ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Nadz ni nama jer tinggal di Kelantan tapi inilah pertama kali membuat Ayam Percik Versi Kelantan ni. Nadz buat ayam percik ni semasa cuti sekolah yang lalu semasa BBQ di rumah mak di Melaka. SIL yang request untuk makan ayam percik versi kelantan ni. Katanya nak yg kuahnya tu warna putih.
Alhamdulillah... Memang kena betul resepi dengan selera adik-beradik, ipar duai serta semua anak-anak masing-masing. Budak-budak memanglah suka sangat sebab kuah percik Kelantan ni tak pedas langsung. Rasanya yang lemak-lemak tu dengan sedikit rasa manis memang suka sangatlah kanak-kanak menikmatinya.
Okey, resepi Nadz ambil dari blog kak Jie Jie yang memang pakar dalam bidang masakan. Nadz kongsikan di sini pula ye kak Jie Jie.
Inilah rupa kuah ayam percik yang telah siap. |
AYAM PERCIK KELANTAN
Recipe by: Kak Jie Jie
Tried by: Nadz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan:
- 3 ketul dada ayam
- 4 cawan santan pekat
- 1 keping asam keping
- sedikit bancuhan tepung jagung( untuk segera pekatkan kuah-tapi lebih sedap kuah pekat sendiri tanpa bantuan tepung jagung)
- Garam secukupnya
- Sedikit gula( kuah ni manis sedikit aje)
Bahan kisar:
- 2 inci halia
- 4 batang serai-dihiris halus baru dikisar.(kalau dititik pun boleh)
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih.
Bahan untuk rebusan ayam:
- 3 ulas bawang putih-dititik
- 1 inci halia- dihiris-hiris
- Sedikit garam
- 1 keping asam keping.
- Air secukupnya.
Cara-cara:
- Ayam direbus separuh masak dengan bahan-bahan rebusan dan toskan (Nadz kukus 1/2 masak).
- Dalam kuali, masak santan, bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih.
- Sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul-ketul.
- Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau sehingga kuah pekat. (Untuk cepat memekatkan kuah, masukkan sedikit bancuhan jagung.)
- Apabila sudah cantik kuahnya (berkilat sikit) angkat dan ketepikan.
Cara membakar:
- Ayam yang direbus separuh masak dibakar dengan api yang sederhana.
- Balik-balikkan ayam dan lumur ayam dengan kuah percik tadi sehingga ayam masak dan mesra dengan kuah tadi.
- Apabila menghidang, tuangkan sebahagian kuah ke atas ayam bakar tadi. Siap untuk dimakan.
SELAMAT MENCUBA!