Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Saturday, 29 August 2009

KARI KETAM TUMIS DARAT


Bahan-bahan :
6 - 8 ekor ketam
4 biji bawang merah*
3 biji bawang putih* (* ditumbuk)
1 inci halia*
1 keping asam gelugor
4 sudu besar rempah kari
4 cawan air
2 cawan pati santan
Garam
Hirisan nenas

Bahan tumis :
3 biji bawang merah(hiris)
3 biji bawang putih(hiris)
6 tangkai cili kering(dipotong dua)
Daun kari
2 sudu besar rempah halba campuran
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Masukkan ketam, bahan tumbuk, air dan rempah kari ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan santan, asam gelugur dan garam. Biarkan mendidih.
  3. Sementara itu tumis bahan tumis hingga garing di dalam periuk/ kuali lain.
  4. Apabila garing, masukkan ke dalam masakan ketam tadi.
  5. Masukkan hirisan nenas.
  6. Kacau, rasa garamnya dan tutup api.
  7. Bolehlah dihidang dengan nasi panas atau diratah sahaja...




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...