Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday 23 February 2012

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIP


ASSALLAMUALAIKKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini. Semoga semuanya sihat dan ceria selalu hendaknya.

Muffin Marble Coklat Chip ni Naz lihat resepinya dari rumah cyber kak Ayu. Kemudian Naz pergi tengok pula hasil tangan dari dua lagi sumber resepi ini. Jadi inilah hasil dari dapur COSK pula.



Adunan ni memang sesuai sangat dengan famili Naz yang tak berapa ramai lagi ni. Naz godek-godek pun pakai whisker tangan jer. 

Resepi seperti biasa menyusul pula selepas ini.


MUFFIN MARBLE COKLAT CHIP
SUMBER : Puan Ruhaya Abdul Rahman

Bahan-bahan :
  • 100 gm butter
  • 120 gm tepung gandum ATAU tepung naik sendiri(kalau pakai tepung ni, tak payah letak baking powder)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 80 gm gula halus
  • 60 ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • Pewarna kuning (Naz guna pewarna oren)


Cara-cara :
  1. Ayakkan tepung bersama baking powder.
  2. Pukul butter hingga kembang dan masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. (Naz pukul guna whisk jer).
  3. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul 2 minit.
  4. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Gaul guna senduk kayu atau whisk bagi sebati.
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian diwarnakan dengan pewarna kuning dan 1 bahagian lagi ditambah serbuk koko serta coklat emulco-kacau sebati.
  6. Sudukan ke dalam papper cup 3/4 penuh dan taburkan coklat chip.
  7. Bakar 30 minit pada suhu 180 C atau mengikut oven masing-masing. (Naz bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit).
SELAMAT MENCUBA!

18 comments:

Cendana Kasih said...

salam...dtg breakfast ngan mapin kat sini...sukernyer...siap ada air teh lagi..hehe

CT Delima said...

As'salam Naz

cepatnya dah sampai dapur Naz, k.ct dah salin juga resipi dari blog ayu tu hari, tapi tak tahu bila nak jalankan projek ni agaknya :)

Anna Qawina said...

dtg bekpes gak ni, tumpang kete besor Noorma(Cendana Kasih)..heheehe..
bungkus 4 ketol kak..yg makan sini tuh nak yg cip bnyk2 tau

Qasey Honey said...

asslm...nmpk cedapla mupin ni...
bleh minta 2 ketui x...utk buat bekpes pgi ni...
nk cuba jugak la nti...
suka mkn mupin

Chik Mimi said...

dah sampai KB yer Naz ,cantiknyaa

Melly Octaviana said...

Morning Kak Nadz.. bagi 5 ketul , lapar lah liat muffin nya yang cantik dan pasti enak juga.. nyam..nyam

Gee® said...

Yeeehaaa..!! k.gee pon buat juga muffin ni...memang sedappp banget... siap ada classmate anak k.gee nk order lagi... heeeee

Ayu said...

Assalam Naz,
tengok gambar muffin naz ni ada teh o tu serupa macam dengan akak ..makan dengan minum air teh o ..memang sedap dan ngam..terimaksih Naz sudi mencuba dan juga mewakili puan punya recipe dan juga ladies2 yang telah memanjangkan recipe ni..

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Ala..akak belum try lagi baru buat peanut butter choc chips muffin sebab nak habiskan peanut butter, pas tu bolehla buat..hujung minggu ni kut anak2 balik...biasanya kalau nak balik sana...dia tak nak tangan kosong..mesti bawa balik sesuatu.akak buat mapin nila

tun_telani said...

dh lama x makan mapin coklat.. xtau la apa kene ngan selera enchik H tun nih, dia xde mood pulak nk mkn kek n mapin. aritu buat mapin, punya la lama nk habiskn sbb tun kene mkn sorang. sabo je la..

inahar ali said...

salam naz cayang..mapin ada lg x?? nk kenen 2 ketui ek..hehe!

EmbunRosaliza said...

Assalam naz, lambat dtg ni mesti dh habis mapin ni, sedap tgk marble gitu

Yat Maria said...

Salam Naz

mula2 I tgk muffin u, I cakap ehhh..cam familiar gitu..betul pun..hehe..dari rumah K Ayu.. I think the colour is pretty & senang gak nak buat muffin ni..Let's see if I dpt merajinkan diri this Sat to make some for the kids, aite?

ummiaisyah said...

lama dh x makn mapin-mapin ni..tak rajin cam Kak Naz laaa..

Unknown said...

Naz.....nmpk senang je kan? Kalau ltk topping sdp tak ye?
Naz, red velvet awk punya lg tratur, akk punya main boh je...hehe...mls nk tunggu2.

Jayanthy Kumaran said...

ohhh..yeah...this looks soooooooooooo good & tempting..;)

Tasty Appetite

quinnie said...

cepat betul akak buat..baru je tengok kak ayu post hari tu..hehehe..saya seperti biasa la..simpan resepi dulu...kekekek

ijan said...

Salam kak Naz,
Kat rumah ni laku juga kalau muffin2 ni. Tambah2 si kecit. Dia panggil kupkek. hehe :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...