Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Sunday, 27 April 2014

KEK PISANG LEMBUT

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..insya Allah.

Kek pisang lembut ni sebenarnya kek pisang yang sama dengan resepi KEK PISANG DUA CARA. Kenapa namanya 'Kek pisang dua cara'? Sebab Nadz menggunakan resepi yang sama tetapi dengan dua cara yang berbeza dalam penyediaannya untuk hasil yang memang berbeza. 

Kek pisang lembut kali ini, Nadz gunakan cara yang ke dua di mana hasil kek memang lebih gebu dan ringan. 

 

KEK PISANG LEMBUT (KEK PISANG DUA CARA:CARA 2)
Recipe by: Nadz@ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 125 gm butter 
  • 2 biji telur gred A @ B
  • 3/4 cawan gula perang/ gula kastor
  • 3/4 cawan pisang yang dilecek halus
  • 2/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)*
  • 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 tsp soda bikarbonat* (* ayak bersama)
  • 1 tsp ovallate
  • 1 tsp asen vanilla

Cara-cara :
  1. Cairkan butter dan ketepikan. 
  2. Masukkan gula, ovallate dan telur ke dalam mangkuk pengadun. Putar pada kelajuan tinggi hingga adunan likat dan berkrim selama lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan asen vanilla dan pisang lenyek. Putar lagi hingga rata.
  4. Masukkan bahan ayak berselang seli dengan butter cair. Gaul rata dan sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 175C menggunakan api atas dan bawah. Lapik loyang dengan kertas kalis minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit - 1 jam atau sehingga kek masak.
  7. Setelah masak, keluarkan loyang kek dari oven dan terus terbalikkan kek bersama loyangnya ke atas redai. Ini untuk mengelakkan permukaan kek menjadi mendap. Biarkan loyang kek kekal pada kek.
  8. Setelah 10 minit, keluarkan kek dari loyangnya dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihias atau dimakan.

 
Rupa adunan yang likat pada langkah nombor 2.

Untuk cara pertama menggunakan bahan-bahan yang sama, boleh klik pada link yang Nadz berikan di atas yer. Kalau nak tau perbezaanya, kenalah cuba ke dua-dua cara. Walau bagaimana pun, ke dua-dua hasilnya pun sedap.


5 comments:

Bbwana adienia said...

salam kak..

sedapnya tengok kek pisang tu..nampak gebu sangat.

tun_telani said...

salam kak naz.. tun mmg xpernah jemu mkn kek pisang.. nmpk gebu betul kek akak nih.

kha said...

Nadz...corak pinggan kita sama lah :)

Liza said...

dah lama Liza tak wat kek pisang...sedapnyaaa

Naddia Mokhtar said...

Salam ! ....sedapnyerrrr.....nak try gak.....kita amik resepi eekkk....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...