Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday, 25 February 2014

KEK LAPIS KASTAD JAGUNG (CORN CUSTARD LAYER CAKE)



Assallamualaikkum dan salam sejahtera.

Lama rasanya tak buat kek lapis kastad ni. Bila tiba-tiba rasa nak buat tu, terus je cuba dengan perisa lain untuk mempelbagaikan perisa. Jadi kali ni Nadz buat perisa jagung. Hmmm..not bad. Sedap.. Lagi sedap dimakan setelah disejukkan di dalam peti ais.


Untuk keknya, kali ini Nadz menggunakan resepi kek span dari sweet4ever yang amat popular di My Resipi. Ramai yang dah tau kek yang menggunakan resepi dari sweet4ever ni memang sangattttt gebu dan montok hasilnya.

Manakala untuk resepi kastadnya, Nadz masih menggunakan resepi dari laman fb yang dikongi oleh page Jom Masak. Cuma Nadz ubah dari segi perisanya.

Jadi terima kasih kepada penyumbang-penyumbang resepi yang telah berkongsi resepi.


RESEPI KEK SPAN 

Bahan-bahan :
  • 150 gm tepung super fine 
  • 5 ml serbuk penaik - (1 tsp)
  • 150 gm gula kastor 
  • 5 biji telur A
  • 15 ml ovalette -(1 Tbsp)
  • 80 ml air daun pandan
  • 80 ml minyak / mentega cair 
  • 5 ml pes pandan - (1 tsp)**bergantung kepada perisa kek yang diingini
  • Sedikit pewarna hijau (opt)**bergantung kepada warna kek yang diingini mengikut perisa

Cara-cara :

  1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun) saya guna no 5.
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8", griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180'C api atas bawah
  5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek mendap
*******************************************************************************


RESEPI KASTAD JAGUNG (Adaptasi daripada resepi kastad pandan by Jom Masak)
Recipe by; Page Jom Masak (facebook)
Tried by: Nadz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan:
  • 1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
  • 1 cawan gula kastor
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 100 gm tepung Hoen Kwe warna putih
  • Secubit garam
  • 1 - 1 1/2 tsp perisa atau esen jagung dan pewarna kuning
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
  2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu pekat. Santan biasa jer.

CARA MELAPIS KEK KASTAD
  1. Sediakan loyang.
  2. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
  3. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
  4. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad. 
  5. Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras. Boleh masukkan dalam peti ais juga masa ni.
  6. Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
  7. Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
  8. Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.


SELAMAT MENCUBA! 

11 comments:

JaSSNaNi said...

canteknya nadz... dah la gebu.. kemas lak tu.. nampak sangat menyegarkan kalau dapat makan sepotong..

Sweet red cherry said...

salam kak nadz..

cantik sangat la kek kastad tu..dengan perisa jagung mesti lebih sedap dan menarik kan..

ninazsyafinaz said...

terliur..terliur..

Unknown said...

Sedapnya kak naz
Tringin nk cuba buat kastard yg keladi tu

Hihi

-sue-

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said...

wah menariknya...
br cuba yg perisa pandan, ni muncul plk perisa jgung...

mamawana said...

Assalam

Hmmmm.....terasa keenakkannyerrrr

Liza said...

salam naz, kalau guna loyang biasa kan, kek ni senang keluar tak?

Nadz Nazharzan said...

Wsalam Liza..
Senang keluar kek ni liza dari loyang. Actually nadz x pernah guna loosing pan tiap kali buat kek ni. Always guna loyang biasa jer. Jgn risau, bila kastad yg menyaluti kek ni dh keras, mudah je nk kuarkn kek ni dr loyang wpun loyang biasa..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

rajinnyer nadz melapis2.. nampak perfect sgt lapisan demi lapisan tu..

Mama3Q said...

adoi...bilala leh merasa kek atau masakan naz ni.....

tu yg malas nak dtg sini tu..huhu...makanannya menggoda.....buat kecur air liur...nasib baik dah beranak...takde la kempunan...hahaha

maz said...

Assalamualaikum...smpai jgk kat dpur yg penuh dgn kek2 hebat ni...berseni tangan Nadz...kek smua sempurna...kita cuma plih buat yg mudah2 ye...huhuu...mcm2 ada kat dpur Nadz ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...