Dengan limpah kurnia Illahi, semoga kita semua dalam keberkatanNYA.
Buat pertama kalinya, kek baldu merah(red velvet cake) yang terkenal ini dicuba di dapur COSK. Bahan-bahan untuk kek ni memang dah lama ada dalam simpanan. Cuma bila nak membuatnya asyik tertangguh saja.
Jadi atas permintaan seorang adik yang sedang berdarah manis ni, yang ingin merasa keenakan RVC yang termahsyur dan terkenal ni, maka bagaikan satu semangat disuntik dengan jarum dan picagari yang besar kepada tuan COSK ni..hehehe...
Terus je rujuk resepi yang dah lama diidamkan untuk dicuba iaitu RVC dari Joy of baking. Buatnya malam hari, kemudian bila kek dah sejuk, Naz balut dengan pembalut plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama semalaman seperti saranan dari web Joy of baking ni. Keesokan paginya barulah dibancuh topping kejunya dan kerja-kerja menghias kek dijalankan. Tapi serious! Memang betul seperti saranan Joy of baking tu. Bila kek disimpan di dalam peti sejuk dulu sebelum dihias, memang memudahkan kerja-kerja menghiaskan kek. Naz dapati, semasa melepa krim keju pada kek, tiada langsung habuk-habuk dari kek yang naik ke permukaan krim semasa kerja dijalankan. Infact, Naz tak buat pun proses 'crumcoat' seperti kebiasaan yang Naz buat sebelum menghias kek-kek lain sebelum ini. *Tapi ini bagi Naz yang amatur dalam hias menghias kek la. Kalau orang yang dah pakar, tak yah sejukkan kek dalam peti pun, dah boleh hias dengan cantik keknya.
Kek pula Naz tak bakar dalam 2 loyang berlainan seperti di dalam resepi sebab loyang yang sama saiz memang tak ada. Yang kedua, bila baca resepi tu, ada dinyatakan kena bahagikan adunan kepada 2 loyang yang berlainan dengan kadar segera selepas siap diadun. Jadi kalaupun ada 2 biji loyang, untuk membakar 2 loyang sekaligus memang tak muat 'cute oven' ku itu..hehehe.. Jadi akibat khuatir terjadi apa-apa yang mengecewakan pada adunan kek yang menanti giliran untuk dibakar, maka dengan itu Naz buat keputusan membakar semua adunan kek dalam satu loyang saja. Bila nak dihias, Naz belah kek menjadi 3 lapisan.
Gambar pun tak berapa cantik diambil sebab lepas menghias kek, terus je nak dihantar pada cik adik yang teringin kek ni. Memang tak sempat nak posingkan kek tu dengan latar belakang di tepi pantai ker, latar belakang keindahan alam ker atau latar belakang pepohon yang merendang. Yang sempat cuma berlatar belakang meja makan di 'small kitchen' ku sahaja..hehehe..
Feedback dari orang yang menjamah kek hasil tanganku ini amat memberansangkan. Sedap katanya. Ada antara ahli keluarganya yang kurang gemarkan keju pun boleh makan dengan banyak kek ni. Alhamdulillah.. Memang lega sungguh rasa hati bila kek yang kita buat dapat memenuhi selera si penempah kan..
Resepi di bawah ini, telah Naz olah dan terjemah ke dalam bahasa ibunda. Untuk melihat resepi asal kek ini, boleh klik pada link yang Naz paparkan di bawah ye!
Kek pula Naz tak bakar dalam 2 loyang berlainan seperti di dalam resepi sebab loyang yang sama saiz memang tak ada. Yang kedua, bila baca resepi tu, ada dinyatakan kena bahagikan adunan kepada 2 loyang yang berlainan dengan kadar segera selepas siap diadun. Jadi kalaupun ada 2 biji loyang, untuk membakar 2 loyang sekaligus memang tak muat 'cute oven' ku itu..hehehe.. Jadi akibat khuatir terjadi apa-apa yang mengecewakan pada adunan kek yang menanti giliran untuk dibakar, maka dengan itu Naz buat keputusan membakar semua adunan kek dalam satu loyang saja. Bila nak dihias, Naz belah kek menjadi 3 lapisan.
Gambar pun tak berapa cantik diambil sebab lepas menghias kek, terus je nak dihantar pada cik adik yang teringin kek ni. Memang tak sempat nak posingkan kek tu dengan latar belakang di tepi pantai ker, latar belakang keindahan alam ker atau latar belakang pepohon yang merendang. Yang sempat cuma berlatar belakang meja makan di 'small kitchen' ku sahaja..hehehe..
Feedback dari orang yang menjamah kek hasil tanganku ini amat memberansangkan. Sedap katanya. Ada antara ahli keluarganya yang kurang gemarkan keju pun boleh makan dengan banyak kek ni. Alhamdulillah.. Memang lega sungguh rasa hati bila kek yang kita buat dapat memenuhi selera si penempah kan..
Kek yang telah dipotong. Gambar ihsan dari keluarga penempah. Tq... |
Lagi gambar kek yang telah dipotong. |
RED VELVET CAKE (Joy of baking)
(Naz guna loyang saiz 8 inci)
OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
RUJUKAN : Joy of baking
Bahan-bahan Kek :
- 2 1/2 cawan (250 gm) tepung kek*
- 1/2 tsp garam*
- 2 Tbsp (15 gm) serbuk koko* (*ayak bersama)
- 1/2 cawan (113 gm) butter
- 1 1/2 cawan (300 gm) gula pasir
- 2 biji telur gred A
- 1 tsp asen vanilla
- 1 cawan (240 ml) buttermilk (resepi buttermilk : 1 Tbsp cuka masakan + 240 ml susu segar-biarkan 10 minit sebelum digunakan)
- 2 Tbsp cecair pewarna merah
- 1 tsp white distilled vinegar (guna cuka makan tu pun boleh)
- 1 tsp baking soda
Cara-cara :
- Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
- Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
- Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali dimasukkan.
- Masukkan asen vanilla dan putar hingga sebati.
- Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
- Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).
- Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
- Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 175 C selama 20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.
- Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
- Seterusnya, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma untuk orang amatur macam Naz ni, langkah ni memang membantu).
NOTA NAZ :
- Apabila membakar kek, sekiranya didapati bahagian atas kek telah masak tetapi di bahagian tengahnya masih belum masak(setelah diuji dengan tester stik atau lidi), letakkan sehelai aluminium foil di atas kek(letak je, tak perlu dikemaskan atau dikelim di bahagian tepi-tepi loyang tu) dan tambah lagi waktu membakar kek sehingga kek masak sepenuhnya. Mulakan dengan menambah 5 minit, kemudian uji lagi kek dah masak atau belum. Sekiranya belum teruskan langkah ini sehingga mendapat kek yang telah masak sepenuhnya. Tujuan meletak aluminium foil ialah untuk mengelakkan permukaan kek terlebih masak atau hangit.
Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
- 1-8 oz (227 gm) krim keju, pada suhu bilik
- 1-8 oz (227 gm) keju Mascarpone, pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
- 1 tsp asen vanilla
- 1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
- 1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream
Cara-cara :
- Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
- Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
- Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
- Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.
NOTA NAZ :
- Gunakan whipping cream yang masih sejuk dari peti ais bukan yang telah lama dibiarkan dalam suhu bilik untuk hasil yang lebih baik.
- Jadi cara terbaik untuk nyahbeku(defrost) whipping cream dari peti sejuk beku(freezer) ialah dengan mengeluarkan kotak whipping cream dari peti sejuk beku(freezer) dan tempatkan di dalam peti sejuk(fridge) 12 - 24 jam sebelum digunakan.
- Naz suka dengan Cream Cheese Frosting ni. Pada Naz, konsistensi krim ni memudahkan kerja-kerja menghias kek. Nak buat swirl pun mudah.
SELAMAT MENCUBA!
26 comments:
Salam naz..bila la k.atie nak rajin membuat RVC ni.Tumpang mkn kat sini dulu la yer...
wah..cantik dah nih..nak tempah..hehe
lama dh xmkn kek ni..huhuhu.sedap dan cantik je nampak..:D
Fav kek kat rumah akak ..tapi memang lama dah tak buat...tak de sape yang nak makan kat rumah ni...sat2 lagi akak je yg dok mkn...main gebu la bdn..he he..:)
salah satu kek yg glemer yg tun x terbuat lagi. cantik deco akak.
Malam Naz.. Melly pun pernah buat RVC ini pake resep yang sama,tapi Melly belum lagi pandai deko cake.. hmm jadi pingin makan kek.. hehe
merahnyer yg menawan kalbu...cantknyer naz..psst:ida dh trybbuat resepi best moist chocolate cake tu naz, buat utk org tempah lg naz..alhamdulillah dpt feedback yg sgt baikkk..tqvm naz di atas sumber respi..bila2 ida n3 kt blog k
memang nak buat tapi asyik tertangguh je
Salam Naz....thanks ha for the best Moist Chocolate Cake resipi memang BEST!!!! akak dah backlink Naz..pecah kepala memikirkan semalam kat mana akak ambil akak cuma ingat akak tenguk kat love2cookmalaysia dan satu lagi akak sudah hilang ingat. So it's you..thank..ni tengah mengintai pudding tembikai pula
Nazzzzz ghajennya dia maisarah tak kacau ummi ka ?cantik Naz akak suka hasil kerja tangan Naz
dtg lagi he..he...saja nk jawap apa yg naz tanya...ida ikut asben study jer naz..tahun depan balik ler m'sia semula.insyaallah
naz..nk buat gak lah tp keju mascarpon tu apa?
aslmkum naz.. tabik spring akk kt naz.. klau akk dah lama fail bab deco mdeko ni.. akk pun tak pernah buat kek ni.. dengar jer org kata sedap.. lum dpt bayangkannya..
Assalamualaikum Nadz
Wah! Cantik...Sudah cukup bagus ni dah boleh ambil tempahan..
Salam Kak Naz,
Saya pernah juga cuba resipi JOB ni. memang best kan. gebu je keknye. Akak deco lagi meriah, saya tak berapa pandai bab deco kek ni. hehe
wahhh kaknaz..bestnya..saya tak cuba lagi kek ni...tak tau bila dtg seru...geramnya tengok...:)
Assalam naz,
waah red velvet cake yang sedap..
akak suka kek ni..tapi kena ada chocolate ganache nya..
pada akak deco naz ni dah cantik naz..tahun lepas akak pun ada buat satu order red velevet cake ni ..buatkan untuk kawan mak akak dari jb..nak charge mahal2 pun segan ..last2 akak ambil duit modal aje..ada chocoalte ganache lagi..hehehe
sweetnyer..pun msh x berani nak mencuba RVC ni..takut....hehehehehe
Pasal deco ngan fondant tu memang tak biasa buat dan macam x berani buat tu..ritu belajar pun x katam2. Pernah gak try buat tp beli fondant yg segera...dah tu bulat2kan ajek...
Berkenan nengok bunga2 rosette tu.... wah, sedap ni.
Aa tumpang tanya, api oven tu api bawah ke api atas bawah ehh
To Anonymous,
Guna api oven atas dan bawah. Saya dah edit dlm resepi yer..
salam Naz, kek ni guna loyang bape inci?
thanks Naz..akak dok study rcp ni
nak try..tapi takut la..alamak...camane ni..da lame teringin wat..
Gud recipe..taste gr8..tqvm
Hi thanks for sharing this.. I used this recipe and it turn out great :)
Post a Comment