Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Saturday, 1 December 2012

KASWI GANDUM YANG SANGAT MUDAH (CHEF HANIELIZA)

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bersiaran lagi hari ini dengan izin Allah SWT. Semoga sihat sejahtera semua rakan-rakan di mana saja berada.

Kaswi gandum resepi dari kak Hanieliza atau sekarang lebih terkenal dengan nama Chef Hanieliza yang memang pasti sedap dan menjadi bila dibuat ini benar-benar menambat hati seisi keluarga di rumah ni. Dulu Naz pernah buat resepi dari kak Liza ni tapi dulu tu warna kaswi Naz tak begitu cantik. Kaswi dulu tu, Naz buat menggunakan gula Melaka tapi kali ini Naz ikut seperti resepi iaitu menggunakan gula merah. Memang cantik je kaler kaswi kali ini bila menggunakan gula merah.

KASWI GANDUM

Bahan Sirap:
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
* Masak semua bahan di atas dan sejukkan.

Bahan Lain:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ ubi/ jagung
  • 1 tsp kapur kuih (optional)
  • Kelapa parut muda
  • Sedikit garam
Cara-cara:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Ratakan/ sapukan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan plastik saiz loyang]. Naz gunakan acuan-acuan kecil dan sapukan sedikit minyak masak.
  3. Bancuh semua bahan dan tapis. Tuang dalam loyang.
  4. Kukus sehingga masak dalam 30 minit.
  5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh dipotong dengan pisau plastik.
  6. Kelapa muda digaul dengan garam. (Naz kukus sekejap kelapa ni).
  7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa parut. Hidangkan..
NOTA NAZ:
  • sedap kuih kaswi resepi dari kak Liza ni. Ada sedikit goyang-goyang bila dipegang. Lembut dan pasti sedap bila dimakan..nyumm..

SELAMAT MENCUBA!

17 comments:

Unknown said...

salam Naz
akak suka kaswi ni tapi tak pernah buat selalu terjumpa kat gerai2 je beli sbb sorang je yg makan budak2 tak suka yg nampak kelapa kt atas, berlawan dgn orang tua ni suka sngt kelapa kat atas kuih jadi senang ckp beli ja dua tiga ketui utk sendiri buat yg fav anak2 je heee

ummiaisyah said...

kak naz cayang! nk kuih kaswi tu dua ringgit..bubuh nyor lebih tawww..
**sy tak paham le...ape yg nk di remove kt setting blog sy tu..adik kak naz ni bukan pandei beno..cer ajo...cer ajo..

Norzie hany said...

Akak pun dah cuba resepi kak liza ni,mmg sedap.

faa.rosli said...

sedapnya..kuih lama ni...susah nak dapat..

Mas Sani said...

kak... itu kueh peberet saya! bestnya kalo dpt rasa hihiii
teringat satu masa dolu hubby mas kate teringin nk makan kuih cosway puas la mas pikir peromannya kuih cosway tu bila dia beli...huwawawaaaa kaswi rupenya :)

Qasey Honey said...

kuih fav QH jugak ni..sejak kawin..sbb mak mtua sgt rajin buat kuih ni..resepi pon QH tgk lbih kurang sama sje..sedap

Evelyn Gemina said...

Sedapnyaa kuih kaswi ni kak nadz, ada kelapa, nyummm..

Wattie said...

Assalamualaikum Naz,
Sedapnya kueh kaswi, akak suka yang kenyal kenyal sikit n kelapanya muda, hehehe banyak songehnyaaaa.... Pernah buat sekali jer tak lama dulu, yg lain selalu beli kat gerai...

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Naz
sedapnya kasui , nak lg lembut kenyal2 ishhh letak kelapa parut banyak2 sikit he he sedapppnya
dekat2 leh gak suh Naz antar sepiring he heeee

saifudin said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Ingatlah selalu bahwa tekad Anda untuk sukses lebih penting daripada yang lainnya.

ucubakery said...

kaswi ni fav ucu nk paksu...tapikan naz..bini paksu ni pemales sikit selalu main tunjuk2 jer....hihihi...

kaswi yg ada goyang2 inul tu yg selalu menambat hati kan...nanti nk teray lah jugak.

rantau panjang tu kat pelabuhan klang jer..bukan kt kelantan...kalau sampai ke kelantan mau tinggal rambut jer kot barbie tu..hahahaha...

Sue @ Nenie said...

Salam...kuih kegemaran ni tak kisah apa versi sekali pun...

zila norazila said...

salam naz
kaswi mmg fav zila..lembik2 sikit mmg sedap..x pernah jemu nk mkn..wlupun dh byk kuih moden yg nie ttp jadi pilihan:)

Mamasya said...

Aslmkum Naz.
akk suka kuih kaswi....dg rasa lembik dan kelapa parut itu yg buat sedapp dimkn.

Unknown said...

Salam ziarah & kenal, nanti akak nak bt kaswi cheese. Akak menjemput rakan2 menyertai GIVEAWAY 001 CHEEZE MAZ .Link cara2 penyertaan ada di : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/giveway-sempena-iphone-5-gadget-impian.html

Jika tiada masa menyertainya, harap sangat2 dapat membantu akak dengan :
1) Tekan butan G +1 bagi entry http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html
2) Vote akak di denaihati. Cara nak vote akak ada di entry : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/12/giveaway-001-tugasan-ke-2.html

Azie said...

Cantiknya warna.

Unknown said...

Wah ini nama saya jadi merek tepung, kebetulan saya juga kerja di dunia kuliner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...