Bersua kembali setelah bercuti agak lama...hehehe.. Asyik cuti je kan tuan rumah COSK ni. Nak buat macam mana. Ada je urusan setiap hari. Ditambah pula dengan sim kad untuk broadband yang rosak. Nak mencari masa ke pusat celcom di bandar pun susah. Ada je urusan lain. Ni baru je boleh online sebab semalam baru dapat sim kad yang baru. Encik hubby tolong tukarkan. Alhamdulillah...
Satu lagi koleksi biskut coklat chips yang boleh disimpan dalam buku resepi. Krupp..krapp..krupp..krapp.. bila mengunyah. Resepi ni Naz cuba adjust sendiri berdasarkan senarai bahan yang memang ada dalam kotak fikiran Naz. Cuma kuantitinya je yang tak ada. Dulu semasa merantau di negara orang, setiap hari Khamis, Naz akan ikuti kelas percuma di sekolah tempat anakanda Haris belajar dan bermain (play school). Play school Haris ni 3 hari je dalam seminggu iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu. Jadi setiap hari Khamis dan Jumaat pihak sekolah akan buat aktiviti untuk kami para ibu. Memang best komuniti di tempat kami tinggal masa tu. Kelas tu akan ditukar-tukar aktivitinya. Kadang-kadang dibuat kelas memasak dan kadang-kadang dibuat kelas kraftangan. Kaum ibu yang datang boleh membawa anak-anak sekali dan ada cikgu yang tolong jagakan mereka sepanjang aktiviti untuk kaum ibu berjalan. Lagi best, kadang-kadang tu kami dibawa melawat atau berkelah di taman-taman rekreasi yang dipilih.
Jadi, berdasarkan apa yang Naz ingat, Naz cuba buat sekali lagi biskut coklat chips ni. Alhamdulillah, nampaknya menjadi. Jadi mari kita lihat resepinya.
CHOCOLATE CHIPS COOKIES
Bahan-bahan :
- 125 gm butter + 100 gm majerin
- 180 gm gula - gula kastor atau gula perang atau kombinasi keduanya
- 1 biji telur
- 1 tsp asen vanilla
- 250 gm tepung gandum*
- 100 gm tepung kastad*
- 3/4 tsp soda bikarbonat*
- 5 gm serbuk koko* (* ayak bersama)
- 200 gm coklat chips
- 100 gm badam cincang - boleh je kalau nak guna walnut atau kekacang lain
Cara-cara :
- Campurkan coklat chips dan badam cincang ke dalam bahan ayak. Ketepikan.
- Pukul butter, majerin dan gula hingga berkrim.
- Masukkan telur serta asen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
- Masukkan 1/2 bahan ayak dan gaul dengan senduk kayu atau spatula. Masukkan pula lebihan bahan ayak tadi dan gaul lagi biar sebati.
- Sudukan ke dalam loyang yang dilapik kertas minyak.
- Bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!
10 comments:
salam naz..rajennya buat sekut,rasa cam nk raya lak..hihi.sedapnyaaaa!!
td mmg nak buat gak cc cookies ni tp bile carik2 cc kak rose rupanya dah abes digasak dek anak... ni baru nak g bli pulak
rasa yg Naz buat dulu la ya....
nampak sungguh yummy
salam kenal kak naz...sedap betul nampaknya choc cip tu...sronok bc kisah akak di rantau org..kt sini xde plak camtu ye...
looks absolutely yummmy...a real good one to try..;)
Tasty Appetite
kiri kanan depan belakang godaan kukis nih...adoiii tk sanggup, krup krap, kalah femes emes...;p
Salam Naz. Wah, nampak cantik. Boleh buka cookies stall... mesti laku!
kaknaz..ni lain skit ye resepinya...wahhhhh..nak cuba yg versi ni jugak...sedapnya...:)
Nadz....
Akak dah try buat cookies ni semalam...sedapppppp....lum sempat lagi nak publish n3 cookies ni...thanks Nadz..share resepi yg senang dan sedappp ni...emmm...krup krap krup krap...leka ngunyah depan tv malam tadi....:)
Mohon share yer =)
Post a Comment