Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 15 February 2012

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE RECIPE


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Dengan limpah kurnia Illahi, masih berkesempatan lagi menambah entry di dalam blog ini. Resepi kek coklat yang lazat ini Naz ambil dari internet. Sila klik pada link yang diberi pada resepi di bawah untuk melihat resepi asal dengan versi bahasa inggeris. Untuk resepi yang Naz tuliskan, telah diolah sedikit cara pembakarannya dari resepi asal (*resepi asal, pembakaran adalah untuk one layer cake. Jadi sebab Naz guna loyang yang lebih kecil, kek lebih tebal dan masa masak perlu lebih lama. Jadi suhu pun Naz tukar supaya tak terlalu lama nak tunggu kek masak*).

Kek ni memang sedap. Moist jer rasanya. Lebih sedap dan lebih lembut bila dah disimpan semalaman. Kepada penggemar kek coklat, bolehlah menambah lagi satu koleksi resepi kek anda. Kalau gantikan 1 cawan air mendidih tu dengan 1 cawan kopi ker atau nescafe lagi best! Tapi ikut tekak masing-masinglah kan. Sedap tu kan subjektif. *Kang kata sodap tapi ada orang lain buek dia raso tak sodap, kono marah lak den kang. 

Naz buat keputusan untuk mencuba kek ini selepas membaca komen dan review orang yang telah mencuba kek ini. Semua kata sedap, moist, kek yang paling baik pernah dicuba dan lain-lain lagi komen positif. Jadi kenalah cuba sendiri untuk melihat sejauh mana kebenarannya kan. Yup! Memang sedap, moist dan lembut jer kek ni. Mungkin penggunaan buttermilk di dalam resepi menghasilkan kek yang lembut dan moist ni.


 

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE RECIPE

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk koko Hershey's (Naz guna yang biasa jer)
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 2 biji telur saiz A @ B
  • 1 tsp garam 
  • 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
  • 1 cawan Mazola vege oil (Naz guna minyak jagung)
  • 1 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka)
Cara Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan. (Naz menggunakan suhu 170 C).
  2. Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
  3. Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
  4. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
  5. Tuangkan ke dalam loyang.
  6. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. (Naz bakar dengan suhu 170 C selama lebih dari 1 jam sebab mungkin loyang kek 7" X 7" yang digunakan menyebabkan kek lebih tebal dan perlu masa yang lebih untuk masak sepenuhnya).
  7. Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
  8. Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.

RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK

Bahan-bahan :
  • Susu segar - lebih kurang 1 cawan
  • 1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
Cara Penyediaan :
  1. Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
  2. Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
  3. Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
  4. Boleh digunakan.

SELAMAT MENCUBA!

32 comments:

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

hari ini juga lepas blik keje akak try

quinnie said...

woowww....sedap ye kak..nak cuba la bila2..amboi kak paty...rajinnya..balik keje terus nak buat..hehehe

CT Delima said...

As'salam Naz


kek cekelat sememangnya sedap, tapi kat rumah ni nak buat kena tunggu lambat2 sikit Naz, maklumlah baru selang berapa hari makan yang cekelat2 ni kan :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kalau guna buttermilk mesti sedap betul ni, Naz

fizah said...

salam..naz, nape ye kalo kek jd berat texturenya?mixing sume dh follow naz tp outcome mcm out je..huhu..ke sebab cepat sangat kuar dr oven?tq..harap sudi membantu..huhu

Melly Octaviana said...

Pagi Naz.. moist nya coklat kek itu,melly pun suka buat cake pake buttermilk, buat cake nya makin moist khan.. masih ada lagi kah.. ? 2 potong please.. hehe

Chah said...

Arrrrr...moistnya kak Naz...ai da jathu chenta ngan resepi ni kak! tqtqt

Ida,Japan said...

mmg moist la nmpk kek cakelat ni naz...bila2 nk try la naz..tq

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Minta sekeping...kak ros busy la naz

Anna Qawina said...

kek ke ni? nampak cam dok tepi pantai jek..haha..nampak pun tau dah moist kan..

Mas said...

tergodanya tengok kek tu...
mas klu kek coklat....
sukaaa sangattttt...........

cik cek said...

Memang nampak moist sgt....emmmm...yummyyyyy....nak sepotonggggg....:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Naz..dah lam mengekek...tapau kat sini duku la yer :D

fizah said...

k.naz, sori ye..bukan resepi akk yg sy follow tu..ampun sangat2..sy tersilap..yg sy follow resepi akk tu sy buat cookies..mmg terbaeekk!!sedap..hubby n anak suka..siap boleh wat jual katanya..sorry again

Yat Maria said...

Naz dear..

such a delightful bake babe! I loike

Chik Mimi said...

naz nampak best sangat kek tu

Akak Kembang said...

selalu buat resepi mmg sama tapi cuma buttermilk jek takder..nak trylah..mesti sedap

HomeKreation said...

Sedap ni Nadz... masuk list dulu.

fizah said...

salam kak naz..sy lagi..nk mintak kak naz ajarkan tips utk baking la..bleh x?email sy boleh x kak?pleasee..nk baking utk bday hubby nnt..ni email sy, hafism83@yahoo.com..harap akk sudi bantu..huhu..tq

ijan said...

Salam Kak Naz,
comel comelnye kek tu berposing... saya suka jugak kek coklat macam ni. Tak jemu nak makan. :)

:: anisjazz :: said...

ting tong ting tong angah! :D

inahar ali said...

salam rindu naz cayang..waduh terlambat sudaa pn doc..kempunanla akak nk mkn kek cekelat naz ni..mmg mantopp nmpak rupanye..adoyaai!

Anonymous said...

sorry nak tny, adunan kek ni xperlukan butter ke? mmg nak try buat, xpernah buat sebelum ni.. thanks.....

Nadz Nazharzan said...

To Anonymous,

Resepi kek ini memang tak perlukan penggunaan butter ye. Selamat mencuba.

kakwan said...

salam Naz lama tak dtg sini.. kebetulan Kak wan pun nk wat moist choc cake, resipi K1 ada gak masuk cuka tapi diff sukatan.. nti cuba yg Naz pula nmpk moist dan gelap tu yg suke hii hii..:D

watie... said...

resepi nie lah yg tie bt utk jualan..resepi nie lain sikit sbb gumna butter milk...sedap n moist sgt2...x muak wlaupun mkn byk..resepi nie sy dah guna hampir 4 tahun...tetep menjadi pojaan hati sekeluarga...yg lain tu sedap tp tetap x sama...percayalah...sapa2 yg dah try mesti rasa ada kelainan..telur pun blh ikut suka hati nk letak byk mana...cuma sy tukar soda 1sudu kecil n baking powder 2 sudu kecil sbb soda tu kalau letak byk ada rasa pelik sikit bg sy lah...lain org lain citarasa..

Haniey.Daniella said...

Nak tnya, klau guna kaedah kukus boleh x? :)

Anonymous said...

We are a group of volunteers and starting a new scheme in our community.
Your web site provided us with valuable information to work on.
You've done a formidable job and our whole community will be thankful to you.

Also visit my web-site; frndxbook.com
my site - greenclassifieds.in

Anonymous said...

kak, nak tanya, 1 cawan tu berapa gram ye?

Nadz Nazharzan said...

To Anonymous,
1 cawan tu, berat berbeza2 ikut bahan yg disukat tu. Contohnya 1 cawan tepung berbeza beratnya dgn 1 cawan gula. Macam resepi ni, akak sukat guna measuring cup tu. Kalau gunakn cawan lain boleh juga tp pastikn guna cawan yg sama utk setiap sukatan bhn lain..

BATINI IDRIS said...

Kak naz, kalo kukus boleh tak?

Nadz Nazharzan said...

to Batini Idris,
Kak Naz tak pernah kukus lagi kek ni. Kalau Tini nak cuba kukus boleh share hasilnya nanti dgn akak. Tp jangan buat satu adunan penuh tu kalau cuba. Buat 1/2 je dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...