Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday 9 August 2012

BISKUT AISKRIM NESTUM


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Cookies ni dah berkenan nak dibuat sejak tahun lepas lagi tapi tak cukup masa nak buat masa tu. Jadi untuk  persiapan Syawal kali ini, Naz beri keutamaan dulu untuk membuat cookies yang belum pernah dibuat lagi sebelum ini contohnya seperti biskut aiskrim ni.

Ada macam-macam resepi biskut aiskrim di internet yang Naz jumpa. Di belakang kertas pembalut pencetak aiskrim pun memang telah ada resepi biskut aiskrim. Tapi Naz ambil keputusan mencuba resepi yang Naz jumpa dari MyResipi ni sebab nak gunakan nestum yang memang ada di dalam stok.


Tapi selepas mengadun dan menguli adunan, apabila nak menerap adunan dengan pencetak aiskrim tu, ada sikit masalah pada Naz. Nestum yang dalam bentuk serpihan dan kepingan-kepingan di dalam adunan tu, menyebabkan biskut yang Naz terap ni jadi merekah-rekah. Untuk itu, Naz rasa kalau nak buat lagi sekali di lain masa, Naz perlu kisar halus dulu nestum yang digunakan di dalam resepi untuk memudahkan kerja-kerja menerap adunan dan mempercepatkan lagi siap kerja Naz ni....


Jadi Naz kongsikan di sini pula resepi biskut aiskrim ni ye. Sedap juga biskut ni. Lebih-lebih lagi bila ada salutan coklat di bahagian hujung tu kan.

BISKUT AISKRIM NESTUM

Bahan-bahan:
  • 200 gm tepung gandum
  • 70 gm tepung kastad
  • 160 gm nestum (Next time, Naz perlu kisar nestum ni)
  • 75 gm gula halus
  • 180 gm butter
  • 1 biji telur
  • 1/2 tsp serbuk penaik
Bahan hiasan:
  • 250 gm coklat masakan (Cairkan secara double boiler)
  • Gula manik atau apa-apa hiasan yang sesuai

Cara-cara:
  1. Ayak tepung gandum, tepung kastad dan serbuk penaik. Kemudian satukan dengan nestum.
  2. Dalam satu mangkuk lain, putar butter dan gula hingga gebu dan warna menjadi pucat.
  3. Masukkan telur dan pukul rata.
  4. Masukkan bahan ayak dan uli hingga menjadi doh. 
  5. Canai dan terap dengan acuan bentuk aiskrim.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160 C sehingga biskut masak. Sejukkan di atas redai.
  7. Celupkan hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan dan taburkan gula hiasan di atasnya.
  8. Setelah coklat mengeras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara. 

NOTA:
  • Naz bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan dengan warna asal. Satu bahagian Naz titiskan pewarna merah dan uli rata. Satu bahagian lagi Naz titiskan pewarna hijau dan diuli rata.
  • Peringatan untuk diri sendiri: Next time, nestum tu perlu dikisar untuk memudahkan kerja-kerja menerap biskut. Susah bagi Naz nak terap biskut ni bila nestum tu dalam serpihan-serpihan yang besar. Asyik retak jer bila diterap..huhuhuuuu
SELAMAT MENCUBA!

7 comments:

Zalieda Zaliedana said...

Wah kak nadz,raya sakan aihh byk wat kukis..fuiyooo rjin sungguh..sy tinggai almond london jer nak wat nnti,5jns cukuplah,nak wat byk2 jnis xrajin mcm kak nadz,huhu..

Norzie hany said...

Assalam Nadz.
Cantiknya biskut aiskrim ni,budak2 tentu suka.

Rohah said...

pakat2 ada nestum ni mmg ternyata sedaplahkan..lg harum baunya..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Naz.Cantik sungguh.kak Ros baru tayang choc chip yang resepinya kak ros ambil dari dapur naz.than u ya.Salam Puasa dan Selamat hari raya.

zila norazila said...

salam naz cyggg..
amboiii naz dah ada berapa mcm nie?..he heh chumil2 tue..adoii zila rasanya x brkesempatan nk buat kot..tggu thn depan kot..keep resepi:)

Unknown said...

wahh..comelnye biskut es krim nie..hihi..Reen singgah intai2 resepi sambil follow cni juga..:)

Anonymous said...

Assalamualaikum..nadz..telur tu masuk sebiji atau masuk kuning sj

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...