Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Saturday, 29 August 2009

APPLE COOKIES


Resepi asal dapat dari koleksi resepidiana.

Antara kuih raya yang mendapat sambutan dan tempahan hebat masa Naz jual dulu. 

Bahan-bahan Doh :
  • 225 gm butter
  • 75 gm gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 300 gm tepung gandum
  • 90 gm tepung jagung
  • 15 gm susu tepung
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 1 sudu teh emplex
Cara-cara :
  1. Pukul butter dengan telur hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan asen vanilla dan pukul lagi lagi hingga kembang dan sebati.
  3. Masukkan susu tepung, tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Uli hingga sebati dan terap.
  4. Letakkan/ sapukan topping dan bakar selama 20 - 30 minit pada suhu 180'C.

Bahan-bahan Topping :
  • 30 gm putih telur
  • 150 gm gula icing
  • 1 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • Pewarna pilihan
Bahan Topping :
10 gm putih telur
50 gm gula icing
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh asen vanilla
Pewarna pilihan
Cara-cara :
  1. Pukul putih telur dan gula icing sehingga bertanduk(pekat). Masukkan tepung jagung dan asen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
  2. Letak pewarna ikut kegemaran dan sapukan ke atas biskut.

    SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...