ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Tuan dapur COSK memang amat-amat sibuk sekarang. Jadi untuk kerap bersiaran agak terbatas sikit. Minta maaf banyak-banyak.
Ok, kita terus kepada resepi. Daging masak merah ni, biasa Naz buat ada beberapa versi. Ini versi yang tak pedas sebenarnya. Mudah sebab cuma guna beberapa jenis sos sahaja di dalam resepi. Biasanya kalau makan di gerai makan di sini, lebih kurang beginilah rupa daging masak merahnya.
Mula-mula makan daging masak merah ni dulu, Naz tertanya-tanya kenapalah dagingnya begitu merah. Rupa-rupanya daging ni direbus dulu di dalam air yang dititiskan pewarna merah dan kemudiannya dihiris-hiris nipis. Cara memasak daging ni menjadi lauk daging masak merah macam biasa je.
Jadi marilah bawa pinggan berisi nasi masing-masing untuk makan bersama Naz yer..hehehee..
OLEH : Naz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan :
- 500 gm daging
- Sedikit pewarna merah
- Sedikit air rebusan daging sekiranya suka
- 3 sudu besar sos tiram
- 5 sudu besar sos cili
- 5 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos cili thai atau sos pencicah
- 2 inci halia - hiris halus
- 1 batang serai - diketuk
- 4 helai daun limau purut
- 1 labu bawang besar - dimayang
- 3 ulas bawang putih - diketuk
- 5 biji cili padi - diketuk (boleh diganti dengan cili merah atau hijau yang dihiris)
- Minyak masak
- Garam
Cara penyediaan :
- Bersihkan daging dan buang lemak-lemak yang jelas kelihatan. Cuci bersih dan kemudian lumurkan daging dengan 1-2 sudu besar tepung gandum dan perap selama 10 minit untuk menghilangkan hanyir daging. Kemudian cuci bersih.
- Rebus daging sehingga empuk di dalam air yang dititiskan pewarna merah. Setelah empuk, toskan daging. Hiris daging nipis-nipis.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali untuk menumis. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan juga serai. Biar hingga semua bahan layu.
- Masukkan semua sos yang digunakan. Kacau rata. (Bab sos ni, kuantitinya boleh jer nak adjust ikut kesukaan sendiri).
- Masukkan daging yang telah dihiris tadi bersama cili padi ketuk dan juga daun limau purut. Masukkan sedikit air rebusan daging sekiranya suka lauk yang sedikit basah.
- Gaul rata dan biar seketika di atas api dapur. Rasakan garamnya. Tutup api dan boleh dihidangkan dengan taburan daun ketumbar sekiranya suka.
NOTA : Daging di atas tu, selepas dihiris Naz goreng sebentar supaya ia sedikit kering. Goreng tak pakai minyak yang banyak atau penuh pun. Just gaul-gaul dan balik-balikkan kejap daging tu dalam kuali yang ada sedikit minyak sebab daging tu memang dah empuk dan masak. Then minyak bekas goreng daging tu, gunakan untuk menumis bahan-bahan tumis. Sebab tu kaler merah pada daging tu lagi menyerlah. Nanti bila ada post resepi daging masak merah ni lagi, Naz upload gambar yang dagingnya tak digoreng dulu sebelum masak lauk ni ok!
SELAMAT MENCUBA!
























