Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Friday, September 4, 2009

NASI GORENG TOM YAM SEA FOOD

Bahan-bahan:
2 cawan nasi putih
4 ekor sotong sederhana besar (bersihkan & potong kecil)
3 - 4 ekor udang segar (bersihkan)
Carrot (potong ikut suka)
1 biji tomato (belah 6)
4 helai daun limau purut (dikoyakkan)
4 biji cili padi -diketuk (nak pedas, tambah lagi)
1 labu bawang besar (hiris)

4 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah* (* ditumbuk)
2 TBSP udang kering*
2 batang serai (hiris)*
2 TBSP pes tom yam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk, bawang besar dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan udang dan sotong. Biar seketika.
  3. Masukkan pes tom yam, carrot dan daun limau purut. Kacau rata.
  4. Masukkan nasi dan buah tomato. Kacau rata dan rasakan garamnya.
  5. Hidangkan bersama sebiji telur mata kerbau.

2 comments:

MamaFaMi said...

Tahniah Naz dah ada 'dapur cyber'. Mesti lepas ni tambah rajin memasak dan tambah rajin mengambil gambar ye.. syabas... Tak pe pun kalau terkial-kial. Mula-mula memang macam tu, nanti dah expert, laju je la....

Nadzrah MS said...

Tq ye Mama sebab sudi jengah dapur baru Naz yg serba kekurangan ni.. Anyway niat nk ada dapur cyber sendiri mmg dah ada sejak Mama tanya dululah, ada ke tak link.. Cuma masa tu tak confident lagi.. Mcm mana pun bnyk lagi yg perlu Naz pelajari..Tq again sbb jadi pendorong secara tidak langsung pada Naz..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...