Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, April 12, 2010

IRISH COOKIES FOR SIL


Okey ini kira tempahan last minute dari adik ipar untuk ulang tahun perkahwinan mak dan ayahnya. Adik ipar ni duduk di KL, tapi mak dan ayah dia duduk di sini. Tu yang Naz offer diri tolong buatkan cookies utk diberi pd family dia..

Harap Anis dan family puas hati ye! Kalau cakap awal-awal, bolehlah tolong aturkan sesuatu yang lebih spesial. Tapi tak pe la kan. Yang penting ingatan dan doa dari kita sebagai anak mereka..Betul tak?

So di bawah ni kita layan gambar je. Resepi Irish Cookies ni boleh didapati di bawah label cookies/biskut.

Irish Cookies yang dah dimasukkan ke dalam container...

Dah siap dihias ringkas dengan reben...

Kebetulan masa tengah membakar cookies ni, anak yang sulung balik dari sekolah. "Ummi, besok ada jamuan di sekolah. Cikgu suruh bawa apa-apa." Kalau ikutkan anak Naz, dia minta belikan saja biskut dari pasar raya..
Jadi disebabkan tengah buat cookies nie, Naz pun buat la lebih untuk anak sulung Naz bawa ke sekolah. Cookies yang ini Naz bakar kosong saja dan bila telah sejuk, Naz paipkan coklat cair dan taburkan sugar ball di atasnya.

Irish Cookies untuk anakku...

2 comments:

anis said...

nyam2..sedap la angah hihi..
adik laki anis plg suka sbb dia pun dpt 'tumpang' makan cookies utk annvsary makayah..
adik ckp sedap, mmg x boleh la makan sebijik je :P
TQ angah! :)

naz said...

Hai anis.. sori baru bukak tenet.. lama tak bukak sbb tenet slow sgt.
Cookies tu mmg sedap sebab 1st time angah buat dan try pun dah jatuh hati.. Sbb tu angah boleh jual masa bulan Ramadhan.. Mmg mndpt sambutan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...