Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Sunday, 26 August 2012

KEK COKLAT KUKUS (Hanieliza): GARDEN THEME


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semua orang masih lagi dalam mood raya ye? Di kesempatan ini, Naz mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433 H kepada semua rakan taulan yang ada di luar sana. Maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap disepanjang perkenalan kita. Agak lewat ucapan ini Naz coretkan di sini. Maklumlah..tuan blog ni lama bercuti dari mengupdate blog..heheheeee...

Kek coklat kukus kak Hanieliza ni memang sudah lama dalam simpanan koleksi resepi-resepi  kek Naz. Sebelum ada blog dulu pun Naz pernah mencubanya beberapa kali kek ini. Ia juga merupakan salah satu kek coklat yang amat Naz gemari. Lembap dan lembut saja teksturnya. 

Permukaan kek tidak merekah sewaktu proses mengukus.

Kek ni dibuat untuk majlis makan-makan di rumah MIL. Kesedapan kek coklat kukus kak Hanieliza ni memang diakui oleh semua orang yang merasa kek ni di rumah MIL Naz tu. Siap ada yang terus minta resepi lagi. 


Naz kongsikan resepi kek coklat kukus kak Hanieliza ini di sini pula. Nasib baiklah kak Hanieliza tak tutup fotopagesnya walaupun telah ada blog yang baru. Senang Naz nak rujuk balik resepi-resepi kak Liza yang banyak dalam simpanan Naz yang diambil dari laman fotopagesnya tu.

KEK COKLAT KUKUS (Hanieliza)


Bahan A (ayak bersama):
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat

Bahan B:
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C (kacau rata):
4 biji telur
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:

  1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
  2. Masukkan semua bahan yang diayakkan ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yang telah diayakkan.
  4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
  5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
  6. Sejukkan dan hiaslah ikut kreativiti anda sendiri.
NOTA NAZ:
  • Naz tutup loyang kek dengan aluminium foil semasa mengukus untuk mengelakkan wap air jatuh ke atas kek. Bahagian dalam aluminium foil itu Naz sapukan sedikit majerin untuk mengelakkan kek melekat padanya sekiranya bersentuhan sewaktu mengukus.


Kek coklat kukus Hanieliza ni, Naz hiaskan dengan krim mentega resepi dari umi e di myresipi. Rasanya resepi krim mentega dari umie e ini, Anna Qawina pun pernah cuba dan syorkan pada Naz. Jadi Naz cuba google resepi krim mentega umi e ini di internet dan berjumpa juga akhirnya (asalnya cari-cari di blog Anna, tapi tak ingat post yang mana Anna gunakan resepi ni).

Memang krim mentega ini sedap dan sesuai sangat untuk melepa dan menghias sebiji kek yang besar. Kebanyakan resepi krim mentega menggunakan krimwell sebagai salah satu bahannya tetapi ada sesetengah orang tidak berapa suka dengan rasa krimwell ni. Oleh itu pada sesiapa yang mungkin kurang gemar dengan rasa krim mentega yang ada krimwell, bolehlah mencuba resepi krim mentega dari umi e ini. Insyallah tak mengecewakan.

RESEPI KRIM MENTEGA (umi e)

Bahan-bahan :
  • 250 gm butter
  • 150 gm shortening
  • 250 gm gula icing (ayak)
  • 2 tbsp susu segar ATAU susu cair (optional)

Cara-cara :
  1. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu.
  2. Setelah cream kembang, putih dan gebu masukkan susu segar ATAU susu cair sedikit demi sedikit hingga mendapat konsistensi krim mentega yang diingini. 
  3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata dan hiasalh kek anda mengikut kreativiti masing-masing.
NOTA NAZ:
  • Dalam cuaca yang panas, mungkin tidak perlu mencampurkan susu ke dalam adunan krim mentega kerana adunan telah sedang elok konsistensinya. Naz tak letak pun susu di dalam adunan.
  • Krim mentega ini menepati citarasa Naz dan pasti akan digunakan lagi di lain masa. 
Terima kasih umi e atas perkongsian resepi yang sedap ini.

SELAMAT MENCUBA!

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...shortening tu yg kita guna utk buat kuih pau juga ya...atau ada jenis yg khas utk buat kek..

Nadz Nazharzan said...

Waalaikumussalam.. Ya, shortening tu yg sama kita guna utk buat kuih pau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...