Masya Allah, lama betul blog ni tak dimasukkan sebarang entry. Hari ini cuba merajinkan diri untuk tidak membiarkan blog ini terus ketandusan resepi.
Nadz nak kongsikan resepi Kek Marble oleh Wendy Kor yang Nadz ambil resepinya dari blog CMG.
Kawan-kawan bolehlah mencubanya untuk menambah lagi koleksi resepi kek marble. Alhamdulillah, kek ini amat kena dengan tekak Nadz. Lembut, lembap dan manisnya pun sedang-sedang elok saja.
KEK MARBLE WENDY KOR
Oleh: Nadz @ovenkecil.blogspot.com
Sumber: CMG from Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)
240 g unsalted butter
10 g ovallate
4 biji telur gred A
220 g gula halus
240 g tepung halus (boleh guna tepung gandum)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
60 ml susu segar
1 camca teh esevn vanilla
20 g serbuk koko
20 ml air suam
Secubit garam (tak perlu garam jika guna "salted butter")
240 g unsalted butter
10 g ovallate
4 biji telur gred A
220 g gula halus
240 g tepung halus (boleh guna tepung gandum)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
60 ml susu segar
1 camca teh esevn vanilla
20 g serbuk koko
20 ml air suam
Secubit garam (tak perlu garam jika guna "salted butter")
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek dengan sedikit mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak (jika guna bund pan, sapu mentega rata2 pada bahagian dalam tin kek dan tabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung). Ketepikan.
- Putar mentega dan ovallate hingga rata, masukkan gula halus dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak masa untuk sebiji telur ialah 1 minit.
- Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar hingga habis, masukkan esen vanilla, putar rata.
- Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu dibiarkan kosong dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan air suam, gaul rata.
- Sudu kan adunan kosong berselang seli dengan adunan koko, buat hingga siap. Gunakan pisau atau chopstick, buat beberapa pusingan. Bakar 50 - 60 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2.
NOTA NADZ:
- Stok susu segar habis masa buat kek ni. Jadi Nadz tukar kepada 60ml air suam + 1 sudu teh susu pekat manis.
- Nadz kurangkan gula menjadi 200gm sahaja.
SELAMAT MENCUBA!
8 comments:
npak gebu dan moist kek marble ni..
cantik sangat kek marble kak nadz tu..
Nk sekeping bolehhh...:o)
wah naz, buat sy tergoda dgn moistnya kek ni...hati dah berbunga2 ni..heeehe
Nadz...lamanya tak buat kek marble. Macam dipanggil2 suruh buat..hehe
salam kak nadz.. singgah sebentar mencedok resepi kek marbel..
Salam..singgah sini tengok resepi
Loyang berapa inci di gunakan?
Post a Comment