Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Sunday, 20 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Salam untuk semua teman-teman blogger dan pengunjung blog ini. Selamat hari raya diucapkan kepada semua. Ampun dan maaf dipinta andai ada kesilapan yang dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.. Maklumlah sebagai hambaNYA di muka bumi ini, kita tidak akan terlepas dari melakukan sebarang kesilapan.

Maaf juga kepada pengunjung blog ini kerana sekian lama tiada up date dari blog ini.. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana kesihatan Naz yang tidak begitu mengizinkan. Insyallah, semakin baik kesihatan ini, akan Naz kemaskini dapur di blog ini..

Tuesday, 8 September 2009

TART NENAS GULUNG


Ini resepi tart nenas yang biasa Naz guna semenjak first time membuat tart nenas di zaman anak dara dulu. Resepi ni dapat dari buku koleksi resepi mak di kampung.. Jadi pada siapa yang ingin mencubanya, lihat resepi di bawah ini..

TART NENAS GULUNG
By : Naz @ovenkecil.blogspot.com
Sumber: My mom

Bahan Doh :

2 1/2 cawan tepung gandum }

1/2 cawan tepung jagung } ayak bersama

1/2 tsp baking powder }

1/2 cawan susu tepung

1/4 cawan gula kastor

250 gm butter

1 biji kuning telur

1 tsp esen vanilla


Cara :

1. Butter + telur + gula + asen vanilla --> beat till fluffy.

2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan uli.

3. Gunakan acuan tart jenis tekan. Masukkan sedikit doh dan tekan memanjang. Isikan dengan sedikit jem nenas dan gulung.

4. Sapukan sedikit kuning telur di atas tart yang telah siap digulung.

5. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.

Bahan jem nenas :

1 biji buah nenas

4 kuntum bunga cengkih

8 biji gula batu (optional)

Gula pasir secukupnya (ikut kemanisan yang dikehendaki)

1 biji limau kasturi - diperah jusnya (optional)


Cara :

1. Potong buah nenas kecil-kecil. Blend hingga lumat(tak perlu tambah air).

2. Masukkan ke dalam periuk(seeloknya non stick pan) bersama gula batu dan bunga cengkih.

3. Bila agak kering, masukkan gula secukupnya dan perahkan jus limau kasturi agar jem tahan lama.

4. Sejukkan dan boleh digunakan atau disimpan di dalam peti ais.


Monday, 7 September 2009

TEMPAHAN DARI SEORANG SAHABAT


Ni Irish cookies sebanyak 100 pcs tempahan dari seorang sahabat di Bukit Jalil.. Naz tayang di sini sebab biskut ni dah pun diambil oleh wakil sahabat Naz ni semalam.. Terima kasih ye Hanie sebab dari jauh menempah biskut nie.. Hanie nie adalah rakan sekerja Naz masa bertugas di Bukit Jalil dulu.. Harap Hanie berpuas hati dengan cookies tu..

PUDING CARAMEL LAPIS COKLAT


Puding caramel lapis coklat ini merupakan hidangan pencuci mulut. Resepi asal dapat dari dapur kak Hanieliza, chef siber yg terkenal tu... Kepada penggemar puding, mesti cuba puding nie sebab rasanya memang sedap. Apalagi kalau dimakan setelah disejukkan..
Bahan A :
1 tin susu cair
5 TBSP gula pasir
3 biji telur saiz A
1 tsp asen vanilla
Bahan B :
1 tin susu cair
5 TBSP gula pasir
3 biji telur saiz A
4 TBSP serbuk koko atau 1 tsp serbuk nescafe + 1 tsp coklat paste
Bahan C :
2 TBSP gula [hanguskan] atau 2 TBSP madu
Cara :
1. Kacau bahan A dan bahan B dalam bekas yang berasingan. Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Masukkan gula hangus atau madu ke dalam loyang 8 x 8 inci.
4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus hingga masak.
5. Kemudian masukkan pula 1/2 cawan adunan bahan B dan kukus hingga masak.
6. Ulang langkah 4 & 5 hingga selesai adunan digunakan.
7. Setelah siap, sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.
Naz cuma buat 1/2 adunan saja dan guna loyang bulat 6.5 inci. Have a very good taste & texture.. Jamu kawan-kawan.. They like it..


RENDANG KERANG

Selalu kita makan rendang ayam atau daging kan.. Kali ni kita masak rendang kerang pulak. Sedap bila dimakan dengan nasi yang masih panas..



Bahan-bahan :
1 kg kerang [direbus dan diambil isinya]
1 biji kelapa [2 cawan santan pekat]
Daun limau purut [dikoyakkan]
Daun kunyit [dihiris halus]
Garam

Bahan mesin :
20 tangkai cili kering [sesuaikan ikut kepedasan yg dikehendaki]
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 batang serai
3 sm halia
3 sm lengkuas
2 sm kunyit hidup

Cara :
1. Masukkan santan, daun limau purut dan bahan mesin ke dalam kuali.
2. Kacau sekali sekala dan biarkan hingga agak kering dan naik minyak.
3. Masukkan isi kerang dan daun kunyit. Rasakan garamnya.
4. Biarkan seketika tetapi jangan terlalu lama kerana kerang akan liat.

Friday, 4 September 2009

NASI GORENG TOM YAM SEA FOOD

Bahan-bahan:
2 cawan nasi putih
4 ekor sotong sederhana besar (bersihkan & potong kecil)
3 - 4 ekor udang segar (bersihkan)
Carrot (potong ikut suka)
1 biji tomato (belah 6)
4 helai daun limau purut (dikoyakkan)
4 biji cili padi -diketuk (nak pedas, tambah lagi)
1 labu bawang besar (hiris)

4 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah* (* ditumbuk)
2 TBSP udang kering*
2 batang serai (hiris)*
2 TBSP pes tom yam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk, bawang besar dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan udang dan sotong. Biar seketika.
  3. Masukkan pes tom yam, carrot dan daun limau purut. Kacau rata.
  4. Masukkan nasi dan buah tomato. Kacau rata dan rasakan garamnya.
  5. Hidangkan bersama sebiji telur mata kerbau.

KASTAD JAGUNG/ PUDING JAGUNG

Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastad
4 cawan santan
3/4 cawan gula pasir
1 tin creamed corn
Secubit garam

Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sekata hingga tepung larut.
  2. Letakkan periuk di atas dapur dan masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau adunan hingga kelihatan likat dan berkilat. Tutup api.
  3. Tuang ke dalam loyang atau apa-apa acuan dan biarkan kastad mengeras.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...