Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Sunday 30 August 2009

IKAN MASAM MANIS



Ikan masam manis atau Sweet sour fish.
Bahan-bahan :
Ikan (any type)
2 labu bawang merah*
4 ulas bawang putih* (* dihiris/dimayang)
1 inci halia*
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1/2 - 1 cawan air (ikut banyak mana kuah diperlukan)
Sedikit lobak merah(dihiris memanjang)
1 biji buah tomato(dipotong 6)
Gula
Garam
Minyak masak
Cara :
  1. Ikan dibersihkan dan lumur dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing. Ketepikan.
  2. Tumis bahan-bahan yang dimayang sehingga layu.
  3. Masukkan sos tiram, sos tomato , sos cili dan air sebanyak mana diperlukan. Biar seketika.
  4. Masukkan lobak merah, buah tomato, gula dan garam.
  5. Apabila kuah kelihatan pekat, tutup api.
  6. Curahkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi...Siap untuk dihidang..

IRISH COOKIES


Biskut ni antara biskut yg famous juga di kalangan blogger masakan.. Resepi asal dibawa oleh NoorBaya.. Rasa biskut nie memang best sebab ada campuran serbuk kopi segera dan juga nestum.. Bila bakar dalam oven, semerbak bau harumnya keluar.. Biskut ni dah menjadi kemestian di rumah Naz tak kiralah musim perayaan atau tidak sebab anak-anak suka. Kalau tak percaya, cubalah buat.. Atau kalau malas, boleh tempah je dengan Naz, tapi lepas raya lah ye sebab sekarang tempahan biskut raya dah penuh.. So, ni resepinya..
BAHAN A:
180 gm mentega
20 gm vege shortening
130 gm gula kaster
1 biji kuning telur
1 sudu teh serbuk nescafe
1 sudu teh esen kopi/coffee emulco/ asen vanilla
BAHAN B:
200 gm tepung gandum
100 gm tepung ubi
1/2 sudu teh serbuk penaik
40 gm nestum dikisar

BAHAN HIASAN:
Kuning telur atau putih telur untuk sapuan
Sugar ball untuk taburan

CARA:
  1. Satukan semua BAHAN A ke dalam mixing bowl --> pukul hingga sebati dan berkrim.
  2. Masukkan BAHAN B --> uli, canai dan terap.
  3. Sapukan dengan putih telur dan taburkan dengan sugar ball.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 15-20 minit(ikut oven masing-masing).
Jadi selamat mencuba!! Rugi kalau tak cuba biskut ni...


Saturday 29 August 2009

KARI KETAM TUMIS DARAT


Bahan-bahan :
6 - 8 ekor ketam
4 biji bawang merah*
3 biji bawang putih* (* ditumbuk)
1 inci halia*
1 keping asam gelugor
4 sudu besar rempah kari
4 cawan air
2 cawan pati santan
Garam
Hirisan nenas

Bahan tumis :
3 biji bawang merah(hiris)
3 biji bawang putih(hiris)
6 tangkai cili kering(dipotong dua)
Daun kari
2 sudu besar rempah halba campuran
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Masukkan ketam, bahan tumbuk, air dan rempah kari ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan santan, asam gelugur dan garam. Biarkan mendidih.
  3. Sementara itu tumis bahan tumis hingga garing di dalam periuk/ kuali lain.
  4. Apabila garing, masukkan ke dalam masakan ketam tadi.
  5. Masukkan hirisan nenas.
  6. Kacau, rasa garamnya dan tutup api.
  7. Bolehlah dihidang dengan nasi panas atau diratah sahaja...




APPLE COOKIES


Resepi asal dapat dari koleksi resepidiana.

Antara kuih raya yang mendapat sambutan dan tempahan hebat masa Naz jual dulu. 

Bahan-bahan Doh :
  • 225 gm butter
  • 75 gm gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 300 gm tepung gandum
  • 90 gm tepung jagung
  • 15 gm susu tepung
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 1 sudu teh emplex
Cara-cara :
  1. Pukul butter dengan telur hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan asen vanilla dan pukul lagi lagi hingga kembang dan sebati.
  3. Masukkan susu tepung, tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Uli hingga sebati dan terap.
  4. Letakkan/ sapukan topping dan bakar selama 20 - 30 minit pada suhu 180'C.

Bahan-bahan Topping :
  • 30 gm putih telur
  • 150 gm gula icing
  • 1 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • Pewarna pilihan
Bahan Topping :
10 gm putih telur
50 gm gula icing
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh asen vanilla
Pewarna pilihan
Cara-cara :
  1. Pukul putih telur dan gula icing sehingga bertanduk(pekat). Masukkan tepung jagung dan asen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
  2. Letak pewarna ikut kegemaran dan sapukan ke atas biskut.

    SELAMAT MENCUBA!

Friday 28 August 2009

IKAN MASAK TAUCU

Bahan-bahan :

4 ekor ikan (apa jenis pun tak pe)

1 labu bawang besar*

3 ulas bawang putih* (* dimayang/dihiris)

1 inci halia*

1 biji cili hijau*

4 sudu besar taucu

1 cawan air

1 sudu kecil gula

Minyak masak



Cara-cara :


  1. Ikan dibersihkan dan gaul dengan kunyit & garam. Goreng hingga garing dan ketepikan.

  2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan mayang hingga naik bau.

  3. Masukkan taucu, air dan gula dan biarkan hingga mendidih dan kelihatan pekat sedikit.

  4. Kemudian curahkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

Thursday 27 August 2009

RAINBOW MARBLE PUDDING

Resepi asal adalah dari Sis Blackmore. Cuma Naz buat 1/2 adunan je dan ubah suai sikit mengikut bahan-bahan yang ada di dapur.

Bahan-bahan:

1 bungkus serbuk agar-agar (naz guna yang 10 gm)
675 ml air
225 gm gula pasir
65 gm mentega
4 biji telur saiz sederhana
200 ml susu cair
1 sudu makan tepung kastad
1/2 sudu teh asen vanilla
Pewarna merah, kuning dan hijau

Cara-cara:
  1. Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula sehingga mendidih dan larut. Tutup api.
  2. Pukul telur menggunakan whisker.
  3. Kemudian masukkan susu cair dan tepung kastad. Gaul rata agar tidak berketul-ketul. Tapis masuk ke dalam luratan agar-agar tadi.
  4. Masak semula adunan sehingga mendidih atas api sederhana. Tutup api dan masukkan mentega dan asen vanilla. Kacau rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan titiskan dengan pewarna yang berlainan setiap adunan dan kacau rata.
  6. Sendengkan loyang dan masukkan sesenduk adunan merah, diikuti dengan adunan hijau dan adunan merah berselang-seli sehingga adunan habis.
  7. Kemudian, letakkan adunan pada kedudukan yang betul dan biarkan adunan mengeras atau boleh dimasukkan ke dalam peti ais.
  8. Apabila puding telah mengeras, bolehlah dipotong dan dihidangkan..

Tuesday 25 August 2009

COOKIES FOR SYAWAL 1430


Tahun ni, tempahan kuih raya dibuka untuk 3 jenis kuih.. Buat masa ini tempahan cookies nie tak dibuka melalui blog lagi sebab blog nie pun belum sampai seminggu pun usianya, sedangkan tempahan dah ada yang dibuat.. Terima kasih kepada Cik Rozazipah yang membantu mempromosi biskut raya Naz kepada rakan-rakan. Dah 2 tahun berturut Cik Roza menjadi dealer kuih raya Naz.. Terima kasih juga kepada Shidah yang jadi "dealer bidan terjun".. Jom kita tengok cookies apa yang ditawarkan tahun nie...

Biskut sarang semut

Irish cookies/ biskut nestum

Align Center Apple carries

Jadi kepada sesiapa yang ingin mencuba membuat sendiri cookies di atas tu, Naz akan tuliskan resepinya pada post akan datang ok! So untuk kali ini kita jamu mata je dulu.



PERMULAAN BLOG INI...

Dengan bacaan Bismillah, bait-bait ayat di blog ini dimulakan. Setelah hampir 3 tahun melayari halaman blog & fotopages masakan orang lain, maka hari ini tertunailah hasrat yang sering tertangguh untuk mempunyai blog sendiri... So inilah blog saya; "CUTE OVEN, SMALL KITCHEN".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...