ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Oleh kerana tergoda dengan rupa sup ni yang ditayang oleh Nani di blognya, Life Is Beautiful, maka dengan bersemangat Naz menyediakan sup ini untuk santapan keluarga. Sudahlah sehari sebelum tu terlihat juga sup ini di blog Tun, Life is a constant battle. Memang menggamit-gamit betul sup ni sehingga terbawa-bawa ke dalam tidur dan termimpi-mimpikannya..hahahaha *psssttt...tapi tak terkeluar air liur tau masa tidur tu!
Ok, cannot merapu lama-lama. Just want to share the marvellous recipe here. Naz buat untuk 6 ketul ayam yang dipotong kecil tetapi mengekalkan kuantiti kuah yang sama sebab orang dalam rumah ni memang suka makan nasi dengan kuah sup yang banyak. As for me, I suka hirup sup tu sebab kuahnya yang sedap dan pekat.
Boleh lihat juga pada link-link ini yang menggunakan sup utara ini untuk dimakan bersama mee :
Untuk resepi yang dikongsikan di bawah, Naz olah sedikit cara penulisannya untuk pemahaman sendiri di lain masa. Bagi resepi asal boleh klik pada link yang disertakan di bawah yer.
TRIED & TESTED : Naz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan Tumis :
(boleh dimesin atau ditumbuk kasar) Naz guna terus tanpa dimesin atau ditumbuk kasar
- 2-3 kuntum bunga lawang
- 2 inci kulit kayu manis
- 1 sudu besar ketumbar - Naz guna serbuk ketumbar
- 1/2 sudu besar jintan manis - Naz guna serbuk jintan manis
- 1/2 sudu besar lada hitam - Naz guna serbuk lada hitam
- 3 biji buah pelaga
- 1/2 sudu besar lada putih - Naz guna serbuk lada putih
Bahan Kisar :
- 1 labu bawang besar - Naz guna 4 ulas bawang merah yang ditumbuk
- 3 ulas bawang putih - Naz tumbuk
- 2 inci halia - dititik atau dikisar
- 1 batang serai - dititik
- 1/2 peket kecil serbuk rempah sup ADABI - bancuh dengan sedikit air utk dijadikan pes
- Serbuk lada hitam secukupnya
Bahan-bahan lain :
- 1/2 kilo ayam - potong kecil
- Minyak masak (sekiranya guna cara menumis) Naz guna minyak jagung untuk menumis
- 2 biji kentang dibelah 4
- Air secukupnya
- Garam
Cara Penyediaan :
- Jika dibuat cara menumis - Panaskan minyak dan tumis rempah kasar sekejap. Kemudian masukkan bahan mesin/tumbuk dan kacau. Masukkan pes rempah sup ADABI dan kacau lagi.
- Masukkan serai dan halia. Kemudian masukkan air dan kacau untuk mengelakkan berkerak.
- Masukkan ayam. Tutup periuk dan biarkan ia mendidih baru kacau-kacau sedikit. Masak hingga empuk. Naz masukkan ubi kentang pada waktu ini.
- Bila ayam hampir empuk, perasakan garam dan serbuk lada hitam. Biarkan mereneh seketika. Apabila daging ayam betul-betul empuk, padamkan api dapur.
- Boleh dihidang dengan taburan daun sup dan daun bawang, perahan air asam limau, potongan cili padi dan juga taburan bawang goreng.
Jika dibuat cara merebus - Masukkan air ke dalam periuk dan segala bahan-bahan lain sekaligus dan rebuslah hingga empuk (cara ni bagus sebab tak guna minyak dan sesuai untuk orang yang nak jaga badan).
NOTA NAZ : Naz tak letak banyak lada hitam semasa memasak. Begitu juga dengan lada putih sebab dikhuatiri menyengat tekak anak-anak ketika makan. Cuma untuk Naz dan encik hubby, kami tambahkan sendiri serbuk lada putih dan serbuk lada hitam dalam mangkuk sup yang ingin kami nikmati bersama potongan cili padi penambah selera.
SELAMAT MENCUBA!
26 comments:
Sodap ni...kalau akak, akak makan dengan sambal kicap....wah menghirup bagai nak giler!!!!!
dpt hirup kuah dia sedap ni...ada plk smbal belacan..cicah2 aym tu ngn smbal belacan....licin bermangkuk2 diwatnya
wow! mengancam... huuuu tp k.gee tak leh mkn yg byk kolstrol..kena kontrol sikit... jamu mate ajelah
salam kak naz.. mmg sedap wat hirup2 sup nii.. tun xmakan nasik pun, ngadap sup je. hihi.. letak bawang goreng byk2, pastu tumbuk cili padi sket, mmg x cukup semangkuk ^^
Gerenti berpeloh hirup sup ni sb ada lada hitam tu. Nak cuba jgk la nadz, tukar selera sesekali. Akk suka sup yg ada serdak, dgn tulang pun ok ni kan?
salam rindu naz cayang..pekabo?? sedap nmpak sup ala utara nih..akak dh lama x mengesup..huhu!
salam Naz....time letih2 cam ni, dapt hirup sup pedas2 masam mcm gini pun sedap gak kan....meh semangkuk bleh?? hehe
As'salam Naz
cuaca sejuk2 ni kalau dhidang sup macam ni, mahu 2 manggkuk k.ct hirup, tambah lagi kalau ada roti tawar dok cecah ajelah memanjang ni Naz :)
tengok kek cheese pesona tu lama juga k.ct tak membuatnya..masih terasa2 cheese tu emm sedapnya Naz..
Waalaikummusalam wbk. Sedapnya kalau dapat hirup sup ini. Nanti boleh kak cuba pulak...
Salam rindu kak naz..rindu ada makna...nk ngendeng sup sedap!
Malam Naz.. hmm... kaya nya uda bais deh sup yg enak ini.. slurrp
wow.. meleleh air lio.. sedapnya hirup hirup kuah ni.
mmula dulu mcm pelik nape la sup nih pedas ada cili padi bagai... sbb biasa mkn ngan sambal kicap ajer.. la ni dah biasa sejak duk blah timur nih.. mana2 kedai asal mintak sup ajer mesti pedas! terpakse la istilah order sup tak pedas utk anak2...
Mmg best sup camni tapi anak2 Along tu takreti makan bila letak bunga kantan... tapi takyah peduli asalkan mama dia enjoy...keh3
wahh kak..dia nya cili tu menyegat pedasnya tuh...kekekke...saya pun jenis suka makanan sup2 ni...tiap2 bulan mesti ada menu sup...hehhehe
Sedapnya....
nampak pekat je sup Nad..segarnye, hirup2..
Hello dear, hru? Wahhh ada sup ni...mesti bes untuk tekak yang sakit ni...hehehe! :)
as-salam sis..nampak sungguh menyelerakan..
Salam Naz.sup ayam....antara menu hidangan di rumah...setiap minggu pasti ada sbb anak2 suka sup. nengok resepinya kelainan letak serai dan bykkan rempah....
Salam Naz...klu mkn ngan nasi panas2 mmg best.ada lak sambal kicap..tak sedar nambah2 nasik.hihi
Happy balated birthday tuk anakanda kesygan..Haris dan Hani.Semoga menjadi anak yg soleh & solehah.Aminnn
HAPPY MOTHER DAY JUGA!
salam naz,mano poi betapo tu?.
sup ni dah lamo akak hirup2 kuah ee..balik lah copek ganti menu baru..hehehe
Assalam Naz,
wah lauk sup2 macam ni yang akak suka..buat hirup2 lepas tu kunyah cili padi..slurps..
Salam Naz.apa kabar...dah lama Naz tak update blog...moga sihat dan ceria.
Alhamdulillah br ja lepas buat..mmg sedap sgt..kebetulan semua ada kat rumah memandangkan cuti sempena cny..tengkiu sis..semoga peroleh keberkatan pahala..
Post a Comment