Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Thursday, 27 August 2009

RAINBOW MARBLE PUDDING

Resepi asal adalah dari Sis Blackmore. Cuma Naz buat 1/2 adunan je dan ubah suai sikit mengikut bahan-bahan yang ada di dapur.

Bahan-bahan:

1 bungkus serbuk agar-agar (naz guna yang 10 gm)
675 ml air
225 gm gula pasir
65 gm mentega
4 biji telur saiz sederhana
200 ml susu cair
1 sudu makan tepung kastad
1/2 sudu teh asen vanilla
Pewarna merah, kuning dan hijau

Cara-cara:
  1. Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula sehingga mendidih dan larut. Tutup api.
  2. Pukul telur menggunakan whisker.
  3. Kemudian masukkan susu cair dan tepung kastad. Gaul rata agar tidak berketul-ketul. Tapis masuk ke dalam luratan agar-agar tadi.
  4. Masak semula adunan sehingga mendidih atas api sederhana. Tutup api dan masukkan mentega dan asen vanilla. Kacau rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan titiskan dengan pewarna yang berlainan setiap adunan dan kacau rata.
  6. Sendengkan loyang dan masukkan sesenduk adunan merah, diikuti dengan adunan hijau dan adunan merah berselang-seli sehingga adunan habis.
  7. Kemudian, letakkan adunan pada kedudukan yang betul dan biarkan adunan mengeras atau boleh dimasukkan ke dalam peti ais.
  8. Apabila puding telah mengeras, bolehlah dipotong dan dihidangkan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...