Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday 6 November 2012

CHOCOLATE CHEESE TART


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga hari yang ceria terus ceria buat kita semua hendaknya..Insyallah. Rasa macam terkejar-kejar sikit sekarang ni dek kerana kesibukan yang ntah apa-apa..hehehe.. So singkatkan perbualan dan bebelan. Terus saja kepada resepi ye.

Resepi crust tart atau shell tart ni dikongsi oleh seseorang di laman facebook Kongsi Resepi. Tak dapat dijejaki pemilik asal resepi ni sebab setelah ramai yang mencuba dan berjaya membuatnya, nama pemilik asal resepi ini semakin tenggelam bila setiap posting di wall fb Kongsi Resepi itu tidak dinyatakan sekali nama pemiliknya. Macam Naz sendiri mengambil resepi ini dari blog Anna. Jadi sejarah resepi ni pun Naz tau setakat ini je dari blog beliau. Walau bagaimanapun, terima kasih yang tidak terhingga kepada pemilik asal resepi ini dan semoga dimurahkan rezeki atas keikhlasan berkongsi ilmu. 

CRUST/ TART SHELL
Recipe by: Laman fb Kongsi Resepi
Source: Anna Qawina

Bahan-bahan:
  • 250 gm mentega Buttercup
  • 120 gm gula icing
  • 2 biji telur gred B
  • 480 gm tepung gandum (kalau lembik tambah lagi tepung sikit demi sikit)
Cara-cara :
  1. Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  2. Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  3. Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  5. Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  6. Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  7. Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
NOTA ANA: 
  • Untuk mendapatkan crust yang cantik & elok pada pemerhatian Ana, simpan doh dalam peti sejuk untuk 1/2 jam kemudian baru diterap, kemudian, sebelum dibakar, masukkan dulu adunan doh yang dah siap diterap dalam peti ais sambil2 panaskan oven tu, kemudian bakar, ON kan kipas oven jika ada, InsyaAllah pastri anda akan cantik & lebih elok.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara. 
  • ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
  • Pastikan acuan tidak basah.

Untuk filling kejunya, Naz menggunakan resepi yang dah biasa dibuat iaitu resepi dari kak Azita Zain. Terima kasih sekali lagi ye kak kerana berkongsi resepi ini.

CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan : 
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 1/2 sudu teh asen vanilla/ asen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang atau pancitkan (jika menggunakan piping bag) cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Untuk inti atau filling di bawah cream cheese tu, Naz letak chocolate ganache yang sangat simple sangat resepinya. Nak guna resepi lain pun boleh. 

COKLAT GANACHE
  • 200 gm coklat masakan  
  • 100 ml susu cair ATAU 150 ml whipping cream 
  • 1tsp butter



Cara-cara : 

  1. Doubler boiler susu ATAU whipping cream bersama coklat masakan.
  2. Dah agak mencair coklat tu tutup api sambil terus mengacau hingga larut semua coklat.
  3. Masukkan butter, kacau sebati.
  4. Biarkan seketika baru digunakan. 

NOTA NAZ:

  • Untuk digunakan sebagai filling, simpan chocolate ganache di dalam peti ais biar ia kental. So senang bila nak dipaip atau nak disudukan ke dalam tart shell.
SELAMAT MENCUBA!

19 comments:

zila norazila said...

salam naz,
zila x pernah rasa lg yg versi camne..nampak sedappp..harusss dicuba nie:)

LiNa_Pg said...

assalam naz, cantik n sedap cis tat naz ni.kak lina tak pass lagi ngan tart selalu wat asyik keras jer crust dia tu huhu..terus pangkah

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam Naz...

Pepagi ni dah tayang kuih yang canteekk.. udah tergoda pula akak nak mencubanya... boleh buat besday anak buah akak nanti..

p/s Naz nak tak laichikang rumpai laut tu, call akak nanti ye :D

Anna Qawina said...

rajin ngetat...ngehehe...
kak..kita mmg boh peti kjp bg likat..kalo cair meleh lak comot kn..

Anna Qawina said...

rajin ngetat...ngehehe...
kak..kita mmg boh peti kjp bg likat..kalo cair meleh lak comot kn..

Mas said...

mengancammmmmm....
mas pun baru lepas buat shell mlm tadi..he3

Mas Sani said...

akk... mas dtg bwk tuppawere nk mintak tart cokelat tu...nk mintak byk2 tau hihihi

JaSSNaNi said...

assalamualaikum naz..
tudia.. meleleh coklat ganache tu.. terliur tengok... nani biasa gak wat.. tapi blom penah wat lagi yg filing coklat ganache... anak2 kalau tak letak filing lagi depa suka.. :D
:) tak tau bile datang mood nak membaking plak ni.. malas tak abis2 je ni..

Chik Mimi said...

Assalam Naz sihat ke? ermm lamanya akak tak buat tart ,yg malas nak buat tart shellnya tu hehee

Rohah said...

wow, sedap ni Naz, kita suka, ni pun tunggu masa nak buat..Q panjang dulu..

ucubakery said...

as salam naz....

mak aiiii...dlm sibuk yg ntah apa2 tu pun sempat lagi buat cheese tart...hebat2...
kalau ucu pulak..yg dimaksudkan sibuk ntah ape2 tu...sah2 le ucu tidurrrr....

gambar naz yg besar yg amat tu boleh buatkn ucu fengsan sbb hanya dpt telan air liur jer...kalau berjiran rasa2 nak bagi ucu 12 ketul tak......hihihi...

Unknown said...

salam Naz..
akak pun rasa nk fengsan jugak tengok smua gambar tu aduii pasti tak lama akak pun nk try jugak ni

Ain Fajar said...

Wah nmpk sedap Sgt nmpknya ni.nk cuba jg la nnt.

Qasey Honey said...

slm Kak Nadz...
mbuak2 coklat tu kuar dr cistat tu...xthn tgk ni...bak mai 3 ketuii...

mama sara nur @ Cik Nor said...

betul Naz meleleh tgk ni, nk lg bercoklat fuhhh memang la sedap kan
dgn rupanya yg cun nk je akak ambik seketul dua he he

rahel said...

Wallaa...meleleh coklatnya....uuuuuu
Oh ya,mekasih unyuk resepi kek red velvet...enak banget...

Ayu said...

Assalam Naz,
wah..so far tart2 macam ni tak pernah buat sendiri..pernah beli duluu kat kedai...yalah dulu mana tahu masak2, baking2 ni semua..main beli ajelah..hehe

Nuridah said...

Naz,

Cakkkk...hehe...akak sampai sini pulak..hehe...
adat berblog begitu la Naz..apa2 pun Allah saja yg memberi ganjaranya pd puan yg sudi berkongsi resepi tu...akak pun nk masuk list dulu...hehe..thks fr sharing dear!

ibundo said...

nampak yang meleleh tu yang tak tahan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...