Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday 17 January 2013

AYAM PERCIK KELANTAN

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Nadz ni nama jer tinggal di Kelantan tapi inilah pertama kali membuat Ayam Percik Versi Kelantan ni. Nadz buat ayam percik ni semasa cuti sekolah yang lalu semasa BBQ di rumah mak di Melaka. SIL yang request untuk makan ayam percik versi kelantan ni. Katanya nak yg kuahnya tu warna putih.

Alhamdulillah... Memang kena betul resepi dengan selera adik-beradik, ipar duai serta semua anak-anak masing-masing. Budak-budak memanglah suka sangat sebab kuah percik Kelantan ni tak pedas langsung. Rasanya yang lemak-lemak tu dengan sedikit rasa manis memang suka sangatlah kanak-kanak menikmatinya.

Okey, resepi Nadz ambil dari blog kak Jie Jie yang memang pakar dalam bidang masakan. Nadz kongsikan di sini pula ye kak Jie Jie.

Inilah rupa kuah ayam percik yang telah siap.

AYAM PERCIK KELANTAN
Recipe by: Kak Jie Jie

Bahan-bahan:
  • 3 ketul dada ayam 
  • 4 cawan santan pekat 
  • 1 keping asam keping 
  • sedikit bancuhan tepung jagung( untuk segera pekatkan kuah-tapi lebih sedap kuah pekat sendiri tanpa bantuan tepung jagung) 
  • Garam secukupnya 
  • Sedikit gula( kuah ni manis sedikit aje) 


Bahan kisar:
  • 2 inci halia 
  • 4 batang serai-dihiris halus baru dikisar.(kalau dititik pun boleh) 
  • 5 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih. 

Bahan untuk rebusan ayam:
  • 3 ulas bawang putih-dititik 
  • 1 inci halia- dihiris-hiris
  • Sedikit garam 
  • 1 keping asam keping. 
  • Air secukupnya. 

Cara-cara: 
  1. Ayam direbus separuh masak dengan bahan-bahan rebusan dan toskan (Nadz kukus 1/2 masak).
  2. Dalam kuali, masak santan, bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih. 
  3. Sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul-ketul. 
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau sehingga kuah pekat. (Untuk cepat memekatkan kuah, masukkan sedikit bancuhan jagung.) 
  5. Apabila sudah cantik kuahnya (berkilat sikit) angkat dan ketepikan. 

Cara membakar:
  1. Ayam yang direbus separuh masak dibakar dengan api yang sederhana. 
  2. Balik-balikkan ayam dan lumur ayam dengan kuah percik tadi sehingga ayam masak dan mesra dengan kuah tadi. 
  3. Apabila menghidang, tuangkan sebahagian kuah ke atas ayam bakar tadi. Siap untuk dimakan.
SELAMAT MENCUBA!

14 comments:

Mas Sani said...

mas ni nama je suka tapi nak buat sendiri...hum..nan adooo hihi...
sukalah aym percik putih tu..mkn dgn nasi kerabu sedapnya la.. ni dh ada resepi bila free nk try la :)

Unknown said...

salam Naz cayang.....
mmmm sedapnya percik nie..lama betul xmasak..kalau buat dengan perut ayam lagi sedap hu...hu....

zila norazila said...

Slm syg naz..
Zila pernsh jgk buat..tp time tue ada member klntn buat sama2..rasanys mmg sedap ..mmg x pedas kn..time tu brktul2 mkn.hr hee sbb sdsp sgt..klu dpt mkn rmai2 lg best tue.

Rohah said...

semalam baru je adik kita cerita pasal ayam percik kelantan yg pernah dimakan bersama rakan serumahnya ketika belajar dulu..hari ni terhidang pulak kat dapur Naz..yg ikan pernah buat..sedap..ayam kita tak prnah buat lagi..len kali nk buat juga insyaAllah..

Melly Octaviana said...

tak pernah makan ini..buatin lagi yah..hehe

Anonymous said...

Hello. And Bye. Thank you very much.

Strawberi_ungu said...

hai kak naz..kita orang slalu masak..hehe

Strawberi_ungu said...

hai kak naz..kita orang slalu masak..hehe

serihati said...

sedapnyee.. nak cuba..

QasehnyaRania said...

simple.dan bahan2 pon mudah je..

*akak tenkiu yer sudi singgah blog saya :) dan timakasih juga ttg ilmu itu :)

lagi satu nak tnya..saya ada register utk link widget "kongsi resepi" tapi bila dapat email dari admin mereka.. suruh tunggu 24-48 jam utk di approved..

sbb bila saya nk log in tak boleh lah..npe ye?

ummiaisyah said...

salam rindu kak naz..k mnkah menghilang? miss u

Azie Kitchen said...

Aduhaai sedap ni. My forever feveret.

Qasey Honey said...

mmg sedap..tp biase beli aje..wt sdri lom penah lg...ade resepi ni leh la nerainya..

Unknown said...

Sedap nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. Nakkkkkkkkkkkkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...