

aduhaiiii sedapnya kek..nk mintk 1 slice bleh..nk membaking xpndai2 lgi..

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Naz...alamak selalu goda akak..nie...mesti nak kena cuba jugalah siap pakai biskut marie lagi. I LIKE

Mas said...

Assalamualaikum kak naz cayang...
wahhh..kek ni memang antara yg terbaikk...
memang sedappp...
happy birthday buat haris dan maisarah...

tun_telani said...

happy birthday haris dan maisarah hani ^^ moga jd anak yg soleh dan solehah =)
sedap kek!! aunty nk gi kongsi makan kek jugak lah..

Rohah said...

alahai..kawan2 asyik panaskan oven buat kek, sy ni ntah bila nak manjadi keknya..sedap ni..masuk list juga tp tunggu jelah serunya..

asyifamustaffa said...

Salam Kak Naz,
cntiknya lapisan akak...
sy punya x secantik ini...huhuhu....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Naz, memang sedap kek ni. Aku tak cayalah kau makan dua potong jer, kan.. kan... hehehe

Mamasya said...

Happy belated bday buat Haris dan happy bday buat Hani.moga sihat ceria dan membesar jadi anak yg berjaya.kek lapis cheese...yummuu...buat terliur nengoknya....

RYOVZHVR said...

Hehee..terima kasih kak....cantek lapisan kek tu ya.hehe..tq sbb sudi singgah blog ryo yg x brapa nak update tu.hihi

Ain Fajar said...

salam, cantik je kek lapis naz, ain pun br buat jg tapi ain gabungkan dgn coklat, amik dr dapur izah daut mmg sedap sgt..oh ye happy beday tok ank2 naz semoga jadi insan soleh dan solehah dunia akhirat.

Unknown said...

Assalam kak,sedapnya tgk dan memang sedap pun kek ni.pernah buat juga dulu setgh adunan jer tak sempat nak posing gambar dh abis..nk kena buat lagi nanti.

happy belated buat Haris dan Hani semoga membesar menjadi anak yang baik..amin:)

Qasey Honey said...

asslm Kak Naz...sori lmbt spi ke sini...ucapan happy besday utk kedua2 anak akak tu yer...

sedapnye tgk kek lapis pesona tu..mmg mepersonakan

hana said...

giler sodap mende alah niH! eeee geram aku!

Nur-nba said...

Sedapnya melihat kek ni..

Happy Belated Birthday buat Haris dan Hani.. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah..Amin:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...