Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Sunday, 29 December 2013

TIRAMISU SIMPLE


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hohooo...keluar tiramisu pula... 
(**Adehhh...cam ne lah dietku nak berjalan dengan tenang dan aman....hu..huu..huuuu**). 

Actually resepi tiramisu dari Chef Arm ini dah lama sangat disimpan sejak awal tahun hari tu. Cuma time tu mood membaking tak ada sebab morning sickness yang menyebabkan tuan bahan sangatlahhhhh malas kay! 

So kebetulan masa bawa anak-anak berjalan-jalan sempena cuti sekolah baru-baru ni, anakanda Husna minta belikan sepotong kek tiramisu yang dia ternampak di sebuah kedai bakery. Makkkk aiiiii... Sepotong kecik je pun dah RM5++. Yelah Nadz memang jarang sangat beli kek-kek dari kedai samada sebiji kek atau pun sepotong je. Tu yang terkojut den tengok harganya. Serious kecik je kay. Lebih kurang kalau makan untuk orang dewasa tu, 2 kali suap je dah licin. Tu kalau dimakan dengan sopan kay. Kalau dimakan dengan gelojoh, confirm sekali suap je dah licin...heheheee...



Jadi bila balik ke rumah, projekkanlah kek tiramisu resepi dari Chef Arm ni yang agak simple sebab anak-anak ni dah bising-bising asyik tanya je bila ummi nak buat tiramisu. Tak puas makanlah tu sebab beli pun sepotong kecil je ari tu. Dapatlah 7-8 bekas gelas macam dalam gambar tu. Itupun sebab Nadz gantikan penggunaan sponge finger di dalam resepi dengan biskut merie so lapisan biskut tu nipis je. Kalau guna sponge finger kan tebal, jadi mesti boleh dapat lagi banyak kek ni.

Anak-anak memang puas hati betullah dapat makan kek ni. Saja tanya anakanda Haris yang memang penggemar makanan berasakan cheese ni, mana lagi sedap? Kek hari tu ke atau tiramisu yang ummi buat ni. Haris jawap, "Kek hari tu sedap, tapi yang ummi buat ni laggggiiiiii sedapppp...". Hohooo...suka hati I tau! Terima kasih Chef Arm atas perkongsian resepinya. Nadz kongsikan di sini pula untuk sesiapa yang nak mencuba yer.


TIRAMISU.
Recipe by: Chef Arm (through facebook)


Bahan-bahan : -

200g Krim Putar
250g Krim Keju
30ml Susu Segar
5 Sudu Besar Gula Halus
180ml Air ( Dicampur Dengan 1 Sudu Teh Serbuk Kopi Segera )
1 Sudu Besar Serbuk Koko
30g Parutan Coklat
20 Keping Biskut Span ( Khas Untuk Membuat Tiramisu )
(Yg ni I gantikan dengan biskut merie)
Sedikit Strawberi ( Untuk Hiasan )


Cara Penyediaannya : -

1. Pukul krim hingga kental dan ketepikan.
2. Putar krim keju hingga lembut.
3. masukkan susu dan gula serta putar lagi hingga adunan menjadi ringan.
4. Campurkan krim putar & krim keju dan dikacau rata.
5. Celup biskut di dalam kopi dan susun beberapa keping ke dalam mangkuk kaca.
6. Ratakan separuh campuran krim.
7. Ayak serbuk koko diatasnya
8. Celup biskut lagi di dalam air kopi, susun dan tutup dengan baki krim.
9. Akhir sekali ayak serbuk koko dan taburkan coklat.
10. Tutup dan biarkan di dalam peti sejuk selama 4 jam.
11. Hiaskan dengan buah strawberi dan siap untuk dihidangkan.


Ni gambar keratan rentas kek ni bila dah digali. Nampak tak lapisan biskut merie yang berselang seli dengan lapisan cream cheese nya??? Makan sejuk-sejuk memang nikmat oooo....

Okey, sesiapa yang nak menambah lagi berat badan tu, bolehlah mencuba resepi yang amat senang dan marvelous ni ye. Tapi kalau naik berat badan tu jangan salahkan I tau! ^_^

SELAMAT MENCUBA!

Friday, 27 December 2013

MEE SIAM


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Buat mee siam ni untuk breakfast. Sedap juga rasanya. Kalau dibuat dengan kepedasan yang lebih, lagi best! Disebabkan di rumah ni ada kanak-kanak ribena yang nak makan, so tak bolehlah nak buat pedas-pedas sangat menu ni. Nanti ada yang menangis masa makan..huhuuuu...

Resepi dipetik dari laman fb yang telah dikongsikan oleh Chef Arm. Jadi kalau sesiapa yang nak cuba pula, Nadz kongsikan di sini pula resepinya. Terima kasih Chef Arm!



MEE SIAM.
Recipe by: Chef Arm

Bahan-bahan : -

300 g Bihun ( direndam air )
100 g Taugeh ( dicuci dan ditoskan air )
200 g Udang (saiz sederhana) ( dikupas kulit )
1 biji Bawang besar ( dihiris )
2 ketul Tauhu ( dipotong dadu atau jalur panjang )
1 ketul Kek ikan
½ cawan Minyak masak


Bahan-bahan A: -

2 sudu besar Bawang merah ( digiling )
1 sudu teh Serbuk kunyit 
2 sudu besar pes tomyam


Bahan-bahan B: -

250 ml Air (Used only 150 ml)
1 sudu teh Perencah Pati Ayam
1 sudu besar Gula


Hiasan:-

Daun sup ( dipotong halus )
Cili
Limau nipis
2 biji telur


Cara Menyediakan: -

1. Goreng telur dadar yang nipis dengan sedikit minyak. Hiriskannya.
2. Panaskan ½ cawan minyak, goreng tauhu keras hingga keemasan, ketepikan. 
Kemudian goreng kek ikan dan ketepikan
3. Dengan baki minyak, tumis bahan-bahan A hingga naik bau,
kemudian tambah masuk bahan-bahan B. Biar mereneh selama beberapa minit.
4. Masukkan udang, tauhu keras dan kek ikan. Tambah bihun dan taugeh. Gaul sebati.
Hias dan hidang panas.


SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 26 December 2013

KEK BUAH KUKUS YANG SUNGGUH MOIST & MARVELOUS

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni nak kongsi resepi dan juga hasil kek buah kukus yang amatlah lembap dan confirm sedap sekiranya menjadi dibuat oleh si pembuatnya. Yelah, Nadz kata "kalau menjadi" tu sebab sekiranya tak sedap dan tak jadi nanti jangan marah pula pada Nadz. Kerana kek ni memang ramai sangat yang dah mencubanya dan ramai juga yang buat jualan. Meanings, kalau tak sedap dan tak lembap tu maknanya bukan salah resepi ok. Mesti ada silap pada diri sendiri yang membuatnya. Nadz sendiri dah banyak kali buat kek kukus buah ni cuma kali ni je yang berkesempatan nak kongsikan resepi ni dengan kawan-kawan yang masih belum pernah mencuba kek ni.

Resepi ni Nadz dapat daripada blog kak Sheila (Spices Journey). Usul asal resepi ini daripada Chef Zubaidah bte Chepa (buku Steamed Cake, terbitan One Publisher) yang dikongsikan oleh rakan kak Sheila di laman fb iaitu kak Kamilia Ibrahim Kak Uteh. Jadi Nadz kongsi pula resepi yang sungguh marvelous hasilnya ini di blog Nadz pula. Untuk rujukan sendiri juga pun. Terima kasih kepada yang menyebarkan resepi ini. Nadz copy resepi dari blog kak Azie.


KEK BUAH KUKUS
Source : Kak Shiela (Spices Journey), Kak Azie (Azie Kitchen)
Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan bahan:

  • 225 gm Mentega 
  • 340 gm gula pasir
  • 50 gm air panas
  • 500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
  • 3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)
  • 1 sk vanilla extract/essence

Bahan Ayak:

  • 1 sk cream of tartar 
  • 2 sk soda bikarbonat
  • 350 gm tepung gandum 
  • 1 sk serbuk Nutmeg/buah pala 

Cara cara:

  1. Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
  2. Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
  3. Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. 
  5. Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.
  6. Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.
  7. Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. 
NOTA:
  • Kek ni lebih sedap dan lebih moist selepas 2 hari. 
  • Kek boleh disimpan di dalam bekas bertutup atau boleh dibalut dengan plastik wrap. Kek akan menjadi lebih moist.
  • Potong kek menggunakan pisau yang tajam untuk mendapatkan potongan yang cantik.
  • Warna kek bergantung kepada warna gula hangus yang dibuat di awal proses membuat kek.


SELAMAT MENCUBA! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...