Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 16 November 2011

CHEESE TART


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Tart keju dengan pelbagai filling/inti ni, Naz buat masa hari raya haji yang lalu. Bagi sikit pada jiran sebelah rumah dan selebihnya dibawa balik ke kampung. Budak-budak memang suka tart ni.

Yang ini dengan filling blueberry dan strawberry.

Yang ini pula dengan filling peanut butter.


Kali ini tart dibuat menggunakan resepi pastry dari Alex Goh yang memang dah lama ada dalam simpanan. Untuk filling kejunya masih menggunakan resepi dari kak Azita Zain. Memang sedap gabungan keduanya.

Tart tanpa sebarang filling sebab Haris request nak yang plain cheese tart sedikit.

CHEESE TART
(a) PASTRY/ TART SHELL/ CRUST
Resepi Oleh : Alex Goh
Disediakan Oleh : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan :
[A]
  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula icing
  • 1/4 tsp esen vanilla
[B]
  • 1 biji telur
[C]
  • 420 gm tepung
  • 1 Tbsp susu tepung
Cara penyediaan :
  1. Putar [A] hingga lembut. Masukkan [B] dan terus memukul hingga gebu dan berkrim.
  2. Masukkan [C] dan gaul hingga mendapat doh yang lembut dan licin.
  3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tart dan kemaskan bahagian dalamnya. Potong lebihan doh di tepi-tepi acuan dengan pisau.
  4. Cucuk dasar tart dengan garfu.
  5. Bakar di dalam oven pada suhu 170 C selama 12 - 15 minit atau hingga doh menjadi keperangan.
  6. Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk dahulu sebelum digunakan atau sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

 (b) CREAM CHEESE FILLING


Bahan-bahan :
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 1/2 sudu teh asen vanilla/ asen lemon
Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan **filling/inti  ke dalam kulit tat (jangan sampai penuh sebab nak pancitkan cream cheese pula lepas ni).
  4. Tuang atau pancitkan (jika menggunakan piping bag) cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
**Inti atau filling cheese tart = strawberry, blueberry, kiwi, oren, coklat, peanut butter dll.

SELAMAT MENCUBA!

17 comments:

Liza said...

salam naz...akak nk tanya telur yg naz guna utk buat tat shell tu gred C jugak yer...
dah lama akan teringin nk buat, tp xterbuat2....hihihi

Chik Mimi said...

ghajennyalah Naz,akak pun guna pastry alex goh ,filling kak ita ,cantik hasil kerja tangan Naz

Cendana Kasih said...

waaa....lawanyer cis tart... saya kalo buat crust dia mmg guna respi alex goh ni..dapat pun banyak...

tun_telani said...

kak naz cayang.. tun rasa bila dh stat buat cistat ni xleh berenti buat ye.. hihi.. tun tunggu balik semenanjung dulu br blh buat. nk beli acuan dia. kt bintulu xde pulak. tun jumpa acuan egg tart je.

cik cek said...

Resepi buat cheese tart ni dah lama ada dalam simpanan..tgk sume org dok buat...comey2...berhajat ...teringin...cuma seru je lum sampai2...bak sikit lah ngan Naz...ada lagi ke...:D

Qhaifa Nur said...

suka simpan dalam peti ais, lagi sejuk lagi best...

ibundo said...

sedap naz. bundo kopi resepi.tq

dZana said...

akk paling malas nk buat shellnya.. huuu.. walaupun akk suke mkn .. boleh ambilan tempahan ni naz .. cantik n kemas jer..

Nurul said...

K Naz,
sedapppnya cheese tart nih... nurul teringin juga nak buat, tapi x terbuat2 lagi.. biasa beli jer..
Simpan resepi dulu lah yer, kalau ader kelapangan nanti leh la jgk try...:)

Unknown said...

wahh rajinnya akak ni buat cis tart...cantik kejadiannya kak..nieza kalau buat tak mau jadi kembung gitula kak...tak tau apa silapnya...kena buat byk kali lagila kot.:)

quinnie said...

rajinnya kak...saya tak pernah cuba lagi buat tart..tah bila nak beli acu dia tu...hehehe

anymz said...

dah berzaman akak tak buat cheese tart ni naz..lain kali akak nak try resepi dari naz ni pulak...dah dekat dua tahun akak tak buat ni rasa2nya..

Juwita Jamaludin said...

comel sedapnya.. ita suka sangat cheese tart tapi tak leh makan banyak nanti takut dacing rosak pplak.. hihihih

Ayu said...

Assalam naz,
cantik tart naz, ni..suka akak tengok..tak pernah lagi buat jenis2 tart ni kat rumah...kalau ada keramaian boleh buat ni..sebab kat rumah akak my kids not really into tarts ler..

Unknown said...

cute je nmpk cis tat ni..nmpk sdap je cme nk tnye gna krim chese jenama ape ek..tatura ke phily...tuk dptkn tart ygcntik cmni..tq

Nadz Nazharzan said...

To Ruzaimah Ima:
Guna mana2 jenama krim cheese pun boleh sis. Selalu sis guna phil atau tartura. Ikut stok mana yang ada di rumah. Tapi yg ni rasanya guna tartura masa tu.

Unknown said...

Semangat Ku semakin meluap2 nak buat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...